Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu

DBP (Edisi Kedua, 2015)
807 halaman

RM44.00

Only 1 left in stock

Product ID: 22958 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu merangkumi pantun lisan yang dipertuturkan oleh para penutur secara lisan, yang melibatkan proses pengumpulan peringkat awalnya dimulai sejak Disember 1985. Dalam penyelidikan ini, terdapat dua tugas yang dilakukan. Tahap pertama ialah melakukan pengumpulan sebanyak mungkin pantun-pantun lisan yang dituturkan di seluruh Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Penyelidikan luar ini melibatkan kerja-kerja rakaman dari satu tempat ke satu tempat berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima daripada informan.

Proses pengumpulan ini memakan masa tidak kurang 15 bulan dan para penyelidik pergi ke luar kota untuk menemui informan dan responden yang menuturkan pantun secara lisan dan secara spontan. Pengumpulan ini banyak dilakukan di kampung-kampung yang terpencil atau di daerah pedalaman kerana sebagaimana yang diramalkan, kebanyakan penutur pantun lebih ramai tinggal di tempat-tempat demikian.

Pengumpulan dan rakaman pantun-pantun dari seluruh negara ini dilakukan dengan cara-cara berikut: (a) Rakaman pantun daripada orang perseorangan; (b) Rakaman pantun yang dipersembahkan oleh kumpulan kesenian; dan (c) Rakaman pantun daripada bekas ahli sesebuah kumpulan.

Kebanyakan pemantun perseorangan dikenal pasti daripada maklumat-maklumat yang diberikan oleh pihak informan di sesuatu daerah dan tempat tertentu. Sepanjang rakaman ini dibuat, sebilangan besar pemantun perseorangan ini ditemui di kawasan-kawasan pedalaman, di perkampungan nelayan, dan di pesisiran pantai. Antaranya, sejumlah pantun lisan telah dirakamkan di beberapa tempat seperti di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Rengit, Pontian Kecil, dan Kukup di Johor. Beberapa tempat lain yang masih ditemui penutur-penutur pantun ialah di Kampung Tanjung Belanja, Parit, dan di Kampung Bersia Lama, Gerik, Perak; Kampung Kuala Jengai, Kampung Jongok Batu, dan Kampung Kuala Perlis, Kampung Shukur, Pasir Raja, dan Kampung Talong di Hulu Dungun, Terengganu. Sementara di Sabah, banyak pantun dirakamkan di Kampung Hulu Sipitang, Kampung Pantai, Sandumin, Weston, dan juga di Membakut. Di Sarawak pula, terdapat penutur-penutur pantun yang tinggal di Kampung Tanah Hitam, Kampung Debak, dan Semantan di Lundu; Samarahan, Kampung Semerah Padi, dan Kampung Surabaya di Kuching.

Pengumpulan pantun ini menjadi lebih menarik kerana banyak pantun dapat dirakamkan daripada persembahan sesebuah kumpulan permainan rakyat. Di Negeri Sembilan umpamanya, seramai 12 orang ahli “Bongai” bergabung tenaga mempersembahkan “Bongai”, sejenis permainan tradisi Negeri Sembilan yang cukup popular. Daripada persembahan mereka itulah pantun-pantun yang dinyanyikan dalam pertunjukan itu telah dapat dirakamkan. Beberapa orang penyanyi veteran “Dondang Sayang” telah mengambil bahagian dan pantun-pantun yang didendangkan itu telah dapat dirakamkan. Usaha yang sama juga telah dilakukan dalam pengumpulan pantun di Perak melalui permainan “Lotah” dan permainan “Bubu”, khususnya di Kampung Gajah, Mukim Bota, Parit, Perak. Sementara di Kelantan, pantun-pantun dirakamkan daripada permainan “Ulek Banda” yang dipersembahkan oleh sebuah kumpulan di daerah Bachok. Demikian juga permainan “Anding” yang diperoleh di Sabah.

Tidak sedikit masalah yang dihadapi apabila sesebuah kumpulan itu sudah pula dibubarkan. Hal ini terjadi apabila ahli-ahli berkenaan telah berpindah ke kawasan lain, misalnya kerana mengikuti rancangan tanah kerajaan atau seumpamanya. Hal ini berlaku kepada sebuah kumpulan yang terkenal dengan persembahan “Rentak Kuda” di Batu Kikir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ramai anggota kumpulan ini yang telah berpindah ke kawasan lain di Bahau dan ke Kuala Kelawang. Dalam usaha mendapatkan pantun-pantun berkenaan, beberapa orang anggota kumpulan tersebut perlu ditemui dan rakaman dibuat di beberapa tempat yang berasingan dengan tujuan mendapatkan pantun-pantun yang dimaksudkan.

Hal yang sama juga pernah dilakukan bagi mendapatkan pantun-pantun yang dinyanyikan dalam persembahan “Canggung” di negeri Perlis. Sesungguhnya usaha merakamkan pantun-pantun lisan ini menuntut waktu yang tidak sedikit dan juga perjalanan yang banyak dan jauh. Namun, dalam apa juga keadaan pun, usaha pengumpulan pantunpantun lisan ini mendapat kerjasama yang cukup baik dan menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat.

Apabila peringkat pengumpulan pantun selesai dilaksanakan, maka tahap kedua ialah menyalin semula pantun-pantun tersebut daripada pitapita rakaman. Ternyata kerja-kerja tersebut menuntut waktu, penelitian, dan ketekunan yang tidak sedikit. Tidak dinafikan penggunaan kata-kata daerah dalam pantun-pantun lisan sedikit sebanyak menyulitkan kerjakerja penyalinan. Sungguhpun begitu, penggunaan bahasa-bahasa daerah itu tetap juga dikekalkan.

Penyelarasan kemudiannya dilakukan menurut wilayah, dengan membahagikannya kepada enam wilayah terbesar dengan jumlah pantun hampir 10 000 rangkap. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelumnya, daripada ribuan pantun lisan yang terkumpul itu, tidaklah semuanya turut dihimpunkan dalam buku ini. Daripada jumlah yang telah dikumpulkan itu banyak pantun yang terpaksa digugurkan dengan beberapa alasan yang berikut: (a) Pantun-pantun yang sama dalam satu kawasan yang sama; (b) Pantun-pantun yang sudah dianggap biasa dan popular atau yang telah banyak ditemui tertulis; (c) Pantun-pantun yang tidak memenuhi ciri-ciri sebuah pantun; dan (d) Pantun-pantun yang kurang jelas atau sukar difahami maksud nya.

Daripada jumlah tersebut, saringan demi saringan terpaksa dibual dan yang kekal hanyalah 5168 rangkap pantun yang mewakili 12 buah negeri. Berbeza daripada edisi pertama yang membahagikan pantun mengikut negeri/kawasan, penerbitan edisi kedua Kurik Kundi Merah Saga pula membahagikan pantun berdasarkan kategori jenisnya. Kategori tersebut ialah Pantun Kasih Sayang, Adat, Kiasan, Nasihat, Orang Dagang, Jenaka, Perbilangan, Budi, Agama, Kepahlawanan, dan Berniaga.

Weight1.186 kg
Dimensions22.1 × 14.1 × 4.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.