Keris Indah: Koleksi Diraja Keris Nusantara DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI AHMAD adalah Profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2020)
190 halaman termasuk Indeks

RM125.00

Only 1 left in stock

Keris Indah: Koleksi Diraja Keris Nusantara DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memaparkan keris koleksi peribadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan. Maklumat yang disertakan dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan kepustakaan dan temu bual dengan penggemar keris.

Keris Indah: Koleksi Diraja Keris Nusantara DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengandungi beberapa bahagian. Bahagian pertama menunjukkan keris kerajaan Negeri Selangor Darul Ensan. Bahagian kedua pula memperkenalkan para pembaca kepada keris secara umum. Bahagian ketiga pula memperkenalkan para pembaca kepada keris Semenanjung. Seterusnya bahagian keempat memaparkan keindahan keris dari Sumatera. Bahagian kelima menunjukkan keindahan dan keunikan keris Jawa. Bahagian keenam menyajikan keindahan keris dari Tanah Bugis. Bahagian ketujuh pula menunjukkan keindahan keris Bali-Lombok. Seterusnya bahagian kelapan memaparkan keindahan keris dari Kalimantan. Manakala bahagian terakhir pula memaparkan kesenian dan keindahan yang terdapat pada sundang.

Keris adalah senjata yang dihasilkan oleh orang Melayu, penduduk asal di Alam Melayu. Di samping digunakan sebagai senjata, keris juga adalah lambang maruah, lambang kuasa, dan pelengkap busana Melayu dalam majlis-majlis istiadat. Buku ini dihasilkan untuk memperlihatkan keindahan keris kepada para pembaca. Justeru buku ini memfokus kepada bahagian hulu, bilah, sarung dan aksesori pada keris yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia, Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Bugis, Wilayah Bali-Lombok dan Kalimantan.

Walaupun demikian, terdapat sedikit sebanyak perbezaan pada keris Melayu yang dihasilkan di wilayah Melayu tadi. Keris yang dihasikan di tanah Jawa umpamanya berbeza sedikit dengan keris Bugis, keris Sumatera, keris Bali, keris Kalimantan, dan keris Semenanjung. Meskipun begitu terdapat persamaan yang ketara dan umum pada semua keris, tidak kira dan mana pun asalnya di alam Melayu ini.

Sejak zaman-berzaman orang Melayu telah menghasilkan pelbagai produk yang indah berseni dan berkualiti. Ini termasuklah produk persenjataan seperti keris. Keris yang berkualti tinggi sepert yang dimiliki kaum bangsawan lazimnya dihasilkan dengan penuh ketelitian. Keris tersebut diukir indah serta disalut hiasan seperti emas dan perak serta ditatah batu permata.

Weight0.816 kg
Dimensions25.4 × 25.3 × 1.5 cm
Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.