Out of stock

Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Keris Mas

Kamaluddin Muhamad (10 Jun 1922—9 Mac 1992) ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama (1981). Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Exco penerangannya. Pada 1947, Keris Mas hadir dalam Kongres PKMM di Singapura mewakili negeri Pahang. Keris Mas ahli aktif dalam Angkatan Sastera 50 atau ‘Asas 50’ Novel dan cerpen Asas 50 cenderung kepada ‘Seni untuk Masyarakat’. Mereka pernah menghantar ‘Memoranda Asas 50’ kepada kerajaan dan membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu. Kegigihannya menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Satu ASAS 50. Semasa berkhidmat di DBP, beliau aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Penyelenggara: A. Rahim Abdullah

DBP (Cetakan Ketiga 2005)
341 halaman

RM25.00

Out of stock

Keris Mas mula menceburi bidang penulisan kreatif pada tahun 1946 dengan menghasilkan novel Pahlawan Rimba Malaya. Sepanjang hayatnya Keris Mas telah berhasil menulis puluhan cerpen, esei dan lima buah novel yang mengisi ruang khazanah sastera bangsa. Karya-karyanya sehingga kini masih dibaca dan dikaji oleh para peminat dan peneliti sastera Melayu dari dalam dan luar negara. Buku ini memuatkan cerpen-cerpennya, esei dan fragman novel.

Sasterawan Negara yang pertama ini pernah dianggap sebagai penulis cerita pendek terpenting selepas Perang Dunia Kedua selepas A. Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad.

Weight0.500 kg
Dimensions14.3 × 2.7 × 21.1 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.