Out of stock

Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika

M. KAMAL HASSAN berkhidmat selaku Profesor di beberapa buah universiti sepanjangan kerjaya akademiknya. Terkini beliau dilantik sebagai Penasihat Kehormat di IIUM Centre for Islamisation (CENTRIS) bermula 2019.

EMIR Research (Cetakan Pertama, 2022)
218 halaman termasuk Rujukan

RM50.00

Out of stock

Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika memberikan prinsip-prinsip yang rasional dan garis panduan yang sepatutnya dikaji dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Muslim untuk menemukan kembali jalan yang betul kepada pengembalian kepada sebuah perubahan moral warganegara seluruhnya dalam permasalahan rasuah. Melihat kepada fenomena korupsi politik dan kemunafikan dalam tingkah laku dan budaya politik Melayu, penulis percaya ianya adalah simptom suatu krisis dalaman para pemimpin dan pengikut parti-parti politik iaitu keruntuhan moral yang disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk impak daripada modenisasi yang materialistik; pragmatisme parti-parti politik; sifat egoistik dan materialistik pemimpin-pemimpin utama politik; ketiadaan pendidikan moral-etika yang baik dalam parti-parti politik; kebimbangan terhadap peningkatan dominasi politik masyarakat bukan Islam; dan impak daripada sistem politik demokrasi yang sekular.

Keruntuhan moral-etika yang berada pada tahap yang parah ini memerlukan perubahan yang asasi untuk menyekat keruntuhan kerohanian-moral yang tercermin dalam tingkah laku politik yang tak beretika dan munafik. Kerosakan yang ia telah lakukan kepada komuniti Muslim adalah amat besar, dan perpecahan politik dan permusuhan dalam masyarakat Melayu yang membawa kepada wujudnya tiga kelompok politik semakin membesar dan mendalam. Oleh yang demikian penyelesaian kepada masalah-masalah besar itu tidak boleh bersifat dangkal atau simplistik. Budaya politik, sistem politik, tingkah laku politik Melayu yang sudah menjadi korup ditambah pula dengan perpecahan dalaman yang semakin melebar memerlukan langkah-langkah transformatif yang komprehensif, asasi dan segera. Mengingatkan bahawa masa depan negara dan dunia bakal menjadi lebih tidak menentu dengan krisis politik yang berpanjangan berserta dengan keadaan darurat alam sekitar yang diramalkan oleh ramai para saintis dunia, langkah-langkah transformasi itu mestilah berlaku pada tahap yang paling asasi—iaitu pada tahap kesedaran kerohanian, moral dan etika (yang terbit dari hati/kalbu) para pemimpin, pengikut, kader-kader dan penyokong politik.

Satu paradigma transformasi kepemimpinan yang baru mesti diwujudkan kerana sistem dan paradigma kepemimpinan yang lama telah ternyata gagal dengan akibat-akibat yang sangat negatif ke atas umat Islam dan negara Malaysia. Penulis menamakan paradigma baru ini sebagai “Paradigma Kepemimpinan Theosentrik” yang berdasarkan kepada model kepemimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Kata Alu-Aluan
Prakata
Mukadimah

1. Ungkapan Keprihatinan Awam tentang Korupsi dan Kelakuan Politik Tak Beretika yang Berlaku Sejak Beberapa Tahun Belakangan

2. Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu di Malaysia Masa Kini

3. “Cukup-Cukuplah!” dengan Sistem dan Budaya Politik yang Korup

4. Transformasi Budaya, Tingkah Laku dan Masa Depan Politik Muslim Mesti Diasaskan di atas Pandangan Alam yang Transenden

5. Perlu Disegerakan Transformasi Kerohanian-Moral-Etika dalam Budaya Politik Melayu

6. Konsepsi-Konsepsi Unik tentang Ummah dalam Islam dan Orang-Orang Beriman dalam Pandangan Alam Tauhid

7. Pembetulan Beberapa Kesalahtanggapan tentang Islam sebagai sebahagian daripada Agenda Transformasi

8. Jenis Kepemimpinan Islamik yang Diperlukan untuk Memimpin Umat Islam ke arah Mencapai Matlamat Transformasi Sosio-Politik

9. Perlunya Tarbiah Ruhiyyah (Kerohanian) atau Tarbiah Imaniyyah Menjadi Teras Suatu Paradigma Kepemimpinan Theosentrik

10. Melengkapkan Baka Baru Pemimpin Politik Muslim Malaysia bagi Menghadapi Tanggungjawab-Tanggungjawab yang Lebih Mencabar

11. Keperluan Mutlak Kepada Program Penyucian Kalbu (Qalb) Sebagai Asas Paradigma Kepemimpinan Theosentrik

12. Jadikan Dhikru’Llah sebagai Tabiat Asasi Pemimpin-Pemimpin san Pengikut-Pengikut Muslim

Kesimpulan Dan Penutup
Glosari
Rujukan

Weight0.455 kg
Dimensions22.2 × 15.2 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Normanjalina Hassan (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author