Kumpulan Cerpen: Berjalan-Jalan Di Sini

Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (31 Disember 1938 – 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan adalah salah seorang Sasterawan Negara Malaysia. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990), dan Nagogho Astana (1997). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

DBP (Cetakan Ketiga 2007)
462 halaman

RM30.00

In stock

Product ID: 597 SKU: 9789836284785 Categories: , , Tags: , , , ,

Kumpulan Cerpen: Berjalan-Jalan Di Sini merupakan salah satu projek Edisi Khas Sasterawan Negara karya S. Othman Kelantan.

Kumpulan cerpen ini memuatkan 30 buah cerpen terpilih S. Othman Kelantan berdasarkan kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Cerpen-cerpen ini mewakili dekad-dekad 60-an, 70-an, 80-an, 90-an hinggalah ke dekad awal abad 21.

Isi dan nilai mesej kebanyakan cerpen berkecenderungan membentuk pemikiran masyarakat yang berperibadi tinggi, gaya bahasa yang digunakan amat kreatif dan imaginatif, garapan temanya menyentuh pelbagai persoalan hidup, sementara persembahan plot dan gaya penceritaan pula mencabar daya intelektual pembaca.

Kesemua ciri ini memberi kesan pemikiran mendalam kepada masyarakat pembaca terutama para pelajar sekolah menengah.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.490 kg
Dimensions 13.3 × 2.9 × 20.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789836284785

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kumpulan Cerpen: Berjalan-Jalan Di Sini”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.