Lagu-Lagu Salanda dan Cerita Lain Tentang Sulu

H. ARLO NIMMO adalah professor antropologi di California State University, Amerika Syarikat. Antara karya beliau yang lain termasuk The Sea People of Sulu dan The Pele Literature.

GUSNI SAAT adalah pensyarah dan Ketua, Program Pembangunan Malaysia di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara penerbitan beliau dengan Penerbit UKM ialah Komuniti Samah-Bajau di Bandar (2003) dan Peribumi Teluk Sapanggar (2004).

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2008)
218 halaman

RM30.00

In stock

Product ID: 4633 Subject: Sub-subjects: , , , , , ,

Antologi cerpen Lagu-Lagu Salanda dan Cerita Lain Tentang Sulu, ialah terjemahan The Songs of Salanda and Other Stories of Sulu, karya Harry Arlo Nimmo, seorang ahli antropologi berbangsa Amerika. Lagu-Lagu Salanda dan Cerita Lain Tentang Sulu lebih dari hanya memperihalkan pengalaman peribadi penulisnya mengenai individu tertentu dan peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan mereka. Lebih dari itu, buku ini membentangkan kebudayaan Bajau di Selatan Filipina menerusi watak-watak tertentu. Pembentangan fenomena kebudayaan secara semulajadi ini sesungguhnya sumber asal fakta-fakta kebudayaan Bajau yang telah diselidiki oleh penulis. Berasaskan sumber asal tersebut, dan dengan menggunakan pengetahuan etnografi Bajau, seseorang itu boleh memahami kebudayaan Bajau secara mendalam.

‘Bajau’ ialah kumpulan suku Sama-Bajau yang masih mengamalkan ragam hidup nomadik-laut pulau. Suku Sama-Bajau di Asia Tenggara, yang tertumpu di tiga buah wilayah tradisionalnya, iaitu Selatan Filipina, Selatan Indonesia dan Malaysia Timur, sedang mengalami proses transisi kesan globalisasi menerusi urbanisasi. Ragam kebudayaan suku bangsa Melayu ini berada pada sekurang-kurangnya empat fasa iaitu, nomadik-lautpulau, laut-nelayan, tanah-pertanian, dan urban. Setiap fasa mempunyai ciri-ciri kebudayaan tertentu yang juga mengungkapkan tingkat pembangunan di kalangan warga Bajau.

Fenomena kebudayaan Bajau yang dilukiskan oleh Harry Arlo Nimmo dalam Lagu-Lagu Salanda dan Cerita Lain Tentang Sulu tergolong ke dalam fasa nomadik-laut-pulau, yang sudah kian pupus. Walaupun demikian, sehingga kini di kalangan suku Bajau yang seramai hampir sejuta orang di tiga wilayah tersebut, sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam fasa laut-nelayan sebagai nelayan kecil dan tradisional. Keadaan ini menunjukkan secara umumnya suku Bajau tergolong dalam kaum peribumi yang mundur di negara permastautinan masing-masing.

Di antara halangan utama suku Bajau untuk melakukan perubahan sosial dari fasa nomadik-laut-pulau seperti yang tergambar dalam buku ini, adalah i) halangan struktural, misalnya sikap negatif, golongan dominan dalam masyarakat terhadap mereka; ii) sikap pemerintah negara tempat mereka wujud; dan iii) terasing daripada aliran perdana pembangunan nasional khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Kesan dariapda semua itu ialah Bajau terus bergelumang dengan menunduran pembangunan.

Barangkali setiap ahli antropologi yang telah menjalankan penyelidikan lapangan berfikir bahawa dia perlu menulis sebuah novel, atau sekurang-kurangnya cerita pendek, tentang pengalaman yang telah dilaluinya semasa di lapangan. Mereka berkongsi cerita-cerita ini di antara satu sama lain di perjumpaan profesional, mengisahkannya dalam majlis jamuan, atau mengongsinya dengan para pelajar kita. Tetapi ironisnya, kebanyakan pengalaman itu tidak mendapat tempat dalam artikel-artikel dan monograf yang diterbitkan, ironik sebab di situlah terakam pengalaman hidup kita yang paling signifikan. Justeru itu, ramai di kalangan kita menjadi kecewa bila kita membaca semula penerbitan-penerbitan kita, kerana sedikit sangat peristiwa dan pengalaman personal yang penuh bermakna ini yang muncul di lembaran-lembarannya. Sekurang-kurangnya, itulah yang terjadi pada penulis.

