Kitāb Naḥū Jāwī: Petuturan Melayu

‘ABDU’LLĀH ‘ABDU’R-RAḤMĀN merupakan Yang Dipertua Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor yang pertama.

Diperkenalkan dan dirumikan oleh MUHAMMAD SYUKRI ROSLI

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2017)
302 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM55.00

In stock

If you purchase this book you will earn 11 points worth of RM1.10!
ISBN: 9789671474839 Product ID: 24194 SKU: 9789671474839 Categories: , , Tags: , , , ,

Kitāb Naḥū Jāwī: Petuturan Melayu merupakan karya penting mengenai jalan bahasa Melayu-Jāwī yang dihasilkan oleh ‘Abdu’llāh ‘Abd al-Raḥmān, Yang Dipertua Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor yang pertama sejak ia dinaikṭaraf. Karya ini menyerlahkan keilmuan bahasanya, yang mana beliau telah menggabungkan kecanggihan naḥu Arab dengan keindahan bahasa Melayu-Jāwī. Beliau memperkenalkan iṣṭilāḥ-iṣṭilāḥ Melayu aṣli bagi beberapa konsep bahasa seperti Gahara (subject, fā’il); Rakam (maf’ūl, object) dan banyak lagi.

Petuturan Melayu ibārat peta atau panduan naḥū yang menerangkan kota bahasa Jāwī, ya’nī menunjukkan jalan dan arah yang perlu dilalui bagi tiba ke ma’nā yang tersīrat yang berdiam di dalam “binaan” Perkataan. Setiap satu perkataan itu terbina oleh “batu” Nama dan “bata” Perbuatan, dan diikat oleh “simen” Diwal. Jika Perkataan itu diibāratkan sebagai “binaan”, maka tinggi-rendah, besar-luas dan sempit-lapang binaan itu ialah Segala Kelakuan perkataan—ya’nī aneka ragam binaannya. Di dalam kitāb ini setiap satu binaan, batu, bata, simen dan aneka ragam binaannya disertakan ta’rīf dan contoh bagi memahami kepesatan kota bahasa Jāwī.

Weight 0.5 kg
Dimensions 21.5 × 13.8 × 2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitāb Naḥū Jāwī: Petuturan Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.