Kesusasteraan Melayu Moden, 1990-1999

Disunting oleh MANA SIKANA

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
654 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM65.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 13 reward points!
ISBN: 9789834933418 Product ID: 30475 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Kesusasteraan Melayu Moden, 1990-1999 mengandungi 32 esei kajian yang ditulis oleh para sarjana berwibawa dalam bidang kesusasteraan. Mereka mengkaji secara retrospektif dan menganalisis tokoh serta lima genre utama yang menandai citra dekad 1990-an, iaitu puisi, cerpen, novel, drama dan esei kritikan. Mereka juga melihat peranan dan sumbangan penting yang dimainkan oleh beberapa buah pertubuhan atau institusi dalam meneruskan dan mengusahakan perkembangan serta kemajuan kesusasteraan Melayu moden. Buku ini adalah kesinambungan perbincangan sejarah perkembangan kesusasteraan dari tahun 1940 hingga 1969 yang diterbitkan pada tahun 2008, dan kemudian dari tahun 1970 hingga 1979 serta tahun 1980 hingga 1989 yang sama-sama diterbitkan pada tahun 2010. Kesusasteraan Melayu moden dekad 1990-an ialah suatu zaman pengukuhan dan transisi penulis bagi menghadapi gerbang alaf baharu. Kepesatan teknologi maklumat dan globalisasi era ini telah merancakkan wacana ilmu dan pemikiran yang terarah pada globalisasi sastera, pascamodenisme dan teori sastera. Dekad ini melakarkan percubaan dunia sastera tempatan untuk mencari kekuatan dirinya demi menghadapi pelbagai cabaran semasa. Dekad ini juga ialah dekad kesinambungan karya dan perbincangan sastera Islam mengukuhkan tempatnya dan penginterpretasian semula teks sastera tradisional sebagai citra unggul yang dapat mendepani alaf ke-21.

Secara tidak langsung, dekad tahun 1990-1999 itu menjadi begitu bererti, justeru di situlah langkah penamat bagi sebuah sejarah kebudayaan sastera lalu menjadi transisi untuk bersedia menghadapi suatu zaman baharu yang tidak pasti arah perjalanannya. Apa-apa pun yang berlaku pada dekad itu sedikit sebanyak akan mengesani perjalanan masa hadapannya. Maka, di situlah pentingnya sebuah kajian retrospektif. Jarang-jarang terjadi dalam dunia sastera sebuah revolusi, apalagi evolusi yang memutuskannya daripada arus sejarahnya. Dalam dekad 1990-1999 itu, sastera kita telah dikejutkan dengan persoalan sastera pascamodenisme. Banyak perbicaraan telah dilakukan dan banyak tulisan tentangnya dihasilkan. Pascamodenisme bermuara daripada penentangan Derrida, Kristiva dan Barthes terhadap strukturalisme Saussure, terutamanya pada konsep pertandaan dan pemberian makna yang mengesankan pada penghasilan teks sastera. Sebenarnya, terdapat pelbagai aliran pemikiran dalam sastera pascamodenisme.

Pertama, kelompok Derrida, Lyotard dan Rorty dikelompokkan sebagai dekonstruktif, kedua golongan Heidegger, Gadamer, Ricoecur dan Mary Hasse yang dikelompokkan sebagai rekonstruktif; dan ketiga terdiri daripada Griffin, Ferre dan Zukav yang dikelompokkan sebagai revisionistif. Golongan pertama warisan neo-Nietzschean lebih berkuasa dan lantang suaranya. Akibatnya, pascamodenisme sering ditakrifkan sebagai usaha pembongkaran segala susunan, sistem, struktur dan tataan narasi besar sambil menihilkannya, lalu melupakan pandangan rekonstruktif yang membawa aliran pembongkaran dan perlanggaran terhadap modenisme tetapi bersedia mempertahankan mana-mana unsur modenisme yang baik, relevan dan penting; mengolahnya pula untuk melahirkan wajah baharu yang lebih sesuai dan sempurna selari dengan hasrat pascamodenisme. Revisionisme dalam beberapa hal mempunyai pandangan yang sama dengan rekonstruktif tetapi lebih lekat dan terjejak pada tradisi dan sejarah sendiri dalam pembentukan karya atau teks.

