Out of stock

Koleksi Pilihan Dunia Melayu (Distinctive Malay World Collections)

Koleksi Tetap Jabatan Muzium dan Antikuiti

Jabatan Muzium Malaysia (Cetakan Pertama, 2004)
100 halaman termasuk Rujukan

RM65.00

Out of stock

Penerbitan Khas Koleksi Pilihan Dunia Melayu (Distinctive Malay World Collections) merupakan salah satu usaha Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam memperagakan sebahagian koleksi istimewa yang jarang dipamerkan kepada masyarakat umum. Semenjak tertubuhnya Jabatan Muzium dan Antikuiti, pelbagai muzium baru dirancang penubuhannya dan salah satu yang utama ialah mewujudkan Muzium Etnologi Dunia Melayu.

Koleksi Dunia Melayu adalah pengumpulan pelbagai artifak dari seluruh dunia yang berkaitan dengan Alam Melayu yang telah lama digerakkan dan hasilnya kini menjadi koleksi tetap Jabatan Muzium dan Antikuiti. Artifak seni dari Kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Selatan Filipina, Selatan Thailand, dan beberapa kawasan lain yang mempunyai hubungan geografi dan kebudayaan Melayu dikenal pasti mempunyai nilai seni dan elemen sejarah serta manifestasi budaya yang mengagumkan. Selain itu koleksi dari Afrika Selatan, Indo-China (Campa) dan kawan-kawasan lain juga turut dilibatkan.

Adalah tidak syak lagi bahawa suatu ketika dahulu, masyarakat dalam Dunia Melayu, khususnya di Asia Tenggara mempunyai pemerintahan dan kerajaan yang terkenal dan telah melahirkan tamadun yang tinggi. Penciptaan artifak yang unik dan istimewa, yang sering diberi perhatian oleh mereka adalah suatu manifestasi ketinggian tamadunnya. Semua ini adalah suatu bayangan akan keunikan kesenian Melayu yang bukan sahaja memberikan inspirasi, dan kefahaman kepada yang dapat menikmatinya malah menjadi bahagian penting daripada identiti bangsa yang amat tinggi harganya.

Koleksi Pilihan Dunia Melayu (Distinctive Malay World Collections) dicipta dan direka dengan kefahaman falsafah dan kepercayaan yang mendalam terhadap pelbagai unsur, material mahupun spiritual yang mempengaruhi kehidupan. Justeru itu ia menjadi satu warisan budaya yang bukan saja mempesonakan malah itu, yang perlu dihayati dalam hubungan meneruskan kecintaan warisan budaya sejagat selain menghidupkan semula pengetahuan tentang artifak yang digunakan sejak berkurun lamanya.

Penerbitan Koleksi Pilihan Dunia Melayu (Distinctive Malay World Collections) terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu dunia wayang kulit, tekstil, persenjataan, upacara dan keagamaan, perhiasan diri, peralatan ekonomi, seni ukiran, seni persembahan dan alat bunyian serta peralatan dan keperluan di rumah. Kesemua ini dipamerkan secara ringkas bagi memberi peluang kepada masyarakat meninjau dan memahami Dunia Melayu.

Weight0.46 kg
Dimensions29.5 × 21 × 1 cm
Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.