Konsep dan Genre Kesusasteraan Melayu

Disunting oleh HASHIM ISMAIL

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2023)
286 halaman termasuk Indeks

RM68.00

Only 1 left in stock

Product ID: 34532 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Konsep dan Genre Kesusasteraan Melayu menjelaskan maklumat mengenai asas konsep dan pembentukan genre dalam bidang kesusasteraan Melayu diikuti dengan contoh-contoh karya dan pengarang yang muncul dalam zaman awal pembentukan genre berkenaan. Secara umum, buku ini dimulakan dengan konsep dan genre yang terdapat dalam ilmu kesusasteraan Melayu klasik sebelum selanjutnya dibincangkan konsep dalam bidang-bidang kesusasteraan Melayu moden. Kemudian bab-bab seterusnya disusun mengikut perkembangan dan kesinambungan ilmu sastera yang berkembang sesuai dengan perubahan zaman, dari zaman moden sehingga zaman pascamoden dan era digitalisasi. Kontinuiti bab termasuklah disesuaikan dengan perkembangan zaman revolusi industri 4.0 yang melibatkan penawaran ilmu sastera dalam ruang teknologi terkini. Pentakrifan genre adalah berdasarkan penentuan kumpulan sastera mengikut bentuk dan kandungan sesebuah karya untuk dikonseptualkan. Penentuan genre umumnya berdasarkan kerangka konsep tertentu meliputi ciri dalaman dan luaran sesebuah karya atau kelompok karya.

Genre sastera Melayu berkembang sejajar dengan perkembangan sosiobudaya masyarakatnya berasaskan tradisi lisan. Sistem komunikasi dalam masyarakat Melayu tradisional menghasilkan karya-karya sastera yang berfungsi mengikut keperluan masyarakat. Justeru muncul genre dan konsep sastera dalam masyarakat tradisional Melayu yang berasaskan sastera lisan dan tulisan. Oleh itu, pentakrifan genre dan konsep sastera adalah meliputi aspek kepengarangan, idealisme dan fungsi karya. Walaupun bentuk tulisan mengambil alih fungsi pengkaryaan kemudiannya, sastera lisan terus berkembang sehingga zaman kontemporari. Pada awalnya sastera lisan dan sastera tulisan Melayu dikaji mengikut pembahagian sastera istana, sastera rakyat dan sastera agama. Bagaimanapun perkembangan sejak awal abad ke-19, kajian terhadap hasil sastera Melayu mendapat perhatian dari pelbagai pendekatan dan teori yang bersifat multidisplin.

Prakata

1. Konsep dan Ciri Kesusasteraan Lisan Melayu
Madiawati Mamat @ Mustaffa

2. Konsep Historiografi Melayu
Eizah Mat Hussain

3. Pengenalan Ilmu Filologi Melayu dan Kaedah Ruwah
Mohd Taufik Arridzo Mohd Balvi

4. Konsep Puisi Melayu Tradisional
Eizah Mat Hussain

5. Kesusasteraan Islam dan Kaitannya dengan Kalam
Mohd Taufik Arridzo Mohd Balvi

6. Konsep Puisi Melayu Moden
Norhayati Ab. Rahman

7. Konsep Cerpen Melayu
Hashim Ismail

8. Konsep Novel Melayu
Hashim Ismail

9. Konsep Sastera Drama
Nurhamizah Hashim

10. Konsep Kesusasteraan Bandingan
Norhayati Ab. Rahman

11. Konsep Sastera Remaja, Ciri-Ciri dan Peranannya
Nurhamizah Hashim

12. Kesusasteraan dalam Pendidikan: Satu Perbincangan Awal
Ummi Hani Abu Hassan

13. Konsep dan Tahap dalam Proses Penulisan Kreatif
Ummi Hani Abu Hassan

14. Konsep Penyuntingan Sastera
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali

15. Kesusasteraan Elektronik: Konsep dan Pengenalan
Madiawati Mamat @ Mustaffa

16. Kesusasteraan dan Pengkomersialan
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali

Indeks

Weight0.457 kg
Dimensions22.6 × 15 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.