Kumpulan Cerpen: Debu Merah

Shahnon Ahmad (13 Januari 1933 – 26 Disember 2017) adalah seorang penulis Malaysia yang mendapat gelaran Sasterawan Negara pada 1982 serta merupakan bekas Ahli Parlimen. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

DBP (Cetakan Kelima 2014)
202 halaman

RM20.00

Product ID: 624 Categories: , Tags: , , ,

Debu Merah adalah himpunan 19 buah cerpen yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad pada penghujung tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an. Kumpulan cerpen ini diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1965. Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menyentuh kerencaman hidup yang berilhamkan kedesaan yang daif dan berlatarkan kealaman yang banyak memakna dan membijaksanakan kehidupan pengarang.

Dikemukan kritikan terhadap isu-isu semasa yang banyak berkisar pada ciri-ciri sosiologikal. Jelas keyakinannya bahawa kesusasteraan, yang bertolak daripada permasalahan manusia, mampu menyedar dan mengubah masyarakat secara langsung. Pengarang berusaha menyuguhkan kepada pembaca agar mempelajari tentang jatuh bangunnya manusia, kegagalan dan kesejahteraan manusia, juga krisis luaran dan dalaman manusia yang tidak terlerai.

Debu Merah adalah rakaman awal Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, yang memaparkan tema, penyusunan plot, pembentukan dan perkembangan perwatakan penentuan peleraian persoalan dan ketrampilan gaya bahasa pengarang dalam dekat 1950-an dan 1960-an.

Weight 0.288 kg
Dimensions 14.0 x 1.9 x 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kumpulan Cerpen: Debu Merah”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.