Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah dalam Prasejarah Asia Tenggara

JEFFREY ABDULLAH adalah Pensyarah Kanan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2013)
106 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

If you purchase this book you will earn 4 points worth of RM0.40!
ISBN: 9789838616119 Product ID: 27081 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah dalam Prasejarah Asia Tenggara merupakan sebuah kajian terhadap sebuah wilayah atau lembah yang mempunyai urutan budaya yang paling panjang bermula dari 235,000 hingga 3,000 tahun dahulu. Hal ini menjadikan lembah ini yang tertua daripada segi prasejarahnya di Borneo yang telah dipertarikhkan secara kronometrik. Kini prasejarah Sabah diletakkan hampir sezaman dengan permulaan prasejarah di kawasan lain di Asia Tenggara. Lembah Mansuli juga telah meningkatkan kefahaman budaya masyarakat Paleolitik di Sabah khasnya dan Asia Tenggara amnya daripada segi perubahan teknologi alat batu dan hubungan dengan persekitaran terutamanya turun naik paras laut semasa Zaman Pleistosen.

Prasejarah di kepulauan Borneo hanya bermula sekitar 45,000 tahun dahulu jika berdasarkan kepada pentarikhan di Gua Niah, Sarawak. Usia ini agak terlalu muda jika dibandingkan dengan tapak-tapak lain yang lebih tua di Asia Tenggara. Oleh sebab itu, kajian arkeologi yang lebih terperinci lagi perlu dilakukan untuk melengkapkan lagi prasejarah di Sabah khasnya dan Borneo amnya. Malah, Sabah dan Borneo berpotensi mempunyai prasejarah yang lebih tua lagi dan mungkin Sabah Timur merupakan tumpuan masyarakat Paleolitik di Sabah. Kekurangan data arkeologi terutama data Paleolitik di Borneo menyebabkan pengetahuan tentang Paleolitik di Asia Tenggara menjadi tidak jelas terutama daripada segi migrasi masyarakat Paleolitik. Hal ini juga menyebabkan wujud kekosongan data Paleolitik di Asia Tenggara.

Oleh itu, kajian arkeologi telah dilakukan di tapak arkeologi yang baru di Sabah iaitu di Lembah Mansuli. Di lembah ini terdapat dua tapak yang dikaji iaitu tapak terbuka dan tapak gua. Kedua-dua tapak ini dikaji kerana kedua-duanya berdekatan dan juga untuk mencari hubungan di antara tapak gua dan tapak terbuka daripada segi kronologi dan teknologinya. Hasil kajian terbaru ini, telah memberikan nafas baru dan menjadikan prasejarah Sabah dan Borneo jauh lebih awal lagi iaitu 235,000 tahun dahulu. Malah, lembah tersebut juga mendedahkan lima fasa penghunian yang berbeza masa dari akhir Pleistosen Tengah hingga ke akhir Pleistosen Akhir. Justeru, data Paleolitik Asia Tenggara perlu dilihat semula untuk melihat sumbangan dara baru ini dalam perspektif yang lebih luas.

Kajian ini juga membuktikan bahawa migrasi manusia awal ke Borneo bermula sekurang-kurangnya pada pertengahan Zaman Pleistosen dan hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa perubahan paras laut pada ketika itu memainkan peranan dalam migrasi manusia awal di Asia Tenggara. Malah, persekitaran dan iklim juga turut mempengaruhi masyarakat Paleolitik yang menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku masyarakat tersebut daripada segi teknologi dan adaptasinya.

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Siri Arkeologi Perdana
Prakata

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Lembah Mansuli

BAB 3 Gua Samang Buat

BAB 4 Morfologi Alat Repeh dan Hubungannya dengan Kebudayaan Tapak

BAB 5 Hubungan Tapak Terbuka Mansuli dengan Gua Samang Buat

BAB 6 Penemuan Tapak-Tapak Terbuka Paleolitik Lain

BAB 7 Hubungan Lembah Mansuli dengan Paleolitik di Sabah

BAB 8 Hubungan Paleolitik Sabah dengan Paleolitik Asia Tenggara

BAB 9 Kesimpulan

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight 0.188 kg
Dimensions 22.8 × 15.3 × 0.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah dalam Prasejarah Asia Tenggara”

Your email address will not be published. Required fields are marked *