Kota Kuala Kedah: Gelanggang Harimau Menerkam

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI AHMAD adalah Profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2017)
120 halaman termasuk Indeks

RM92.00

In stock

Kota Kuala Kedah: Gelanggang Harimau Menerkam memuatkan perbincangan mengenai sejarah Kota Kuala Kedah, kota pertahanan yang dibina 400 tahun dahulu. Ia juga memaparkan maklumat tentang senjata yang digunakan dalam pertempuran mempertahankan kota tersebut hampir 200 tahun dahulu. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan selama hampir dua tahun memfokus kepada Perang Musuh Bisik 1821-1842 dan penggunaan senjata api dalam sejarah Kedah.

Bahan yang disajikan di dalam buku ini dikumpul melalui pembacaan bahan rujukan bercetak dan bahan digital dalam talian, melawat dan membuat pemerhatian di tempattempat bersejarah, melawat ke muzium-muzium di Kedah dan Perlis, menemu bual tukang bedil istinggar yang masih ada serta menemu bual kolektor dan pedagang senjata api antik. Diharapkan buku ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi pelajar dan pengkaji sejarah, penggemar senjata api tradisional dan juga generasi akan datang untuk mengenali sejarah perjuangan orang Melayu, khususnya di negeri Kedah. Dengan ini dapatlah generasi akan datang memahami kehebatan dan semangat keperwiraan generasi silam. Ini sedikit sebanyak akan berguna dalam membentuk dan memperteguhkan jati diri anak Melayu.

Buku ini dihasilkan dengan hasrat untuk mengetengahkan sejarah Kota Kuala Kedah serta senjata yang digunakan dalam pertempuran mempertahankannya. Kesemua gambar dalam buku ini adalah daripada koleksi Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium DiRaja, dan koleksi peribadi Dr. Zikri Abd Ghani. Maklumat yang disertakan dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan selama hampir dua tahun ke atas senjata api dalam sejarah Kedah. Bahan yang disajikan dalam buku ini dikumpul melalui pembacaan bahan rujukan bercetak dan bahan digital dalam talian, melawat dan membuat pemerhatian di tempat-tempat bersejarah, melawat ke muzium di Kedah, menemu bual tukang bedil istinggar yang masih ada serta menemu bual kolektor dan pedagang senjata api antik.

Kota Kuala Kedah: Gelanggang Harimau Menerkam mengandungi beberapa bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan para pembaca kepada Kota Kuala Kedah secara umum. Bahagian kedua pula menghidangkan para pembaca dengan kisah sejarah perang Siam Ligor-Kedah 1821-1842. Seterusnya bahagian ketiga menyentuh pula mengenai senjata api yang dibeli daripada pihak Portugis. Bahagian keempat menyentuh mengenai senjata api yang dibeli daripada pihak Belanda. Manakala bahagian terakhir, bahagian kelima pula menyentuh mengenai senjata api yang dibeli daripada pihak Inggeris.

Weight0.801 kg
Dimensions24 × 26.5 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.