Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina

THOCK KER PONG adalah pensyarah di Jabatan Pengajian Tionghoa, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Ketiga, 2015)
317 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina asalnya merupakan tesis kedoktoran penulis berjudul “Hegemoni Politik Melayu dan Respons Masyarakat Cina Malaysia: Satu Kajian tentang Peranan Persatuan Cina (Huatuan), 1969-1999” yang diserahkan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada bulan Mei 2004. Semasa pembinaan ekonomi dan masyarakat Malaya sejak kemerdekaan sehingga sepanjang tahun 1960-an, dasar-dasar untuk memajukan kawasan luar bandar tidak dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Justeru, satu suasana hegemoni politik Melayu, iaitu kumpulan etnik majoriti, telah timbul dan menjadi nyata bersama dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru.

Pendidikan vernakular menjadi saranan dalam pembinaan negara dan isu bahasa sentiasa dijadikan umpan dalam pilihan raya umum. Hasil kajian Thock Ker Pong ini banyak menonjolkan fakta di mana pendidikan vernakular dan pembelajaran serta pengajaran dalam bahasa Cina menjadi pusat persaingan kuasa dalam politik Malaysia. Sepanjang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, keadaan hegemoni politik Melayu dikawal dan juga bebas maju mengikut kehendak kemajuan politik dalam negeri. Setelah tamatnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990, dengan dasar ekonomi yang baru, penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi terus menjadi isu hangat berikutan berlakunya kemelesetan ekonomi sedunia.

Walaupun dasar pendidikan juga sudah diganti dengan yang baru, iaitu Dasar Pendidikan 1996, pendidikan vernakular dan isu bahasa masih menjadi tumpuan persaingan kuasa politik perkauman dan sering digunakan oleh ahli politik untuk mendapat sokongan popular. Keadaan seperti ini telah membekalkan satu ruangan untuk perjuangan mempertahankan pendidikan dalam bahasa ibunda, iaitu pendidikan vernakular, demi kelangsungan budaya dan identiti kumpulan minoriti, khasnya masyarakat Cina. Masyarakat Cina Malaysia yang mempunyai jumlah dan jenis persatuan Cina yang begitu banyak, telah menyediakan satu kepimpinan sosial yang terjalin dan berkesan. Pucuk kepimpinan ini tidak berhenti-henti untuk menjalankan tugas mereka, iaitu membela dan mempertahankan kepentinan ahli-ahli persatuan sejak ia ditubuhkan.

Kajian Thock Ker Pong melalui Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina merupakan satu-satunya usaha untuk memahami mekanisme persatuan Cina dalam politik Malaysia. Jika dibandingkan dengan negara vang lain, di mana jumlah persatuan Cinanya kurang, peranan persatuan Cina juga berbeza, iaitu merupakan pusat menjalin pertalian serta meneruskan lanjutan budaya dan identiti sahaja. Pendek kata, wujudnya hegemoni politik Melayu telah membentuk peranan persatuan Cina di Malaysia, demi mempertahankan serta memperjuangkan pendidikan Cina supaya kepentingan meneruskan budaya dan identiti dapat dikekalkan.

Weight0.474 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author