Out of stock

Keris Melayu Semenanjung: Rupa Bentuk Keris Mengikut Negeri

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI AHMAD adalah profesor di Universiti Putra Malaysia. Beliau kini merupakan Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Bidang kepakaran beliau ialah Komunikasi Pertuturan. Di samping menjalankan penyelidikan berkaitan komunikasi pertuturan, retorik, dan komunikasi politik, beliau juga banyak mengkaji peranan komunikasi dalam menyebarluaskan maklumat warisan di negara ini. Beliau kini dalam usaha mengasaskan Komunikasi Warisan sebagai satu subdisiplin baharu dalam bidang komunikasi.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama 2017)
157 halaman

RM79.00

Out of stock

Keris Melayu Semenanjung: Rupa Bentuk Keris Mengikut Negeri membincangkan keris Melayu yang dihasilkan dan diguna pakai di negeri di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak. Keris adalah produk budaya orang Melayu yang merupakan penduduk asal Alam Melayu. Dengan itu semua keris adalah keris Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit sebanyak perbezaan pada keris Melayu Semenanjung berdasarkan wilayah atau negeri keris tersebut dihasilkan. Keris yang dihasilkan di Kedah misalnya, berbeza dengan keris Kelantan, keris Terengganu, keris Pahang dan sebagainya.

Hakikatnya perbezaan lebih ketara pada pakaian keris iaitu hulu dan sarung. Meskipun terdapat sedikit perbezaan pada bilah, namun oleh kerana bilah keris adalah rahsia pemilik dan terlalu peribadi sifatnya serta duduknya pula di dalam sarung keris, maka kupasan dalam buku ini lebih bertumpu kepada perbezaan pakaian keris mengikut negeri. Perlu diingat bahawa tidak menjadi tegahan untuk penduduk sesuatu negeri memiliki atau mengguna pakai keris daripada negeri lain. Namun demikian, untuk tujuan melihat dan memahami variasi keris Melayu Semenanjung maka perbincangan dibuat memfokuskan perbezaan reka bentuk keris berdasarkan negeri.

Keris Melayu Semenanjung: Rupa Bentuk Keris Mengikut Negeri dihasilkan setelah hampir lima tahun mengumpul maklumat untuk mengenali dan memahami keris, khususnya keris Melayu Semenanjung. Bahan yang disajikan dalam buku ini dikumpul melalui temu bual dengan beberapa orang empu, pandai besi, tukang sarung, tukang hulu, pedagang keris, dan kolektor keris dari semua negeri di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Bahan tambahan pula diperoleh melalui pembacaan bahan rujukan bercetak dan bahan digital dalam talian, melawat dan membuat pemerhatian di tempat pembuatan senjata pusaka, dan juga melawat ke muzium di seluruh Malaysia.

Terdapat kesemuanya 13 bab dalam Keris Melayu Semenanjung: Rupa Bentuk Keris Mengikut Negeri. Bahagian pengenalan memperkenalkan para pembaca kepada keris secara umum, termasuk bahagian pada pakaian keris dan bilah matanya serta jenis bilah keris. Bab 1 pula menyajikan para pembaca kepada keris Perlis. Seterusnya Bab 2 mengupas mengenai keris Kedah. Bab 3 pula memuatkan perbincangan mengenai keris Perak. Bab 4 menyentuh pula mengenai keris Selangor. Seterusnya Bab 5 membicarakan mengenai keris Negeri Sembilan. Bab 6 menyentuh pula tentang keris Melaka. Bab 7 memuatkan paparan mengenai keris Johor. Bab 8 mengupas mengenai keris Pahang. Bab 9 memuatkan perbincangan mengenai keris Terengganu.

Seterusnya Bab 10 adalah mengenai keris Kelantan. Bab 11 pula memberikan kupasan mengenai keris yang dgma pakai oleh masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak. Bab 12 mengupas mengenai kans dan semata yang digunakan oleh wanita Melayu. Akhir sekali Bab 13 mengulas dan mengupas mengenai keris yang terdapat & serata negeri atau keris merentas negeri.

Setiap satu bab didahului dengan imbauan sejarah ringkas keperwiraan rakyat di negeri tertentu, seterusnya dihidangkan kipasan mengenai keris yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu di negeri tersebut. Tujuannya adalah supaya dapat dikaitkan sejarah keperwiraan dan perjuangan rakyat sesuatu negeri itu dengan keris dari negeri tersebut. Dengan ini keris tadi dapat dijadikan lambang pembentuk jati diri masyarakat

Tidak keterlaluan ia dikatakan bahawa keris adalah lambang identiti atau jati diri seseorang anak Melayu. Jati diri menu kepada sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dm sebagainya) yang menjad teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya. Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum.

Manifestasi daripada nilai tersebut maka terbentuklah watak dan sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya. Dengan kata lain, jati diri merupakan gabungan dan paduan unsur ketuanan yang mencerahkan lahiriah individu atau masyarakat. Jati diri merujuk kepada identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang mempunyai sifat keutuhan yang dibanggakan.

Di peringkat individu pula, jati diri merujuk kepada keteguhan hati dan kekuatan jiwa seseorang. Setiap anak Melayu perlu membentuk jati diri yang utuh dan kukuh agar terhindar daripada hanyut dalam gelombang cabaran yang menggugat akidah dan semangat cintakan bangsa dan tanah airnya.

Sebenarnya tidak banyak bahan bacaan terutamanya buku yang memuatkan kupasan mengenai perkaitan perjuangan silam dengan jati diri generasi penerus. Justeru, Keris Melayu Semenanjung: Rupa Bentuk Keris Mengikut Negeri berhasrat mengisi kekosongan tersebut. Mudah-mudahan buku ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi anak muda untuk mengenali keris dan seterusnya sedikit sebanyak memahami signifikannya keris dalam pembentukan tamadun Melayu, khususnya di negeri-negeri di Malaysia ini. Dengan itu dapatlah generasi akan datang memahami kebijaksanaan dan kehebatan generasi silam dalam membentuk simbol keperwiraan Melayu. Ini sedikit sebanyak akan berguna dalam membentuk dan memperteguh jati diri Melayu.

Weight0.475 kg
Dimensions22.6 × 1.1 × 22.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author