Out of stock

Kitāb Perubatan Melayu: Sari Segala Ubat, Ṭabīb Diraja Kesulṭānan Pontianak

Pengenalan, perūmīan dan analisis oleh MOHD AFFENDI MOHD SHAFRI

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Ketiga, 2020)
221 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Out of stock

ISBN: 9789671698440 Product ID: 26577 SKU: 9789671698440 Categories: , Tags: , , , , ,

Kitāb Perubatan Melayu: Sari Segala Ubat, Ṭabīb Diraja Kesulṭānan Pontianak adalah manuskrip perubatan Melayu yang antara terawwal masih wujud kerana berasal pada akhir abad ke-18 atau permulaan abad ke-19. Kajian ini bertujuan menambah dokongan kepada usaha membangunkan warithan intelektual Melayu dan meneroka potensinya untuk manfa’at perubatan kini. Kitāb Sari Segala Ubat (MSS B15) mengandungi ‘amalan perubatan Tabib Diraja Kesultanan Pontianak, Kalimantan Barat di pulau Borneo. Kitab ini tentunya akan meluaskan lagi pandangan terhadap peng’amalan sains dan teknologi dalam kalangan masharakat Melayu Borneo pada zaman lampau.

Hasil kajian mendapati terdapat 51 komplikasi atau keadaan kesihatan disebutkan di dalamnya, sama ada penyakit fizikal yang mengganggu sistem badan tertentu atau secara u’mūm, dan penyakit bukan fizikal seperti yang melibatkan gangguan emosi. Selain itu, terdapat 18 preskripsi yang menggunakan ramuan tunggal, 85 preskripsi yang menggunakan lebih daripada satu adunan ramuan, dan 28 preskripsi yang melibatkan ‘unsur spiritual. Kebanyakan preskripsi turut disertakan qa’idah perubatannya seperti pengambilan melalui pemakanan, mengenakan ubat secara langsung ke bahagian tubuh malah disertai dengan bacaan-bacaan tertentu.

Ramuan tempatan dan import yang digunakan merupakan manifestasi daripada aktiviti perdagangan dengan para pedagang pada masa itu. Apa yang lebih menarik ialah adanya bahan-bahan rawatan yang khas terdapat di pulau Borneo. Sementara itu, bahagian akhir dalam kajian ini membentangkan tinjauan sepintas lalu pada perbahanannya dengan membandingkan penggunaan bahan dengan dapatan daripada kajian sains kontemporari.

Kewujūdan manuskrip di Kepulauan Melayu adalah simbol, identiti dan bukti tradisi ke’ilmuan Melayu pada abad yang lampau. Walau bagaimanapun, khazanah bersejarah ini tidak dapat ditanggapi selayaknya jika tidak dilakukan pemeliharaan, pembuktian, penyelidikan dan penilaian isi kandungannya. Oleh yang demikian, adalah menyedihkan apabila kebanyakan manuskrip perubatan Melayu kekal tersimpan, menunggu rosak dan tidak dikaji, memandangkan hanya kira-kira 11 manuskrip perubatan tradisional Melayu telah diterbitkan semula sehingga tahun 2018 manakala penilaian kandungannya masih pada tahap minima.

Kesimpulannya, kajian ke atas Sari Segala Ubat (MSS B15) meneruskan aspirasi untuk memperkenalkan semula warithan perubatan Melayu selain menyumbang kepada hasrat dan tujuan perubatan masa kini yang masih memerlukan bahan-bahan terbaik untuk digunakan ke atas pesakit.

Panduan Perumian & Tanda Baca
Pengantar Penerbitan Siri Persūratan Jawi

Penghargaan
Ringkasan Penerbitan

Kata Pengantar Pengarang
Kata Pengantar Dekan

Pengenalan Manuskrip Perubatan Melayu

Minat Barat Terhadap Manuskrip Melayu
Bilangan dan Keragaman Manuskrip
Perubatan Melayu
Membangunkan Perubatan Melayu

Latar Belakang Naskhah

Memilih Naskhah
Proses Perūmian
Pontianak
Inggeris dan MSS B15
Tradisi Perubatan di Pontianak

Perumian dan Nota Kaki Sari Segala Ubat

سالينن منوسکريڤ ساري سݢالا اوبت

Analisis Sari Segala Ubat

A. Struktur Asas Manuskrip
B. Jenis Penyakit
C. Peramuan
D. Qa’idah Rawatan
E. Sistem Kepercayaan
F. Perbandingan dengan Laporan Sains Kini

Perbandingan Sepintas Lalu Isi Manuskrip Sari Segala Ubat dengan Laporan Sains Kontemporari

1. Budak Menangis
2. Kecacingan
4. Membuang Balgham
6. Ngilu dan Kebas
8. Kusta
9. Seriawan
10. Ubat Berhentikan Pendarahan
11. Ubat Daging-Dagingan
12. Ubat Bengkak
13. Ubat Sakit Tuan
15. Ubat Hati
16. Menyucuk
17. Ubat Senak Lagi Kembung
18. Ubat Sakit Pinggang
19, Ubat Sembelit
21. Sakit Rengat
22. Buang Air Besar Berlendir dan Berdarah
23. Dugal
24. Medu
25. Susah Kencing
26. Syphilis
27. Puru Jahat dan Puru Muda
28. Meroyan
30. Sakit Mata Patekan
32. Ketumbuhan (Lihat Puru Jahat: No. 27)
34. Penawar Bisa Ular
37. Anak Panah Dalam Tubuh
38. Disengat Kala
41. Demam
43. Resdung
44. Keracunan Arsenik
46. Sebu
47. Mengah/Asthma
49. Sakit Tubuh
50. Telinga Dimasuki Lipan Dan Haywan Lain
51. Kosmetik
52. Senggugut

Penutup

Rujukan
Indeks

Terbitan Akademi Jawi Malaysia
Penggerak Utama Akademi Jawi Malaysia

Weight 0.399 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 1.6 cm
Author(s)

Edition

Language

Script

Jawi, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitāb Perubatan Melayu: Sari Segala Ubat, Ṭabīb Diraja Kesulṭānan Pontianak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *