Khazanah Pantun Melayu Riau

TENAS EFFENDY (b. 1936 – d. 2015) adalah budayawan dan sastrawan dari Riau. Effendy telah banyak membuat makalah, baik untuk simposium, lokakarya, diskusi, maupun seminar, yang berhubungan dengan Melayu, seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan, sampai Madagaskar.

DBP (Cetakan Kedua, 2016)
807 halaman termasuk Indeks

RM65.00

In stock

If you purchase this book you will earn 13 reward points!
Product ID: 22064 Subjects: , Sub-subjects: ,

Istimewanya Khazanah Pantun Melayu Riau yang menghimpunkan sebanyak 3608 rangkap pantun ini kerana setiap rangkap pantunnya bukanlah ulangan rangkap pantun yang telah tersebar luas dan dikenali umum. Ia merupakan himpunan pantun hasil saringan yang cukup teliti daripada pantun-pantun masyarakat Melayu yang bermukim di Kepulauan Riau. Dengan demikian, penerbitan ini dapat menyebarluaskan pantun Melayu Riau dan memperkaya serta melengkapkan lagi khazanah pantun yang telah pun menjadi milik masyarakat Melayu serumpun.

Himpunan pantun dalam Khazanah Pantun Melayu Riau ini juga memancarkan estetika bahasa Melayu Riau sebagai medium pengucapan dalam konvensi pantun. Peranannya sebagai media dalam menyampaikan tunjuk ajar yang sarat berisi pesan moral kepada masyarakat dengan nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial turut dipaparkan.

Pada umumnya, bagi orang Melayu, pantun sudah mendarah daging. Mereka bukan sahaja arif menyemak makna yang terkandung dalam pantun, mereka juga dapat merangka pantun, bahkan banyak pula yang mahir berpantun. Dengan demikian, kemungkinan mereka keliru mentafsirkan pantun amatlah sedikit. Pada zaman silam, orang Melayu mampu berpantun, paling tidak pantun-pantun biasa, seperti pantun kelakar, pantun kasih sayang, dan sebagainya. Pantun pada zaman dahulu amat berperanan untuk mendapatkan jodoh kerana dalam upacara tertentu, ada peluang bagi si teruna untuk berbalas pantun dengan si dara. Peluang ini sering berakhir dengan ikatan pertunangan dan perkahwinan.

Orang tua-tua sudah terbiasa menyelingi percakapannya dengan pantun. Kalau arah pembicaraan kepada nasihat, maka pantun-pantun nasihat akan meluncur daripada mulutnya. Apabila percakapan bersifat kelakar dan senda gurau, pantun kelakar atau pantun sindir-menyindir akan dilantunkan pula. Begitulah seterusnya, sehingga pantun selalu terangkat ke permukaan dengan pelbagai gaya dan maksud.

Hal ini semakin mendorong orang Melayu untuk mampu berpantun, agar tidak malu dalam percakapan atau mampu menjawab pantun yang dijual orang kepadanya. Itulah sebabnya mengapa orang tua-tua mengatakan, walau berpantun tidak menjadi kewajipan, tetapi disebabkan banyak digunakan, orang berasa berkewajipan untuk mampu berpantun dan memahami maksudnya.

Weight 0.989 kg
Dimensions 21.1 × 14 × 4.5 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Khazanah Pantun Melayu Riau”

Your email address will not be published. Required fields are marked *