Out of stock

Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua Hingga Pascakemerdekaan

MOKHTAR SAIDIN merupakan profesor dan pengarah di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. Beliau memiliki kelulusan ijazah sarjana sains (geologi) dari UKM serta ijazah sarjana dan kedoktoran dalam bidang arkeologi dari USM. Bidang kepakaran beliau termasuklah arkeologi prasejarah dan protosejarah Malaysia.

NASHA RODZIADI KHAW merupakan pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. Beliau memiliki ijazah sarjana muda sains (kimia) dengan kepujian dan sarjana sastera (arkeologi) dari USM serta ijazah kedoktoran (arkeologi) dari University of Peshawar. Bidang pengkhususan beliau termasuklah epigrafi-paleografi, arkeosejarah dan arkeologi Kedah Tua.

NAZARUDIN ZAINUN merupakan pensyarah kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Beliau memiliki ijazah sarjana muda sastera dengan kepujian (sejarah) dari Universitas Indonesia serta ijazah saljana dan doktor falsafah dari USM. Bidang kepakaran beliau termasuklah sejarah Asia Tenggara (awal dan moden) serta sejarah dunia Melayu.

Senarai penulis:

ABDUL JALIL RAMLI
ABDUL RAHMAN ABDUL MANAF
AHMAD FARHAN ABDULLAH @ ZAKARIA
AMEER FUHAILI MOHAMAD HASHIM
FAUZIAH ISMAIL
HASLINDAWATI SAARI
JAMSARI JAMALUDDIN
MAZLAN AHMAD
MOHD KASRI SAIDON
MOHD KASTURI NOR ABD AZIZ
MUHAMMAD SAFWAN MOHD A’SERI
NOR SYAMIMI MOHAMED ADNAN
NOOR SALWANI HUSSIN
NOREHAH ABDUL GANI
NUR HUDI’IN DANU
NUR SARAHAH
SALWA AYOB
SHUHAIRIMI ABDULLAH
WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF
ZAINAB AHMAD
ZULISKANDAR RAMLI

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2019)
267 halaman, termasuk Indeks

RM31.00

Out of stock

Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua Hingga Pascakemerdekaan ditulis untuk menggarap isu-isu sejarah sosioekonomi, politik, sosiobudaya dan warisan masyarakat di Lembah Sungai Merbok-Muda selepas kemerosotan kerajaan Kedah Tua. Lembah Sungai Merbok-Muda merangkumi kawasan dari selatan lereng Gunung Jerai, muara Sungai Merbok dan Muda sehingga ke pedalaman Kedah. Antara kurun ke-14 hingga ke-20, kawasan tersebut telah menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah penting yang merupakan kelangsungan daripada perkembangan sejarah Kedah Tua.

Di Lembah Sungai Merbok-Muda, telah ditemui bukti arkeologi di tapak Guar Kepah, yang menunjukkan bahawa wujudnya masyarakat prasejarah pesisir pantai yang mengamalkan kebudayaan Neolitik di sekitar Lembah Sungai Muda sejak tahun 3,000 sebelum Masihi. Penemuan di tapak arkeologi Sungai Batu pula menunjukkan bahawa di sekitar Sungai Merbok, telah berkembang masyarakat yang mengamalkan kebudayaan besi seawal kurun ke-6 Sebelum Masihi. Penemuan arkeologi di beberapa kawasan seperti Kampung Sungai Mas, Pengkalan Bujang, Sungai Batu, Simpor Tambang dan Kampung Sireh menunjukkan bahawa antara kurun ke-2 hingga ke-l4, kawasan ini merupakan lokasi pusatpusat petempatan, perdagangan serta industri kerajaan Kedah Tua.

Pada ketika itu, telah wujud komuniti-komuniti pedagang asing di kawasan pesisir pantai dan lembah Sungai Merbok-Muda, di samping petempatanpetempatan masyarakat peribumi. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor-faktor muka bumi dan perubahan politik, Kedah Tua merosot pada penghujung kurun ke-14. Selepas kemerosotan pelabuhan Kedah Tua, telah berlaku transformasi daripada segi struktur politik dan sosioekonomi masyarakat tempatan.

