Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik

MOHD IZANI MOHD ZAIN adalah Profesor Madya dan Timbalan Pengarah, Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2022)
217 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM56.00

In stock

Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik adalah suatu sumbangan penting untuk memahami perkembangan dan perubahan pola gabungan dalam kalangan parti-parti Melayu melalui kupasan sosiologikal yang mendalam mengenai pengalaman Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah hidup dalam beberapa gabungan politik, termasuk dengan parti bukan Melayu bukan Islam. PAS pernah dulu dilabel ekstremis tetapi sekarang dalam pemerintah kerajaan pasca Pakatan Harapan bermula 2020, iaitu dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang turut dianggotai bersama Barisan Nasional, sudah pula dilabel oleh sesetengah pihak sebagai liberal kerana selesa menganggotai Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan melupakan isu-isu keagamaan yang diperjuangkan dahulunya semasa jadi pembangkang.

Penulis telah mengupas dan menyelongkar fakta dan data dalam buku ini mengenai perjalanan PAS yang panjang semasa bersendirian, bergabung dan bertukar-tukar gabungan, evolusi prinsip serta pegangan politiknya yang masih berpaksi Islam tetapi terjemahannya dalam bentuk perilaku agak berbeza dan semakin kosmopolitan. Dalam kita dihujani oleh pelbagai analisis politik di media massa dan media sosial yang berbentuk komentar WhatsApp atau op-eds, yang singkat dan kadang-kadang dangkal, penulis dalam proses menyusur galur perjalanan PAS tersebut telah mempamerkan kesarjanaan beliau dengan menggabungkan epistemologi, ontologi dan metodologi dengan tersulam kemas sehingga berjaya menghasilkan satu tulisan berasaskan kajian (evidence-based) yang mantap untuk tatapan umum dan para penyelidik politik Malaysia.

Korpus tulisan mengenai politik Malaysia umumnya didominasi oleh dua tema utama, iaitu, mengenai parti politik berasaskan etnik dan gabungan politik, atau political coalition. Kait mengait antara kedua fenomena ini menjadi fokus utama banyak kajian dan tulisan sesuai dengan pembentukan gabungan politik untuk pilihan raya awal di Malaya pada 1952 dan 1955 dan kemudian di Malaysia bermula pada Pilihan Raya Umum Pertama (PRU 1) pada 1959 dan berlangsung setiap lima tahun sekali.

Alunan gelombang politik di Malaysia bergolak mengikut perubahan parti komponen dalam gabungan politik. Ada gabungan yang kukuh dan semakin membesar seperti Parti Perikatan yang menjadi Barisan Nasional, Barisan Sosialis yang menggabungkan Parti Rakyat Malaysia (dominan Melayu) dan Parti Buruh (dominan bukan Melayu) dan seterusnya beberapa gabungan parti-parti dominan Melayu.

Terdapat juga parti yang nomadik sifatnya melompat dari satu gabungan politik ke satu yang lain. Ini kerap berlaku di Sabah dan Sarawak yang ada beberapa gabungan politik yang mempunyai wakil di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, seperti Gabungan Parti Sarawak yang mengandungi beberapa parti yang dulunya dalam BN. Begitu juga Gabungan Rakyat Sabah yang ada parti baru dan lama sebagai anggotanya. Ada juga gabungan parti yang tidak menang di PRU tapi tetap wujud, seperti Gabungan Anak Sarawak (GASAK).

Tarian parti lompat gabungan dan wakil rakyat lompat parti menjadi pola yang lebih jelas selepas Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 12) dan meningkat rancaknya pada PRU 13 pada tahun 2013 dan PRU 14 pada tahun 2018. Menariknya lompat gabungan dan lompat parti bukan sahaja bersifat inter-etnik tetapi juga intra-etnik. Garis pemisah antara etnik-etnik kadang-kadang jadi kabur dalam proses lompat melompat ini. Malah dalam konteks intra-etnik, misalnya dalam etnik Melayu, unsur ‘kemelayuan’ seolah-olah diterkambus oleh unsur ‘keislaman,” masing-masing mengaku jadi jaguh Islamisme yang pula pelbagai wajah dan warna.

Kata Pengantar
Prakata
Singkatan

1. Pendahuluan

2. Latar Belakang Kerjasama Politik PAS di Malaysia

Wacana Kerjasama Politik
Kerjasama Politik PAS Era Awal Kemerdekaan
Kerjasama PAS dengan Parti Negara (PN)
Kerjasama PAS dan UMNO/Perikatan dalam Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (BN)
Kesinambungan Kerjasama Politik PAS dan UMNO/Perikatan dalam Barisan Nasional (BN)
Kerjasama politik PAS dalam Chinese Consultative Council (CCC)
Kerjasama Politik PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU)

3. Konsep Tahaluf Siyasi dan Pendekatan PAS dalam Kerjasama Politik

PAS dan Faktor Kerjasama Politik
Konsep Tahaluf Siyasi dalam Politik Islam
Konsep Tahaluf Siyasi dalam Kerjasama Politik PAS
Pendekatan PAS dan Tahaluf Siyasi dalam Kerjasama Politik

4. Pembentukan Kerjasama Politik PAS

Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK)
Kerjasama Politik PAS dalam Barisan Alternatif (BA)
Kerjasama Politik PAS dalam Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Kerjasama Politik PAS dalam Pakatan Rakyat (PR)

5. Tuntutan Politik atau Dasar Perjuangan Parti?

Kepentingan Umum dan Landasan Baharu dalam Kerjasama Politik
Konflik Dasar Bersama dan Dasar Perjuangan Parti
Polemik Penubuhan Negara Islam dan Pelaksanaan Hukum Hudud
Dominasi PAS atau Rakan Setara?

6. Demokrasi Melangkaui Pilihan Raya dan Perjuangan Merentasi Kaum

Demokrasi Pluralisme dan Isu Kebebasan Individu
Kepelbagaian Agama dan Isu Kalimah Allah
Inklusiviti dan Cabaran Perjuangan Merentasi Kaum

7. Kesimpulan

Epilog
Rujukan
Indeks

Weight0.355 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.