Komrad Asi (Rejimen 10) dalam Denyut Nihilisme Sejarah

AZIZ SURIANI adalah Penyelidik separuh masa Projek Nasionalisme Malaysia di Era Perang Dingin 1951-1989 di Universiti Malaya.

Gerakbudaya (Cetakan Pertama, 2022)
239 halaman termasuk Rujukan

RM32.00

Only 1 left in stock

Product ID: 31606 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Komrad Asi (Rejimen 10) dalam Denyut Nihilisme Sejarah mengisahkan tentang sosok Asi, seorang kanak-kanak berketurunan India dari sebuah estet milik penjajah yang pernah terlibat sebagai penghantar surat rahsia antara aktivis bawah tanah PKM semasa darurat antara 1948-1950. Pada usia 10 tahun, dia dikehendaki oleh pihak penjajah kerana kegiatannya yang dianggap subversif. Pada suatu petang, rumahnya telah dikepung dan digeledah. Ayahnya ditangkap dan diseksa. Kemudian, dia dikehendaki menyerah diri. Menyedari dia dikehendaki oleh askar British, dia telah melarikan diri. Sejak petang itu, dia meninggalkan rumah dan tidak lagi ke sekolah. Asi menjadi antara individu yang diburu dan berada di hutan sebagai gerila selama 39 tahun.

Komrad Asi bukanlah seorang wira daripada kelas bangsawan istana atau pandeta yang layak dimuliakan dalam naratif sejarah rasmi. Beliau ialah watak tunggal daripada kelas buruh kerahan atau kuli-kuli estet yang tidak dapat diklon dalam sejarah. Beliau telah bergerila di hutan melawan kolonial di saat usia yang paling muda berbanding semua perajurit PKM. Tentang perjuangannya, beliau tidak pernah mendapat restu keluarga atau masyarakat sebangsanya untuk terjun menjadi gerila.

Dari sebuah ladang getah di Sungai Siput, dia menyeberang ke hutan, kemudian telah menyertai Pasukan India pimpinan Kaatu Perumal di kawasan Sungai Siput. Oleh kerana pergolakan yang terjadi dalam pasukan serta kesulitan mendapat makanan semasa Rancangan Briggs pasukan ini telah dilumpuhkan oleh askar-askar Gurkha. Ramai anggotanya ditangkap dan dibunuh dalam satu serang hendap. Pasukan ini telah dibubar pada tahun 1957. Asi yang terselamat daripada sasaran peluru askar Gurkha itu kemudiannya berpindah ke sempadan dan menyertai Regimen Ke-10 pimpinan Abdullah C.D. hinggalah Perjanjian Damai Hatyai 1989.

Kejayaan pihak kolonial British menghancurkan Pasukan India dan aktivis-aktivis trade union selepas Darurat pada 18 Jun 1948 telah memberi kejayaan besar kepada kolonial British memulihkan industri getah yang menjadi punca ekonomi Great Britain selepas tewas dalam Perang Dunia Ke-2. Selepas gagalnya Rundingan Baling 1955 dan Malaya merdeka pada tahun 1957, Asi terus berada di hutan sebagai gerila meneruskan keyakinannya melawan neokolonialisme yang dikawal secara sistematik oleh British Military Administration telah menempuh pertempuran demi pertempuran sebagai komunis Tamil terakhir Malaya.

Kata Pengantar
Senarai Singkatan

Bab 1 Menggalur Gerakan Buruh Tamil di Malaya

Bab 2 Asi – Di Awal Kelopak Usia

Bab 3 Melangkah Bersama PKM

Bab 4 Pergolakan Awal

Bab 5 Menyertai Pasukan

Bab 6 Menyeberangi Dunia Baru

Bab 7 Pasukan India dalam Rejimen Ke-5 – Sungai Siput

Bab 8 Sikap Terhadap Perjuangan

Bab 9 Pertempuran Pertama

Bab 10 Tujuh Tahun Bersama Kaatu Perumal

Bab 11 Cabaran di Zaman Kaatu Perumal

Bab 12 Bertemu V.T. Sambanthan — Pertemuan yang Membawa Padah

Bab 13 Komunis Sebenar

Bab 14 Pemimpin Pasukan India

Bab 15 Briggs yang Melumpuhkan

Bab 16 Kesengsaraan Hidup di Zaman Briggs

Bab 17 Setelah Pasukan India Bubar

Bab 18 Pengalaman dalam Pertempuran

Bab 19 Pertempuran di Perak

Bab 20 Lain-lain Pertempuran

Bab 21 Kehidupan Pasukan Gerila

Bab 22 Pengalaman di Rejimen Ke-10 (1959-1989)

Bab 23 Paradoks Perang dan Perdamaian

Penutup: Komunis Tamil Terakhir

Rujukan

Weight0.273 kg
Dimensions18.9 × 13 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.