Kolonialisme dan Fenomena Sastera: Abad Peralihan

NORIAH TASLIM adalah seorang akademik kunjungan di Universiti Brunei Darussalam. Beliau mula berkecimpung dalam dunia akademik pada tahun 1982 di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sehingga 2009. Seterusnya, menjadi Profesor pelawat di Chubu University Jepun pada Ogos-Disember 1998 dan menjadi pensyarah kunjungan di Universiti Brunei Darussalam pada 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai pensyarah di Universiti Brunei Darussalam dari tahun 2009-2012; pada tahun 2013-2014 beliau memegang jawatan felo penyelidik kanan di ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
244 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Kolonialisme dan Fenomena Sastera: Abad Peralihan mengisi lopongan dalam penulisan tentang persejarahan sastera Melayu tradisional yang berlaku sewaktu abad peralihan/transisi (tradisional-moden), terutama pembicaraan tentang genre, ciri dan korpus.

Buku ini dengan demikian ingin mengisi lopongan tersebut dan cuba meneliti fenomena sastera abad tersebut secara lebih terfokus; terutama akan membicarakan “the missing link” antara sastera moden dan tradisional. Buku ini juga meneliti karya sastera abad peralihan ini genre, teks dan ciri, dengan menghubungkannya kepada fenomena kolonial yang menaungi pemikiran, pengarang dan pengkaryaan sastera abad tersebut.

Untuk memperlihatkan garis pensejarahan tersebut dan menampilkan ciri genre-genre abad peralihan, maka Kolonialisme dan Fenomena Sastera: Abad Peralihan dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap satunya membawa satu sub-tema. Bahagian awal menyusuri pensejarahan sastera/persuratan Melayu sebelum dan selepas kehadiran Eropah (abad ke-16 hingga abad ke-19) dengan memberi tumpuan kepada peralihan persuratan Melayu dari istana Melayu ke “istana Eropah.” Fenomena anjakan tersebut dihubungkan dengan gejala kolonialisme terutama yang menonjol ialah pengaruhnya ke atas pemikiran dan budaya Melayu. Turut serta dengan kehadiran kolonial ialah pengenalan alat cetak sebagai agen pembaharuan yang cukup mengasak. Pembaharuan yang paling ketara ialah implikasinya ke atas manuskrip Melayu.

Bahagian kedua berjudul “membaca genre peralihan” akan menganalisis karya-karya transisi secara terpilih untuk memperlihatkan keunikan struktur, tema, dan gaya penulisan yang mencirikan genre transisi.

Bahagian ketiga, bertemakan “tegangan antara tradisi dan pembaharuan.” Seperti yang termaktub dalam judulnya, bahagian ini akan cuba memajukan hujahan bahawa setiap pembaharuan akan sentiasa berlaku dalam keterikatan kepada tradisi; penyimpangan berlangsung dalam skemata model-model sastera sedia ada; demikian karya sastera sentiasa wujud dalam tegangan antara yang lama (tradisi) dan yang baru (inovasi). Fenomena kreatif ini kelihatan juga berlaku pada pengkaryaan sastera abad peralihan.

Dalam kes-kes tertentu pautan tradisi menjadi begitu longgar sehingga memungkinkan konvensi diterbalikkan atau dipermainkan. Upaya kreatif ini dapat dilihat dalam teks Syair Sinyor Kosta; sebuah karya yang memanfaatkan genre “roman” namun, sekaligus juga memparodikannya. Teks bukan sahaja menterbalikkan budaya kebangsawanan yang mengintipatikan dunia roman, tetapi juga mempermainkan konvensinya, sehingga yang lahir ialah sebuah karya roman “baharu.”

Bertolak dari situ, maka bab-bab dalam buku ini akan distrukturkan mengikut keperluan bahagian-bahagian tersebut.

Weight0.355 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Ng Siawhung (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.