Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan

HARUN MAT PIAH adalah mantan Felo Penyelidik Kanan (ATMA) dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Pakar dalam Kesusasteraan Melayu Klasik, mempunyai pengalaman penyelidikan berhubung dengan manuskrip Melayu dalam koleksi-koleksi dunia, termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sri Lanka, koleksi Eropah dan Amerika Syarikat. Penyelidikan dan penulisan dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional, puisi Melayu tradisional, kepustakaan ilmu (epistemologi) tradisional dengan pengkhususan dalam ilmu perubatan dan ilmu ramalan (astrologi) tradisional.

ZAWIYAH BABA merupakan Felo Penyelidik Utama (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengetuai Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, ATMA. Beliau adalah mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (2001 – 2005).

UKM Press (2014)

521 halaman

ISBN 9789674122003

RM60.00

In stock

Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan merupakan kajian ilmiah dalam ilmu perubatan Melayu tradisional berdasarkan naskhah Kitab TIB MSS 2515 dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Terdapat sekitar 100 naskhah Kitab TIB dalam koleksi Dunia, termasuk di Jakarta, Leiden dan London; lebih 40 naskhah di Perpustakaan Negara Malaysia.

Pembinaan edisi ini adalah berdasarkan disiplin filologi dengan maksud menyajikan edisi yang asli, lengkap dan berwibawa. Menepati konsep penulisan buku Kitab TIB (ilmu perubatan Melayu Tradisional) dengan mengandungi pembicaraan tentang pengenalan ilmu tabib, petua untuk kesihatan diri, penyakit yang berhubungan dengan kuasa-kuasa ghaib dan penyakit umum yang memerlukan rawatan farmakologi.

Dapat digunakan untuk kajian yang berhubungan, termasuk budaya dan linguistik, sains perubatan, kimia, botani dan pemakanan. Ilmu perubatan tradisional adalah cerminan ilmu sains Melayu yang membanggakan. Buku ini merupakan terbitan yang memfokus kepada penyelidikan manuskrip Melayu berunsur sains dan teknologi.

Petikan Prakata: Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan adalah kesinambungan usaha penyelidikan dalam bidang yang dikenali sebagai ilmu Sastera Sains dan Teknologi Tradisional, khususnya bidang perubatan tradisional. Walaupun hasil penyelidikan perubatan tradisional oleh Dr. Harun Mat Piah pernah di terbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2006, kajian khusus ke atas Manuskrip kitab tib MSS 2515 kali ini merupakan kajian yang komprehensif dan lebih mendalam. Namun begitu, dalam korpus ilmu epistemologi tradisional, kajian ini boleh dianggap masih di peringkat permulaan, kerana banyak Iagi naskhah ilmu perubatan yang masih perlu dikaji dan didedahkan kepada penyelidik manuskrip dan masyarakat umum.

Masih banyak persoalan yang belum diselesaikan yang memerlukan kajian, sebaiknya dari penyelidikan bersepadu yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan, termasuk ahli-ahli, sains perubatan, kimia, biologi, psikologi, farmakologi etnobotani, pemakanan dan kesihatan sosial. Sehubungan itu cadangan ATMA untuk merealisasikan gagasan itu demi kepentingan akademik dan pemuliharaan warisan budaya dan ketamadunan Melayu sangat dialu-alukan.

Penerbitan buku ini diharapkan akan dapat memperluaskan lagi ilmu perubatan Melayu yang masih relevan dalam zaman serba moden ini. Masyarakat tempatan masih mencari perubatarn tradisional sebagai alternatif dan kadang kala sebagai pilihan di samping cara perubatan moden. Perubatan tradisional yang diwarisi turun temurun dikalangan masyarakat Melayu bukan sahaja masih bertahan malah terus berkembang.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.775 kg
Dimensions 15.2 × 2.7 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789674122003

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.