Out of stock

Lagu Dodoi Melayu Patani

NUREEYAN SALEH adalah pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Thaksin University, Songkhla, Thailand. Beliau menerima Ijazah Sarjana (Persuratan Melayu) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 1999)
183 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM25.00

Out of stock

Buku Lagu Dodoi Melayu Patani bertujuan untuk memaparkan beberapa buah lagu dodoi yang dikumpulkan daripada kerja lapangan di kawasan Patani dan daripada dokumentasi-dokumentasi yang sedia ada. Penelitiannya bertumpu kepada beberapa aspek budaya Melayu di selatan Thailand yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut. Persoalan-persoalannya mencakupi sudut seni penciptaan, isi, tema dan fungsi lagu dodoi terhadap masyarakatnya serta beberapa faktor yang menjejaskan kedudukannya dalam masyarakat moden kini.

Lagu dodoi (*lullabies) adalah satu genre tradisi lisan orang Melayu Patani yang harus diperkenalkan kepada masyarakat Melayu Nusantara dan pengkaji-pengkaji sastera rakyat Melayu Genre dodoi sudah wujud berzaman lamanya sejak ibu melahirkan bayi dan mendodoikan bayinya di dalam buaian. Lagu dodoi adalah satu pengenalan tradisi bagi semua golongan masyarakat yang menjadi amalan tradisi dalam kitaran hidup seseorang pewaris tradisi. Lagu dodoi adalah bahan hiburan paling awal yang diperolehi oleh kanak-kanak.

Lagu dodoi Melayu Patani tidaklah jauh bezanya daripada lagu dodoi bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia didapati mengandungi empat aspek utama iaitu: aspek pembelajaran bahasa dan makna kata-kata aspek fizikal yang berkaitan dengan permainan kanak-kanak, aspek budaya yang melibatkan mesej-mesej tentang nilai dan norma kehidupan, dan aspek keagamaan yang melibatkan ajaran-ajaran keagamaan sebagai panduan hidup bagi umat Islam. Oleh itu, lagu dodoi adalah lagu hiburan bagi kanak-kanak untuk menidurkan mereka, malah mempunyai fungsi sosial dan kognitif yang amat penting.

Maklumat dan analisis dalam persoalan tersebut didasarkan kepada kaedah penyelidikan kajian lapangan dan perpustakaan. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa lagu dodoi pada suatu ketika dahulu begitu popular tetapi sekarang semakin kurang mendapat perhatian ibu moden. Perkembangan lagu dodoi telah dijejaskan oleh sistem ekonomi baru, pertumbuhan institusi penjagaan bayi serta kemunculan sains dan teknologi baru yang memberi bentuk hiburan baru. Kesemua ini mengubah cara hidup dan sistem pengasuhan anak-anak.

Oleh yang demikian diharapkan buku Lagu Dodoi Melayu Patani akan memberi manfaat kepada maSYarakat Melayu di wilayah selatan Thailand. Semoga kajian ini dapat menyumbang kepada bidang kajian tradisi lisan dan kebudayaan Melayu Patani. Diharapkan tradisi dodoi ini juga dapat diteruskan kepada generasi akan datang dan kekal dalam sistem pengasuhan anak-anak.

Weight0.270 kg
Dimensions15.2 × 1 × 22.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author