Kemerosotan daripada segi aktiviti perdagangan antarabangsa tersebut tidak bermakna bahawa petempatan-petempatan kawasan Lembah Sungai Merbok-Muda terus lenyap. Walaupun perdagangan antarabangsa di kawasan tersebut tidak serancak dahulu, ekonomi masyarakat Peribumi terus berkembang dalam bentuk yang lain. Berlakunya kegiatan Perdagangan diketahui melalui penemuan seramik-seramik China dan Asia Tenggara di kawasan tersebut, tetapi dalam jumlah yang lebih kecil. Di samping perdagangan kecil-kecilan, aktiviti ekonomi pada ketika itu lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perlombongan.

Daripada segi politik pula, kurun ke-14 hingga ke-16 menyaksikan zaman apabila mula muncul bukti mengenai wujudnya struktur kerajaan Kesultanan Kedah. Berdasarkan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa, beberapa kawasan di sekitar kawasan Lembah Sungai Merbok-Muda seperti Serokam, Kota Aur dan Kampung Sungai Mas telah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Kedah. Sejumlah makam Sultan Kedah turut ditemui di Kampung Bujang, Kampung Bukit Meriam dan Kampung Sungai Mas.

Kurun ke-18 hingga ke-19 menyaksikan zaman bermulanya campur tangan asing di Kesultanan Kedah. Kebangkitan Dinasti Chakri di Siam serta pendudukan Pulau Pinang oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris telah meletakkan Kedah dalam satu percaturan politik yang melibatkan peristiwa konflik dan diplomasi dengan kedua-dua kuasa tersebut. Di bawah pemeritahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, pusat pemerintahan Kesultanan Kedah telah berpindah ke kawasan Kota Kuala Muda disebabkan oleh kedudukan strategiknya serta kemakmurannya daripada segi ekonomi.

Dalam peristiwa peperangan Siam-Kedah, Istana Pulau Tiga yang terletak di tebing kiri Sungai Merbok telah diserang dan dibakar oleh tentera Siam pada tahun 1821. Ketika pendudukan Siam, baginda telah berundur ke Pulau Pinang dan seterusnya bersemayam di Melaka. Sepanjang peperangan tersebut, pembesar dan kerabat diraja negeri Kedah telah meneruskan serangan gerila terhadap posisi-posisi tentera Siam di negeri Kedah, dan pada masa yang sama meneruskan usaha rundingan dengan pihak British dan Siam. Peperangan Kedah-Siam berakhir pada tahun 1843 apabila Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II kembali menduduki takhta Kedah.

Pada penghujung kurun ke-19 di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, kawasan sekitar Kota Kuala Muda menyaksikan pertumbuhan ekonomi, demografi dan infrastruktur yang amat pesat. Di samping itu, wujud juga sistem pentadbiran yang efektif dan efisien, sesuai dengan peranan daerah tersebut sebagai salah sebuah pusat ekonomi terpenting di negeri Kedah. Hal ini jelas diperhatikan pada sistem pentadbiran penghulu mukim yang wujud dari tahun 1909 hingga 1941. Kepelbagaian kegiatan ekonomi serta pertambahan penduduk telah membawa kepada perkembangan infrastruktur seperti sekolah, jalan kereta api dan terusan.

Seterusnya, Perjanjian Bangkok 1909 telah membawa kepada campur tangan British di negeri Kedah dan zaman pascakemerdekaan membawa kepada perkembangan sosioekonomi yang lebih pesat. Daripada kemerosotan Kedah Tua hingga ke zaman pascakemerdekaan, kawasan Lembah Sungai Merbok-Muda menyaksikan perkembangan kebudayaan dan sejarah yang unik, yang menjadi salah satu asas kepada pembentukan identiti dan jati diri negeri Kedah moden.

Weight0.476 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.