Out of stock

Keranda: Tradisi dan Misteri (Coffins: Traditions and Mysteries)

Katalog Arkib dwi-bahasa bersempena Pameran Keranda: Tradisi dan Misteri

Jabatan Muzium Malaysia (Cetakan Pertama, 2011)
183 halaman termasuk Glosari dan Bibliografi

RM78.00

Out of stock

Keranda: Tradisi dan Misteri (Coffins: Traditions and Mysteries) memperlihatkan penggunaan keranda serta kaitannya dengan upacara sebelum dan selepas pengebumian di negara Malaysia yang berbilang kaum ini serta beberapa negara serantau. Justeru, diperlihatkan unsur-unsur universal dan ciri-ciri unik dalam dunia keranda yang tidak diketahui ramai. Perlambangan dari segi motif, bahan yang digunakan, kaedah pengebumian yang unik, wadah kasih sayang dan sebagainya juga diketengahkan dalam pameran ini. Kesemua ini memperlihatkan unsur kemanusiaan dan ketamadunan, bermula dari zaman prasejarah dan masyarakat tradisional hingga kini.

Keranda biasanya merujuk peti atau tempat yang di dalamnya mayat dimasukkan sebelum pengebumian atau pembakaran mengikut upacara dan amalan keagamaan sesuatu kaum. Dalam sosiobudaya, keranda sebenarnya membawa maksud serta pengertian yang berbeza-beza mengikut kepercayaan dan adat resam sesebuah masyarakat. Penggunaan keranda mempamerkan evolusi medium perjalanan terakhir ke dunia yang berkekalan yang diterjemahkan mengikut cara yang berbeza-beza sejak zaman prasejarah hingga kini.

Reka bentuk dan saiz sesebuah keranda seringkali dipengaruhi oleh persekitaran dan lingkungan masyarakat. Kebanyakan keranda yang dihasilkan dalam sesebuah komuniti atau masyarakat menggambarkan kepercayaan, status dan saiz fizikal anggota masyarakat tersebut. Sebagai contoh, keranda yang digunakan dalam masyarakat Dayak di Kalimantan jelas dipengaruhi oleh persekitaran dan kepercayaan yang diamalkan. Namun bagi masyarakat Melayu, terutamanya di Malaysia, keranda yang dihasilkan tidak tertumpu kepada reka bentuk tetapi lebih dilihat kepada saiz badan si mati. Bagaimanapun terdapat sesetengah komuniti seperti Kadazan di Sabah, yang memilih tempayan martaban sebagai alat pengebumian, ini kerana martaban merupakan sumber kepada beberapa kitaran kehidupan dalam komuniti itu, seperti upacara ritual. Kegunaan harian serta simbol status dan kuasa dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, saiz martaban turut diambil kira dalam sesuatu pengebumian.

Selain menzahirkan status atau kedudukan seorang si mati dalam masyarakat, keranda juga berfungsi dalam menyatakan penghormatan kepada roh dan semangat nenek moyang si mati. Masyarakat primitif dan animisme menggunakan kreativiti mereka dari segi reka bentuk dan dalam cara meletakkan keranda semasa pengebumian.

Pelbagai cara dan medium digunakan dalam pengkategorian keranda, misalnya perahu, tempayan, pondok mayat, kerusi mayat, kayu balak dan lain-lain. Budaya dan tradisi pengebumian menggunakan keranda jenis ini bermula sejak 1,100 tahun dahulu dan sebahagian kecil masyarakat di pedalaman masih mengamalkannya.

Pameran ini umumnya memperlihatkan penggunaan keranda serta kaitannya dengan upacara sebelum dan selepas pengebumian di negara Malaysia yang berbilang kaum ini serta beberapa negara serantau. Justeru, diperlihatkan unsur-unsur universal dan ciri-ciri unik dalam dunia keranda yang tidak diketahui ramai. Perlambangan dari segi motif, bahan yang digunakan, kaedah pengebumian yang unik, wadah kasih sayang dan sebagainya juga diketengahkan dalam pameran ini. Kesemua ini memperlihatkan unsur kemanusiaan dan ketamadunan, bermula dari zaman prasejarah dan masyarakat tradisional hingga kini.

Weight0.845 kg
Dimensions29 × 22.7 × 1.3 cm
Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.