Out of stock

Larut Daerah Terkaya

MOHD. ZAMBERI A. MALEK adalah penulis bebas yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sejarah dan kebudayaan Melayu. Karya beliau sebelum ini dengan Penerbit UKM ialah Suria Kencana: Biografi Jins Shamsuddin(1997); Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmud Mahiyideen (1998) dan Wadi Al-Hussein: Masjid Kayu Terindah (2001).

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2001)
170 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Out of stock

Larut Daerah Terkaya merupakan sebuah kajian khusus untuk menjejaki sumber sejarah pembangunan dan pengembangan Larut semenjak zaman tamadun awal manusia, sehinggalah ke zaman moden. Daerah Larut yang dimaksudkan dalam buku ini bukanlah Daerah Larut, Matang dan Selama seperti keadaan hari ini, tetapi Larut menurut perspektif sejarahnya adalah daerah yang luas merangkumi Daerah Kerian. Perkembangan sejarah Larut khususnya Taiping, sering digambarkan pembukaannya oleh suatu penempatan penduduk daripada kalangan orang Cina yang mengusahakan lombong bijih timah. Walaupun penduduk peribumi atau masyarakat Melayu tempatan sebenarnya telah sekian lama mendiami daerah ini terutamanya di pinggir dan muara sungai juga persisiran pantai dengan mengusahakan perlombongan secara tradisi. Kemudian daerah Larut menjadi empayar lombong bijih timah yang terkaya di dunia, menyebabkan pelombong-pelombong Cina berperang kerana merebut kekayaan bahan galian tersebut. Keadaan ini mendesak pihak kerajaan di Negeri-Negeri Selat untuk membolot dan memonopolinya.

Tumpuan utama bertempat di Kelian Pauh, namun nama itu semakin hilang di telan zaman, yang muncul selepas Perjanjian Pangkor 1874 ialah nama Taiping, nama asing yang membawa harapan baru bagi mengekalkan keluhuran dan kedamaian penduduk di bandar itu dan sekitarnya. Kemudian Taiping juga menjadi pusat penting sebagai memulakan suatu bentuk pentadbiran Kerajaan Kolonial British bertapak di negara ini. Artifak sejarah membuktikan sejarah Larut yang panjang. Buminya yang subur dan kaya sudah diterokai sejak lama dulu. Larut yang moden dibangunkan oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang giat mengusahakan lombong bijih timah. Mereka memperkemas pentadbiran Kelian Pauh sehingga mengundang ramai pendatang Cina mencari rezeki di situ. Pembukaan banyak lombong bijih timah di Larut telah menjadi punca kekayaan dan Negeri Perak. Kekayaan ini pula membawa kemakmuran ekonomi dan mengundang kemasukan pendatang dari daerah lain. Pertumbuhan pesat Larut telah mewujudkan konflik sehingga mencetuskan tiga peperangan besar di Larut (1861-74).

Dengan kedatangan British, orang Melayu kehilangan kuasa politik. Namun, Larut terus maju sebagai daerah terkaya dan menjadi ibu negeri Perak. Di sini kemudian tumbuh kegiatan intelektual dan politik Melayu. Abu Bakar Baqir giat membangun al-Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Pertumbuhan dunia persuratkabaran Melayu di Singapura dan Pulau Pinang, kemudian mempercepatkan lagi pertumbuhan kesedaran anti penjajah di kalangan penduduk Perak. Rakyat yang mahukan pendidikan terus mendesak sehingga tertubuhnya Sekolah Melayu Matang Gelugor(1826). Teacher Training College ditubuhkan di Taiping pada tahun 1897 dan Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan pada 1922. Kesatuan Melayu Muda (KMM) menubuhkan cawangan pertamanya di Taiping pada 28 Feb. 1938, yang menyemarakkan lagi kegiatan politik di Perak.

Senarai Rajah, Peta, Graf dan Gambar
Prakata

SEJARAH AWAL LARUT
Penemuan Tamadun Awal Manusia
Tapak Kuala Selinsing
Penduduk Awal Larut

PEMBUKAAN DAERAH LARUT
Perlombongan Tradisional
Long Jaafar
Ngah Ibrahim
Masalah Pentadbiran Kerian

LARUT DALAM KEKACAUAN
Perang Larut I, 1861-62
Perang Larut II, 1865
Perang Larut III, 1872-74
Taiping

PEMERINTAHAN BRITISH PERTAMA
Hilangnya Pertuanan Melayu
Pentadbiran British di Larut
Larut Daerah Terkaya
Pembangunan Awal di Larut

PERUBAHAN SOSIO POLITIK
Sebagai Ibu Negeri Perak
Pusat Kegiatan Intelektual
Kemunculan Masyarakat Majmuk
Perkembangan Politik Melayu

DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA
LMS Menghadapi Wawasan
Taiping Bandar Bersejarah
Larut Dalam Sejarah Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.3 kg
Dimensions23 × 15 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Azman Sahlan (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.