Pada tahun 1960-an, penulis telah menghabiskan lebih dua tahun di salah satu tempat yang paling indah di dunia, yakni Kepulauan Sulu di Selatan Filipina, di kalangan penduduknya yang unik, suku Bajau penghuni perahu yang nomadik. Ketika memasuki Sulu, penulis sedar bahawa beliau telah masuk ke kawasan yang amat subur bagi seorang pencerita. Dan barangkali penulis telah memulakan cerita pertama sebaik saja berada di sana. Tetapi penulis tidak pernah menulisnya. Penulis terlalu sibuk mempelajari bahasa yang baru, mengendalikan temuduga, menghadiri pelbagai upacara, membuat bancian, memerhatikan teknik menangkap ikan, menghuraikan salasilah, dan secara umum mempelajari kebudayaan suku Bajau.

Setelah cukup tempoh penyelidikan (barangkali sedikit lama dari biasa), penulis kembali ke universiti untuk menulis disertasi doktoral. Disertasi itu diterbitkan sebagai sebuah buku kecil. Selama beberapa tahun kemudiannya penulis telah menulis sebuah lagi buku dan dua puluh buah artikel mengenai Bajau. Tetapi dengan penerbitan setiap buku dan artikel itu, penulis selalu menyedari akan sesuatu kekurangan. Ada sesuatu yang tertinggal. Tulisan penulis tentang sistem sosiobudaya suku Bajau tidak menggambarkan sepenuhnya golongan itu mahupun pengalaman beliau di kalangan mereka. Tetapi tradisi penulisan antropologikal tidak membenarkan semua perkara itu disampaikan,

Sekalipun penulis telah diyakinkan bahawa perkara-perkara itu kritikal untuk memahami persoalan yang sebenarnya mengenai Bajau dan Sulu. Kekecewaan itu telah mendorong penulis menulis untuk penerbitan-penerbitan popular, yang membolehkan penulis menghuraikan segala pengalaman yang lebih bersifat peribadi. Tetapi bagi penulis, ada lagi sesuatu yang tercicir kerana penulisan itu tetap terikat kepada pembentangan fakta. Kisah tentang individu dan peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan mereka tetap tenggelam. Akhirnya apabila penulis mencuba menulis fiksyen, dapatlah beliau memanfaatkan segala pengalaman itu dan menggali segala dimensi yang tercicir mengenai kerja lapangan.

Cerita-cerita berikut merupakan gabungan antara manusia, tempat, dan peristiwa yang telah penulis hadapi atau dengar mengenai Sulu. Semua nama dalam buku ini adalah rekaan. Penulis telah mengalami kebanyakan peristiwa yang terakam dan mengenali sebilangan besar watak yang dihuraikan dalam Lagu-Lagu Salanda dan Cerita Lain Tentang Sulu, tetapi tidaklah semestinya mengikut urutan masa atau konteks. Penulis telah menggunakan nama sebenar tempat-tempat di Sulu, tetapi peristiwa-peristiwa yang telah dihuraikan tidaklah semuanya berlaku di tempat-tempat tersebut.

Ini tidaklah berbeza sangat dari huraian antropologikal. Segala artikel dan juga monograf hasil dari kerja lapangan kita juga merupakan gabungan dari pemerhatian individu, yang telah disusun demikian rupa demi memberikan kefahaman terhadap kebudayaan yang telah dikaji. Kita kerap menggunakan nama samaran untuk orang dan tempat yang kita tidak mahu sebut. Secara tradisional, kita berusaha sedaya-upaya untuk menjadikan penyelidikan serta penerbitan kita ‘saintifik’, tetapi sebilangan besar daripada kita akan mengakui bahawa tafsiran antropologikal, mahu tidak mahu, lebih bersifat sastera dari sains.

Pastinya kita cuba mendekati data mengikut kerangka penyiasatan seperti yang telah dipersetujui, tetapi dalam analisis akhir kita sebagai individu, menanggapi realiti itu mengikut persepsi kebudayaan kita sendiri. Pentafsiran kita adalah unik milik kita sendiri. Cerita-cerita penulis ini mungkin berbeza daripada tradisinya kerana ia tidak berusaha untuk menjadl saintifik; ia adalah benar-benar penerokaan pengalaman peribadi, mood dan emosi penulis selama dua tahun beliau tinggal di Sulu.

Weight0.319 kg
Dimensions22.5 × 15 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.