Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano dan Kanaq

MOHD SHARIFUDIN YUSOP merupakan pensyarah kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Kedua, 2013)
337 halaman termasuk Bibliografi, Lampiran, dan Indeks

RM55.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 11 reward points!

Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano dan Kanaq

Masyarakat orang Asli adalah sebahagian rakyat Malaysia dan yang paling minoriti bilangannya. Dengan hanya sekitar 178,197 orang, mereka yang terbahagi kepada 18 suku sedang berhadapan dengan gejala keterancaman bukan sahaja dari segi bilangan tetapi juga dari segi sosiobudaya. Para antropologis setuju bahawa masyarakat ini merupakan kelompok manusia asal yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun begitu masihterlalu sedikit kajian dan pendokumentasian data tentang mereka, sama ada oleh sarjana tempatan atau luar negara. Justeru, buku ini amat signifikan sebagai bahan akademik dan untuk bacaan umum tentang 2 daripada 18 suku masyarakat orang Asli; iaitu suku Duano dan suku Kanaq, yang terdapat di negeri Johor. Bagi suku Kanaq terutamanya, bilangan mereka hanya 83 orang sahaja, manakala suku Duano pula, walaupun bilangannya masih agak ramai, iaitu 4,067, kajian mendapati bahawa hanya golongan tua sahaja yang tahu bahawa nama sebenar suku mereka ialah Duano, bukan Kuala seperti yang secara rasminya diketahui dan digunakan secara umum.

Buku Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano dan Kanag ini berasaskan kajian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap dua suku tersebut di petempatan masing-masing di negeri Johor. Bagi suku Kanaq, mereka hanya terdapat di Kampung Sungai Selangi dalam daerah Kota Tinggi. Bagi suku Duano pula, walaupun mereka mendiami beberapa buah perkampungan, penulis memilih Kampung Kuala Benut, Pontian kerana ini adalah petempatan asal suku ini sebelum sebahagian daripada mereka berpindah ke kawasan lain. Kajian dibuat secara etnografi dengan penulis sendiri berkunjung dan bermukim di kedua-dua petempatan untuk melihat sendiri aspek sosiobudaya masyarakat. Tumpuan umum ialah terhadap gejala pemilihan dan penggunaan bahasa dalam seluruh aspek kehidupan sehari-hari. Setelah pasti, pemilihan dan penggunaan bahasa dalam beberapa mandala tertentu diberikan tumpuan khusus untuk menilai tahap keterancaman bahasa ibunda masing-masing.

Dapatan kajian dibentangkan dalam 6 bab yang dipaparkan menggunakan kerangka etnolinguistik. Sebanyak mungkin angkubah sosiobudaya yang memberi kesan terhadap kedua-dua bahasa dibentangkan bagi membawa pembaca kepada rumusan dan ramalan tentang status keterancaman masing-masing. Selain itu, penulis juga memaparkan buat pertama kalinya daftar kata kedua-dua bahasa yang masih dapat dikutip daripada penutur warga emas kedua-dua suku. Dominasi bahasa Melayu sudah begitu kuat dalam kalangan kedua-dua kelompok masyarakat dan diharap pendokumentasian ini sekurang-kurangnya dapat menjadi rujukan generasi akan datang, terutama daripada kalangan kedua-dua suku.

Weight 0.59 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1.8 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano dan Kanaq”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Rights of the Indigenous Peoples in Peninsular Malaysia: Domestic and International Perspectives
    Out of stock

    Rights of the Indigenous Peoples in Peninsular Malaysia: Domestic and International Perspectives

    , , RM35.00
  • Sari Budaya dan Bahasa Orang Asli Jahut

    Sari Budaya dan Bahasa Orang Asli Jahut

    , , RM46.00