Out of stock

Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka

Penulisan bersama MOHD RIZAL YAAKOP dan SHAMRAHAYU A. AZIZ

ITBM (Cetakan Kedua, 2015)
926 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM180.00

Out of stock

Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka menjelaskan bagaimana kontrak sosial yang memeterai Perlembagaan Persekutuan 1957 dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di Tanah Melayu, baik majoriti mahupun minoriti. Pada masa sama, buku ini turut merungkai bagaimana ‘kontrak sosial‘ yang tidak wujud secara istilah pada teks Perlembagaan Persekutuan 1957 diguna pakai untuk menterjemah takrif persefahaman dan kesepakatan bagi keadilan sosial tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Perlaksanaannya berteraskan semangat mendalam dan ia terbukti berkesan memelihara keharmonian kaum sehingga hari ini. Berikutan itu, ia wajar dilindungi dan buku ini akan memperincikan perbincangan yang disertakan dokumen lengkap bagi membolehkan kontrak sosial difahami dan seterusnya menutup debat percanggahan serta pertelingkahan yang hanya bermaksud mengucar-ngacirkan negara.

Penulisan ini adalah penerusan usaha untuk menambahkan bahan rujukan dalam bahasa Melayu tentang sejarah perlembagaan bagi bacaan penganalisis politik, pembuat dasar, pelajar pusat pengajian tinggi dan masyarakat umum. Hasil tulisan ini juga merupakan bentuk keprihatinan para ilmuwan terhadap persoalan sejarah dan perlembagaan serta implikasinya terhadap pembentukan negara bangsa. Pengisian dalam buku ini memaparkan betapa pembentukan Perlembagaan Malaysia sebenarnya berkait rapat dengan sejarah bangsa. Kita maklum dan menerima hakikat bahawa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan melalui perjuangan berasaskan perlembagaan pada 1957. Kejayaan perjuangan ini membuktikan wujudnya keserasian dan perpaduan kaum di tanah air yang kita cintai ini. Keserasian dan perpaduan inilah yang menjadi kunci bagi rakyat Malaysia mengecapi nikmat kemerdekaan dan seterusnya membentuk hala tuju negara berpandukan kompas sendiri. Dengan kata lain, kemerdekaan yang dicapai melalui rundingan damai dan berasaskan perlembagaan inilah juga yang telah memberikan kita ruang untuk membentuk negara bangsa yang merdeka dengan jati diri menurut acuan sendiri.

Kesemua bab dalam buku ini cuba membincangkan latar sejarah, aspek perlembagaan dan isu-isu penting dalam konteks Malaysia bagi membantu meningkatkan pemahaman para pembaca mengikut bidang masing-masing. Fakta sejarah yang dibentangkan oleh penulis dalam buku ini didukung oleh dokumentasi yang sah. Berbicara tentang soal perlembagaan, kita tidak boleh memisahkannya daripada sejarah bangsa yang sewajarnya disorot secara jujur dan menurut fakta yang sah dan nyata. Bak kata pepatah ‘sudah terang lagi bersuluh’, yang bertepatan dengan langkah untuk memperkukuh kebenaran sejarah walaupun ia telah wujud dan kukuh. Kita masih perlu menggali dan mengupas segala sumber sejarah, termasuk seperti segala dokumen penting yang dapat dimanfaatkan daripada arkib terkemuka dunia.

Kata Pengantar
Prakata
Senarai Singkatan

1. Pengenalan
2. Latar Sosial Dan Politik
3. Perlembagaan Malayan Union
4. Toleransi Kaum
5. Isu Kerakyatan
6. Hak Istimewa Orang Melayu
7. Darurat Dan Ancaman Komunis
8. Ke Arah Kemerdekaan
9. Penutup

Nota Hujung
Bibliografi
Indeks
Lampiran
– Pengenalan
– Latar Sosial Dan Politik
– Perlembagaan Malayan Union
– Toleransi Kaum
– Isu Kerakyatan
– Hak Istimewa Orang Melayu
– Darurat Dan Ancaman Komunis
– Ke Arah Kemerdekaan

Weight2.417 kg
Dimensions25.7 × 24.8 × 4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.