Out of stock

Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Keris Mas

KERIS MAS (1922—1992) atau nama sebenar beliau Kamaluddin Muhamad adalah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama (1981). Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Exco penerangannya.

Diselenggara oleh A. RAHIM ABDULLAH

DBP (Cetakan Ketiga, 2005)
341 halaman

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789836251725 Product ID: 653 Subjects: , Sub-subject:

Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Keris Mas menghimpun karya-karya terbaik beliau dalam tiga genre iaitu cerpen, fragmen novel dan esei. Koleksi ini memuatkan beberapa karya beliau yang dihasilkan sebelum merdeka lagi. Cerpen pertama di dalam antologi ini, ‘Wasiat Orang Bangsawan’ juga merupakan cerpen pertama beliau yang telah tersiar di majalah Suluh Malaya keluaran 1 Jun 1946. Selain itu turut termuat fragmen novel pertama Keris Mas yang bertajuk ‘Pahlawan Rimba Malaya’. Cerpen-cerpen lain yang terkandung di dalam buku ini ialah; Kejadian Di Dalam Estet, Pemimpin Kecil Dari Kuala Semantan, Menjelang Merdeka, Mereka Tidak Mengerti, Runtuh, Salah Pimpin, Kedai Sederet Di Kampung kami, Hallucination dan Ekor Kepala. manakala fragmen novel pula selain Pahlawan Rimba Malaya ialah Korban Kesuciannya, Anak Titiwangsa, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur dan Rimba Harapan. Terdapat 11 esei di dalam kumpulan ini yang kebanyakannya membicarakan tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Weight0.500 kg
Dimensions21.1 × 14.3 × 2.7 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.