Kelahiran zaman pengganti modenisme itu memberikan; pertama, lahirnya teks-teks kreatif pascamoden; kedua, kehadiran sastera pascamodenisme; dan ketiga, munculnya teori kritikan pascamoden. Teks-teks pascamoden diertikan sebagai karya yang dianggap mempunyai unsur antimodenisme, seperti teks-teks unreal, surealistik, absurdistik, semiotik, intertekstual, parodi, realisme magis, polivalensik dan ironik. Sastera pascamodenis ialah hasil daripada kelahiran teks-teks tersebut membentuk suatu fahaman tentang sejarah baharu. Teori kritikan pascamoden bermula dengan dekonstruksi dan pascastrukturalisme. Dalam kelompok ini, dimasukkan semiotik, intertekstual, psikoanalisis, feminisme, historisisme baru dan kajian budaya. Teori kritikan semiotik, misalannya pada zaman strukturalisme berkonsepkan piramida: tanda, penanda dan petanda yang hanya mencari satu makna tetapi apabila memasuki pascamoden berkembang kepada pemecahan tanda dan menuju polimakna. Psikoanalisis meninggalkan id, ego dan superego Freud kepada imageri, simbol dan real Lacan. Feminis daripada liberal pula berpindah kepada yang radikal. Daripada teks dan kritikan pascamoden, lahir sastera pascamodenisme yang melahirkan teks-teksnya sendiri seperti pastis, kitsch, lotta kemp, parodi dan intertekstual radikal.

Dalam konteks perbicaraan kita di sini, keseluruhan teks itu telah datang kepada kita serentak. Meskipun dunia sedang berada di puncak sastera pascamodenisme, menurut Baudrillard, dekad itu merupakan zaman transisi yang sedang menghantar sastera dunia ke suatu zaman yang dinamakannya hipermodenisme pada alaf baharu itu. Tidak pernah terjadi dalam perkembangan sastera kita apabila dua aliran teori yang muncul daripada diri sendiri dan datang dari luar berkembang serentak. Situasi ini merupakan sejarah bertuah bagi sastera Melayu moden dekad 1990-1999 yang belum pernah dinikmati dalam sejarah sastera sebelumnya. Sebuah isyarat gemilang bagi alaf baharu.

Perkembangan sastera dunia itu dengan cepatnya mempengaruhi sastera Melayu moden dekad 1990-1999. Dapat dibuktikan wujudnya kehadiran globalisasi dan secara hibrid telah mengecilkan dunia dan memantaskan hubungannya; lalu perkembangan dunia luar seperti pascamodenisme dan teori masuk ke dalam sastera kita dengan cepatnya. Globalisme telah terjadi dengan cukup kuat dalam sastera Melayu. Perbincangan tentang pascamodenisme sudah bergema dalam dekad-dekad sebelumnya dalam sastera kita tetapi hal itu begitu banyak dibicarakan pada dekad 1990-an. Hal yang sama berlaku pada dunia teori dan telah menjadi perbicaraan kemuncak pada dekad 1990-an, justeru dekad itulah termasuk banyak teori luaran dan muncul teori-teori tempatan yang telah banyak mengambil peranan penting dalam kajian dan kritikan sastera. Sebenarnya, pascamodenisme dan teori sastera menjadi paradigma sastera dunia dan dengan wajah sedemikian kita sesungguhnya telah memanfaatkan perkara yang dinamakan sebagai globalisasi sastera itu.

Pascamodenisme yang berhasil memadam keangkuhan modenisme itu telah mengesankan reaksi yang begitu mendalam kepada pengarang-pengarang kita, walaupun kita sedar sebahagiannya kurang menyenanginya. Ekstasinya dijelmakan oleh pengarang-pengarang besar seperti Shahnon Ahmad, A. Samad Said dan Arena Wati. Teks-teks seperti Panrita, Patriarch, Shit dan Sukma Angin adalah bersifat pascamodenistik. Namun begitu, kesan yang lebih kuat ialah kepada penulis-penulis muda kita (pada era itu) yang banyak digantungkan harapan sejarah sastera kepada mereka seperti Azmah Nordin, Daeng Ramliakil, Zaen Kasturi, Muhd. Nasaruddin Dasuki, Hizairi Othman, Faisal Tehrani, S.M. Zakir, Mawar Shafei, Marsli N.O., Jasmina Ibrahim dan Azman Hussin (sekadar menyebut beberapa nama) yang menghasilkan teks-teks pascamoden, Kita menyaksikan pascamodenisme melahirkan stadium baharu tempat anak-anak muda itu memperagakan sasteranya. Jukstaposisi karya Hizairi merupakan novel yang banyak dibincangkan dan memperlihatkan kemampuan penulis muda melahirkan teks bukan realisme.

Begitu juga bidang teori sastera hampir sama kemuncaknya. Teori sastera yang dibina oleh Muhammad Haji Salleh, Hashim Awang dan Shafie Abu Bakar mula digunakan dengan berkesannya dalam esei, kritikan dan kajian akademik berupa kertas projek dan tesis sarjana dan falsafah kedoktoran. Sementara itu, akibat daripada globalisasi dan paradigma epistemologi intelektual, teori-teori kritikan pascamoden seperti semiotik, intertekstualiti, feminisme, psikonalisis Lacan, pascakolonialisme, fenomenologi, bahkan teori yang mutakhir di Barat seperti historisisme baharu dan kajian budaya juga telah dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji sastera di Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah kritikan sastera Malaysia, teori-teori pascamoden itu mendominasi dan diaplikasikan dengan cukup besarnya dalam sejarah kritikan tanah air.

