Kolam Teduh Biru: Sajak-Sajak Suwarna

SITI ZAINON ISMAIL adalah penerima Anugerah Sastera Negara 2019.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
57 halaman

RM20.00

In stock

Product ID: 31995 Subjects: , Sub-subjects: ,

Kolam Teduh Biru: Sajak-Sajak Suwarna merupakan sebuah kumpulan sajak eceran karya Siti Zainon Ismail yang mengandungi 51 bingkisannya seputar kehidupan dan peristiwa yang dialami penulis antara tahun 2014 hingga 2019. Sajak-sajak ini telah terbit dalam Dewan Sastera. Membaca sambil meneliti dengan halus bait-bait puisi dalam kumpulan sajak Kolam Teduh Biru, memang terkesan dengan keindahan karya Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail. Daya cipta yang membentuk puisi-puisi dalam kumpulan puisi ini meneguhkan lagi kedudukan Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara, khususnya sebagai penyair prolifik tanah air.

Puisi-puisi beliau dalam kumpulan sajak ini adalah sebahagian daripada khazanah persuratan dan kesusasteraan Melayu bukan hanya di Malaysia tetapi rantau Nusantara. Kumpulan puisi ini memperlihatkan proses timbal balik antara Siti Zainon Ismail dengan persekitaran fizikal dan sosial yang sangat luas. Interaksi ini merangsang gerak kerja kreatif beliau yang memerihalkan episod pengalaman kehidupan kesan daripada kepekaan dan kasih sayang Siti Zainon Ismail terhadap kehidupan yang beliau tempuhi.

Puisi “Kolam Teduh Biru” dan “Perempuan dan Bunga Air” diperihalkan melalui kepelbagaian ragam citra dan metafora yang mendasari maksud puisi dan kreativiti penyairnya, ragam citra dan metafora dalam puisi Siti Zainon Ismail salah satunya berpunca daripada pengalaman kembara di dalam dan luar negara khususnya di alam Nusantara. Di samping itu, penguasaan Siti Zainon juga yang luas dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu serta bahasa dan pelbagai dialek Nusantara, yang disusun atur sehingga tercipta langgam puisi.

Puisi hasil karya Siti Zainon Ismail ialah bayangan minda beliau yang begitu peribadi sifatnya tetapi “terhidang” sebagai wacana kreatif kesusasteraan Melayu moden. Apa yang ketara melalui puisi “Kolam Teduh Biru” dan “Perempuan dan Bunga Air” ialah puisi itu menyuguhkan pelbagai tema kreatif yang memerihalkan kepekaan dirinya terhadap persekitaran fizikal dan sosial yang luas dalam ruang kehidupan masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Apa yang dapat dikesan melalui 51 buah puisi ini ialah pemerian tentang cara dan gaya kehidupan bangsa Melayu di alam Nusantara dari segi sejarah, kebudayaan dan kesenian alam Nusantara yang lebih luas.

Kata Pengantar
Prakata

1. Perabung Tanjung
2. Jendela Rahmah
3. Urat Nafas Baruh
4. Rezeki Bumi
5. Keladi Birah dari Lembah
6. Janji Bunga Kantan
7. Kolam Teduh Biru
8. Di Lubuk Pasu
9. Taman Harum Sedap Malam
10. Kampung Batu Jalan Ipoh 1970-an
11. Janji Kuala Sepetang
12. Bisik Celah Bakau
13. Kolam Budi Teratai
14. Di Balik Bias Kaca
15. Awan Hikmah
16. Di Laman Kawan Langkasuka
17. Setelah Hutan Terbakar
18. Kejadian Alam
19. Sebelukar Janji
20. Belukar Zaman
21. Bayang di Rumah Merah
22. Haruman Rimba
23. Di Pantai Kuala Penyu
24. Rimba Sepilok
25. Sisa Kebun Kami
26. Tunggul Akhir
27. Perempuan dan Bunga
28. Air Kitab Tua yang Dilupakan
29. Orang dalam Gombak
30. Mah Meri Orang Kita
31. Rimba Asal
32. Cik Bidah Bidan Simpang Tiga
33. Jelita Pemimpin Hari
34. Kak Leha Juru Andam
35. Sirih dan Gobek
36. Mak Som Juru Hidangan Pengantin
37. Si Rumpai Laut Pulau Bum Bum
38. Tudung Duang Kuala Abai
39. Bia Perempuan Dusun Ranau
40. Satidah Petani Dusun
41. Jeruk Bambangan
42. Ikan Salai Tawau
43. Kasih Ibu
44. Teringat Cerita Ah Yin
45. Janji yang Hilang
46. Sangsi Madu Tiga
47. Yang Tiada Itu Ada
48. Hanya Satu Wajahmu
49. Banjir
50. Wajah di Kaca
51. Biar Jauh di Rantau

Weight0.17 kg
Dimensions24 × 21.6 × 0.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.