Leksikologi dan Leksikografi Melayu

Disunting oleh NOR HASHIMAH JALALUDDIN dan RUSMADI BAHARUDIN

DBP (Cetakan Pertama, 2008)
747 halaman termasuk Indeks

RM86.00

In stock

Leksikologi dan Leksikografi Melayu memberikan satu spektrum yang luas mengenai kerja perkamusan di Malaysia, terutamanya Kamus Dewan. Gambaran ini menunjukkan kamus bukan lagi satu aktiviti yang membosankan malah satu aktiviti bersepadu yang menarik. Kini dengan adanya kemajuan teknologi, pengumpulan data korpus serta pengendaliannya secara dalam talian telah menjadikan kamus lebih canggih dan menarik. Menarik bukan sahaja untuk digunakan malah bersifat lebih interaktif. Namun begitu, ilmu tentang leksikologi dan leksikografi Melayu yang luas spektrumnya itu masih banyak yang perlu diterokai dan perlu dipelajari kerana kamus akan sentiasa menjadi wadah maklumat bahasa yang terkehadapan.

Leksikologi adalah ilmu yang membicarakan selok-belok perkamusan semakin mendapat perhatian daripada para sarjana bahasa sejak akhir-akhir ini. Kehadiran leksikologi, iaitu penerapan linguistik dalam perkamusan itu sendiri semakin menjadikan leksikografi semakin rancak dibincangkan. Kini, dengan kemajuan teknologi, peranannya tidak dapat dinafikan lagi malah semakin mencabar dan sekali gus memudahkan penyusunan kamus itu sendiri.

Buku ini ialah hasil daripada cambahan minda sarjana bahasa pada Persidangan Antarabangsa Leksikografi dan Leksikologi Melayu, atau singkatannya PALMA 2005. Aspek perkamusan telah dibincangkan daripada pelbagai dimensi — leksikografi, leksikologi, pangkalan data berkomputer dan aplikasinya terhadap pengajaran bahasa. Persidangan ini telah menyerlahkan lagi perspektif dan pemahaman tentang ilmu leksikografi itu sendiri di negara ini.

Leksikologi dan Leksikografi Melayu dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama mengenai leksikografi itu sendiri, kelahirannya, perkembangannya dan penyebarannya. Bahagian kedua pula memaparkan ilmu leksikologi, iaitu penerapan ilmu linguistik dalam perkamusan. Dalam bahagian Ini aspek fonologi, morfologi dan semantik dibincangkan dengan meluas. Bahagian ketiga pula ialah mengenai kepentingan teknologi maklumat dan sumbangannya kepada dunia perkamusan. Dan akhirnya penggunaan kamus dalam pengajaran bahasa turut dibahaskan.

Prakata

BAHAGIAN SATU: LEKSIKOGRAFI

1. Perkamusan Melayu: Dari Jejak Pengembara ke Pembangunan Negara
2. Perkamusan di Malaysia
3. Pengurusan Strategik dan Perancangan Peristilahan Bahasa Melayu
4. Tinjauan Mikrostruktur Kamus Bahasa Indonesia Pasca Kemerdekaan
5. Khazanah Kamus Melayu di Rusia
6. Maklumat Etimologis dalam Perkamusan Melayu
7. Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan: Sumbangannya kepada Pengetahuan tentang Susur Galur Bahasa Melayu
8. Mengemaskinikan Masukan Kamus Peribahasa

BAHAGIAN DUA: LEKSIKOLOGI

9. Tatabahasa dalam Perkamusan Melayu: Ke Arah Kesempurnaan Kamus
10. Definisi dan Konteks dalam Glosari Peristilahan
11. Pendekatan Linguistik terhadap Analisis Takrif Istilah
12. Isu Percanggahan antara Korpus dengan Rumus dalam Kamus: Peranan dan Sumbangan Ilmu Linguistik Teoretis
13. Leksikografi Melayu dari Kaca Mata Morfologi Sanskrit
14. Perbezaan Istilah Malaysia-Indonesia: Satu Analisis Linguistik
15. Teori Medan Makna: Pendeskripsian Leksikal Kata Kerja dalam Bahasa Melayu
16. Kata Majmuk dalam Perkamusan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik Melayu
17. Menangani Sinonim dalam Kamus: Satu Pendekatan Semantik Ranahan
18. Penerapan Linguistik Kognitif dalam Amalan Leksikografi: Tinjauan Aspek Nominalisasi dan Verbalisasi
19. Pengkonseptualan Emosi dalam Bahasa Melayu: Hati sebagai Sumber Emosi dan Peluasan Maknanya
20. Pola Perbezaan Leksikal dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia: Suatu Analisis Berdasarkan Model Tiga Segi Semiotik
21. Gramatika Kata dalam Leksikon Bahasa Nusantara: Studi Kasus Verba Ruang
22. Merupacita Makna dalam Kata-kata
23. Tinjauan Unsur Budaya dalam Kamus Dwibahasa Melayu-Inggeris
24. Kamus Dwibahasa: Terjemahan Lengkap dan Separa Lengkap
25. Kamus Melayu-Inggeris Dewan: Inovasi dalam Perkamusan Melayu

BAHAGIAN TIGA: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM DUNIA PERKAMUSAN

26. Pangkalan Data Leksikal: Sumber Maklumat Kata dan Sumber Ilmu Natif
27. Ke Arah Kamus Linguistik Multibahasa
28. The Kamus Dewan under the Microscope
29. Lexical Analysis through Corpus-Based Approach
30. Kamus Digital Suku Kata Akhir Bahasa Melayu
31. Kata Lama Nafas Baru
32. Terminografi dan Bank Data Peristilahan: Peranan dan Cabarannya Menghadapi Era Globalisasi

BAHAGIAN EMPAT: PENGGUNAAN KAMUS DALAM PENGAJARAN BAHASA

33. Penggunaan Kamus dalam Kalangan Pelajar Menengah Rendah: Satu Tinjauan Awal
34. Kamus Edukasional: Alternatif Media Pembelajaran Kosa Kata
35. Kamus Lengkap: Dari Perspektif Pelajar Kursus Terjemahan

Indeks

Weight1.096 kg
Dimensions22.2 × 15 × 4.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.