Keris Warisan Melayu

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI AHMAD adalah Profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

MUHAMMAD PAUZI ABD LATIFF adalah Profesor Madya di International Institute of Islamic Thought and Civilisation, International Islamic University Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Kedua, 2018)
120 halaman termasuk Indeks

RM98.00

In stock

Keris Warisan Melayu dihasilkan dengan hasrat untuk mengetengahkan keindahan keris kepada masyarakat dunia. Kesemua gambar dalam buku ini adalah daripada koleksi Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia. Maklumat yang disertakan dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan selama hampir empat tahun ke atas keris. Bahan yang disajikan di dalam buku ini dikumpul melalui pembacaan bahan rujukan bercetak dan bahan digital dalam talian, melawat dan membuat pemerhatian di tempat pembuatan senjata pusaka, melawat ke muzium di seluruh Malaysia dan Singapura, melawat ke muzium pusaka di Jakarta, menemu bual beberapa orang empu, pandai besi, tukang sarung, tukang hulu, pedagang keris, dan kolektor keris.

Buku ini mengandungi beberapa bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan para pembaca kepada keris secara umum. Bahagian kedua pula memperkenalkan para pembaca kepada keris secara fizikal, khususnya bahagian yang terdapat pada keris. Seterusnya bahagian ketiga menyentuh pula mengenai bilah mata keris tersebut. Bahagian keempat menunjukkan keindahan dan keunikan hulu keris. Bahagian kelima memperlihatkan keindahan dan kepelbagaian pada sarung keris. Manakala bahagian terakhir pula memfokuskan kesenian dan keindahan aksesori keris khususnya pendokok.

Keris adalah senjata yang dihasilkan oleh orang Melayu, penduduk asal di Alam Melayu. Di samping digunakan sebagai senjata, keris juga adalah lambang maruah, lambang kuasa, dan pelengkap busana Melayu dalam majlis-majlis istiadat. Sebenarnya telah banyak bahan bacaan terutamanya buku yang memuatkan dokumentasi tentang keris yang diguna pakai di Indonesia seperti keris Jawa, Bugis, Sumatera, dan Bali-Lombok. Malah sebuah ensiklopedia yang membincangkan keris Indonesia telah pun diterbitkan. Sebaliknya, sangat sedikit bahan bacaan dan rujukan tentang keris Melayu Semenanjung dihasilkan. Justeru, buku ini berhasrat untuk mengisi kekosongan tersebut.

Mudah-mudahan Keris Warisan Melayu dapat dijadikan bahan rujukan bagi penggemar keris dan juga generasi akan datang untuk mengenali keris dan seterusnya sedikit sebanyak memahami signifikan keris dalam pembentukan tamadun Melayu, khususnya di Semenanjung Malaysia. Dalam hal ini, generasi akan datang dapat memahami kebijaksanaan dan kehebatan generasi silam dalam membentuk simbol keperwiraan Melayu. Ini sedikit sebanyak berguna dalam membentuk dan memperteguhkan jati diri Melayu.

Weight1.016 kg
Dimensions28.5 × 24 × 1.5 cm
Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. SAIDI A. (Verified Reader)

    Helpful staffs. Fast response. Knowledgable and professional and knows their stuffs very well. Recommended and will definitely purchase from them again.

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.