Kata Pengantar
Pendahuluan

Peranan dan Sumbangan Institusi

1. Peranan dan Sumbangan Institusi Pengajian Tinggi dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden 1990-1999
Mohamad Mokhtar Hassan

2. Peranan DBP dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden 1990-1999
Hamzah Hamdani

3. Peranan dan Sumbangan Organisasi Sastera dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden 1990-1999
Mohamad Mokhtar Hassan

Puisi

4. Perkembangan Puisi Melayu Moden 1990-1999
Kamaruzzaman A. Kadir

5. Citra Unggas Lambang Mitos dan Realiti dalam Puisi Marzuki Ali dan Siti Zaleha M. Hashim
Siti Zainon Ismail

6. Menyuluh dalam Gelap: Membaca Puisi Zaen Kasturi dan M. Said Muharam
Hasni Abas

7. Ruang yang Terbuka dan Nilai Kasih dalam Puisi Salmiah Ismail dan Zaiton Ajamain
Sakinah Abu Bakar

8. Pembicaraan Awal Sajak A. Rahim Abdullah dan Mahaya Mohd. Yassin
Mohamad Shahidan

Cerpen

9. Perkembangan Cerpen Malaysia 1990-1999
Hashim Ismail

10. Dari “Bukit” hingga “Merengkuh Langit”: Menjejak Landasan Kembara Dua Pengarang Muda
Amida @ Hamidah Haji Abdul Hamid

11. Jalur Kepengarangan Daniel Jebon Janaun dan Mawar Shafei dalam Genre Cerpen
Hamzah Hamdani

12. Perkembangan Cerpenis Azmah Nordin dan Awangku Merali dalam Dekad 90-an
Rosnah Baharudin

13. Sri Diah dan Zaen Kasturi dalam Perkembangan Cerpen Melayu Dekad 90-an
Mawar Shafei

14. Membaca Adaptasi Dunia Tanda dalam Cerpen Daeng Ramliakil dan Muhd. Nasruddin Dasuki
Zaleha Ahmat

15. Penelitian Cerpen Saroja Theavy a/p Balakrishnan dan Uthaya Sankar SB
Othman Puteh

16. Cerpen Jong Chian Lai dan Lai Choy dalam Arus Perdana Kesusasteraan Kebangsaan
Hajijah Jais

Novel

17. Novel Melayu Dekad 90-an
Mohamad Saleeh Rahamad

18. Peperangan dan Pemulihan Harga Diri dalam Novel Arena Wati
Hashim Ismail

19. Penelitian Beberapa Novel Rahmat Haroun, Dzul Karnain Ithnain dan Siti Zainon Ismail
Rosnah Baharudin

20. Azmah Nordin dan Rosmini Shaari dalam Perkembangan Novel Dekad 90-an
Mawar Shafei

21. Penelitian Novel Faisal Tehrani dan Hizairi Othman
Amida @ Hamidah Haji Abdul Hamid

22. Menelusuri dan Mengenali Tipa dan Citra Wanita di Tangan Novelis Obasiah Haji Usman dan Sitti Rahmah G. Ibrahim
Othman Puteh

23. Islam, Politik dan Seks dalam Novel Shahnon Ahmad Dekad 90-an
Che Abdullah Che Ya

24. Novel Jong Chian Lai dan Jais Sahok dalam Peta Sastera Kebangsaan
Hazami Jahari

Drama

25. Perkembangan Drama Dekad 90-an
Solehah Ishak

26. Perbicaraan Dua Dramatis: Ismail Kassan dan Wan Ahmad Ismail
Zakaria Ariffin

27. Anwar Ridhwan dan Zaini Ozea: Satu Penelitian Drama
Mohamad Nazri Ahmad

28. Penelitian Drama Zakaria Ariffin dan Khalid Salleh
Junaidah Salleh

Esei Kritikan

29. Esei Kritikan dalam Kesusasteraan Melayu Dekad 90-an
Ramli Isin

30. Penelitian Esei dan Kritikan Solehah Ishak dan Othman Puteh
Mana Sikana

31. Rosnah Baharudin dan Sohaimi Abdul Aziz sebagai Sarjana dan Peneliti Sastera
A. Rahim Abdullah

32. Meninjau Horizon Kesusasteraan Dua Tokoh: Md. Salleh Yaapar dan Ungku Maimunah Mohd. Tahir
Sohaimi Abdul Aziz

Biodata Penulis
Lampiran 1 Senarai Judul Cerpen Daniel Jebon Janaun
Lampiran 2 Senarai Judul Cerpen Mawar Shafei
Lampiran 3 Senarai Judul Cerpen Saroja Theavy a/p Balakrishnan
Lampiran 4 Senarai Judul Cerpen Uthaya Sankar SB
Lampiran 5 Senarai Judul Novel Malaysia Dekad 90-an
Bibliografi
Indeks

Weight 0.798 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 3.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.