Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan

Senarai penulis:
TANOT UNJAH
CHE AZIZ ALI
SARAH AZIZ
RAHIMAH ABDUL AZIZ
HALIMATON SAADIAH HASHIM
GERALDINE K.L. CHAN
ONG PUAY LIU
SHARINA ABDUL HALIM

DBP (Cetakan Pertama, 2014)
244 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!

Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan menonjolkan beberapa penemuan yang signifikan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para penulis bagi memperhalus konsep, konteks dan proses pembangunan lestari. Tumpuan khusus buku ini ialah Kepulauan Langkawi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah geopark global oleh UNESCO pada tahun 2007, iaitu yang pertama di Asia Tenggara dan Malaysia. Warisan geologi, biologi dan budaya perlu dipulihara untuk generasi akan datang.

Pada masa yang sama, pembangunan juga perlu berlaku demi kesejahteraan kini dan mendatang. Oleh hal yang demikian, perlu adanya keseimbangan antara proses pembangunan dengan pemuliharaan warisan, dan hasrat ini boleh tercapai melalui pembangunan lestari yang mendasari konsep geopark.

Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan memberikan fokus pada Langkawi Geopark sebagai model yang mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan warisan. Buku ini dimulakan dengan memperkenalkan khazanah yang terdapat di Langkawi Geopark, khususnya khazanah geologi yang telah membolehkan kepulauan tersebut berjaya diberikan status geopark. Melalui bab bertajuk “Sumber Warisan Geologi dalam Perancangan Penggunaan Tanah: Pengalaman Langkawi Geopark”, penulisnya Tanot Unjah dan Che Aziz Ali menyatakan bahawa sebagai satu jasad bumi tertua dengan jujukan batu Paleozoik yang paling lengkap, kepulauan Langkawi menyimpan kepelbagaian warisan geologi yang tinggi nilainya di negara. Keindahan landskap dari persisiran pantai ke kawasan pergunungan telah menarik bukan sahaja para pelancong tetapi juga penyelidik dari seluruh dunia untuk mengkaji pulau Langkawi.

Kekayaan warisan geologi yang terdapat di Langkawi telah dikenal pasti melalui kewujudan lebih daripada 90 geotapak yang mempunyai nilai warisan tinggi, sama ada nilai saintifik, estetik, budaya dan rekreasi. Sebahagian daripada geotapak ini telah menjadi tempat pelancongan yang terkenal kerana nilai estetik dan rekreasinya. Selepas kejayaan mencapai status geopark global, Langkawi telah menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan dalam geopelancongan yang berkaitan dengan warisan geologi kepulauan tersebut. Walau bagaimanapun, bagi memastikan kemapanan industri pelancongannya, Langkawi perlu menyediakan mekanisme dan strategi pemuliharaan yang komprehensif dan praktikal. Tanpa dasar pemuliharaan yang baik, kesemua tapak geowarisan ini sentiasa terancam dan tertekan oleh keperluan ruang untuk pembangunan. Oleh yang sedemikian, perlulah ada pertimbangan yang sewajarnya, iaitu memasukkan aspek tapak geowarisan ini dalam perancangan guna tanahnya bagi

Ketujuh-tujuh tulisan yang dihimpunkan dalam satu buku ini mempunyai satu tema, iaitu mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan warisan dengan Langkawi Geopark sebagai fokusnya. Buku ini menonjolkan beberapa penemuan yang signifikan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para penulis bagi memperhalus konsep, konteks dan proses pembangunan lestari. Warisan geologi, biologi dan budaya perlu dipulihara untuk generasi mendatang. Pada masa yang sama pembangunan juga perlu berlaku demi kesejahteraad sosioekonomi penduduk kini dan mendatang. Oleh hal yang demikian, perlu adanya keseimbangan antara prose$ pembangunan dengan pemuliharaan warisan, dan hasrat ini boleh tercapai melalui pembangunan lestari yang mendasar.

Weight 0.457 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.3 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *