Out of stock

Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama Dengan Malaysia dan Indonesia

MUHAMAD AZWAN ABD RAHMAN memperoleh Ijazah Kedoktoran Falsafah (Cemerlang) dalam bidang Sosiologi Pembangunan pada 2018 daripada institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains Sosial pada 2015 dan Sarjana muda Sains Sosial pada 2013, kedua-/duanya daripada UKM. Beliau pernah menghasilkan beberapa artikel dalam jurnal dan bab dalam buku mengenai Laluan Sutera Baharu Maritim China di Asia Tenggara semasa sebagai calon PhD dan berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2018)
339 halaman

RM47.00

Out of stock

Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia mengemukakan perdebatan mengenai usaha tiga buah negara yang berbeza dari segi kuasa ekonomi dan geopolitik masing-masing iaitu China sebagai sebuah kuasa besar pemacu kebangkitan semula globalisasi Oriental menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang cuba menarik minat dan penyertaan negara kuasa kecil Malaysia dan kuasa menengah Indonesia dalam projek laluan Sutera Baharu Maritim yang diperkenalkan China pada September 2013.

Bertolak daripada perspektif ilmu sosiologi pembangunan, Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia membahaskan manfaat yang dijangka diterima oleh ketiga-tiga buah negara berkenaan dan juga implikasi serta cabaran-cabarannya. khususnya, dari segi impak ke atas kesepaduan dalaman dan autonomi negara kepada negara-negara peserta iaitu Malaysia dan Indonesia. Walaupun lokus buku ini bagi Malaysia ialah mengenai tempoh pentadbiran Najib Abdul Razak di bawah kerajaan Barisan Nasional, tetapi ia juga mengambil kira perkembangan-perkembangan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan polisi kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan yang diterajui oleh Mahathir Mohamad.

Perkembangan hubungan Malaysia-China ini menjadi lebih menarik apabila berlakunya titik peralihan yang besar dalam landskap politik dan ekonomi Malaysia selepas 9 Mei 2018. Sejarah era baharu ini ialah catatan penting transisi demokrasi di Malaysia apabila Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad berjaya menumbangkan kepimpinan Mohd Najib Abdul Razak serta Barisan Nasional (BN juga pernah dipimpin oleh Mahathir sebelum ini selama 22 tahun). Kekalahan rejim BN yang ditunjangi UMNO yang menguasai Malaysia selama 61 tahun memberi tamparan yang hebat kepada UMNO apalagi dengan hancurnya BN selepas itu. Mohd Najib Abdul Razak dan UMNO mengalami defisit kepercayaan rakyat terhadap orde lama dalam menguruskan pelaburan mega dan perjanjian dengan China yang berat sebelah serta boleh menjejaskan autonomi negara Malaysia.

Era baharu ini juga walau bagaimanapun belum dapat dipastikan dalam mempertahankan kepentingan negara. Namun, dari segi keputusan dan tindakan awal di bawah kerajaan baharu yang dipimpin semula oleh Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-7 setakat ini intinya ingin memelihara kepentingan negara dengan mengkaji semula projek-projek antara Malaysia dan China yang tidak menguntungkan negara. Hal ini dijelaskan dalam Bab 7 Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, lanskap ekonomi dan politik antara Indonesia dan China masih berada pada tahap yang sama setakat ini di bawah pentadbiran Joko Widodo (Jokowi). Jika ditinjau semula, hubungan Indonesia dan China berlaku sewaktu era Presiden Soekarno dan penyertaan sebagai wakil negara dalam Konferensi Bandung 1955 di Indonesia, di mana China mengumumkan lima prinsip hidup berdampingan secara aman damai. Dalam era kontemporari khususnya pengenalan OBOR, mempamerkan kepimpinan Xi J inping telah memulakan langkah dengan memilih Asia Tenggara khususnya Indonesia untuk mengumumkan strategi maritim baharu ini pada September 2013.

Weight0.494 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.