Krisis Wacana: Identiti Seni Bina Malaysia

KAMARUL AFIZI KOSMAN adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2009)
179 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Product ID: 22657 Subject: Sub-subjects: , , ,

Penerbitan Krisis Wacana: Identiti Seni Bina Malaysia amat kena pada masanya memandangkan kurangnya penulisan berkaitan isu identiti seni bina Malaysia pada hari ini. Walaupun pada sesetengah pihak perbincangan isu ini sudah dianggap tidak relevan namun punca kegagalan memartabatkan identiti seni bina nasional seharusnya dibincangkan dari pelbagai sudut agar perlaksanaan agenda sedemikian di masa hadapan tidak mengalami nasib yang sama.

Fokus perbincangan buku ini berlainan sedikit berbanding dengan kebiasaan iaitu melihat sejauh mana permasalahan penyebaran idea seni bina kepada masyarakat melalui penerbitan telah menyumbang kepada berlakunya krisis identiti seni bina di Malaysia. Perbincangannya yang dimuatkan dalam sepuluh bab merangkumi pelbagai aspek yang saling berkaitan terhadap perbincangan pokok iaitu krisis wacana identiti seni bina nasional yang akhirnya membawa kepada cadangan pelan tindakan penyebaran idea seni bina Malaysia di masa hadapan.

Justeru, kupasan di dalam buku ini amat berguna kepada pelajar dan masyarakat umum yang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang krisis identiti seni bina nasional, beberapa sebab kewujudannya dan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka.

Krisis identiti seni bina Malaysia yang wujud sejak empat deka yang lalu mengundang pelbagai kritikan dan pandangan dari tokoh seni bina di negara ini. Masalah penyebaran idea seni bina melalui penerbitan dikatakan antara punca wujudnya krisis identiti seni bina tersebut.

Antara isu yang diketengahkan ialah isi kandungan penulisan yang menyempitkan lagi istilah seni bina kepada bangunan sahaja. Sekiranya itu berlaku, sudah tentu perbincangan isu seni bina sukar menembusi pemikiran masyarakat kerana dianggap sebagai isu elit. Walaupun dilihat ada kebenarannya, namun kritikan yang diketengahkan tidak disertakan dengan bukti lanjut.

Justeru, perbincangan buku ini akan melihat secara serius pandangan tokoh tersebut melalui penelitian terhadap sumber penerbitan seni bina yang terpilih. Perbincangan panjang lebar mengenai dua pergerakan seni bina moden terulung di Eropah iaitu Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman pada pertengahan buku ini bakal membuka perspektif baru dalam memahami peranan penyebaran idea berkesan kepada kejayaan pelaksanaan sesuatu agenda seni bina. Rasional perbincangan ini ialah untuk melihat potensi pelaksanaannya di Malaysia. Secara ringkasnya terdapat tiga persamaan strategi, penyebaran idea oleh kedua-dua pergerakan tersebut, iaitu penglibatan pelbagai pihak dalam penerbitan seni bina.

Unsur seni bina dan kemasyarakatan wujud dalam penerbitan juga dalam penyebaran idea. Melaluinya, kedua-dua pergerakan ini telah berjaya mengembangkan pengaruh mereka ke sebahagian besar Eropah dan Amerika Syarikat. Ketiga-tiga strategi tersebut kemudiannya menjadi kerangka utama perbincangan krisis wacana identiti seni bina Malaysia yang melibatkan 674 sampel penerbitan seni bina iaitu terdiri daripada buku, majalah dan surat khabar. Pandangan tokoh seni bina yang terkenal banyak diketengahkan di dalam buku ini khususnya mengenai penyebaran idea seni bina di Malaysia.

Weight0.273 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.