Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu

ABDUL HALIM NASIR (1938-1999) was a writer in residence with the Institute of Malay World and Civilisation (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. His twenty three years of experience in the National Museum have made him a critical observer, a renowned researcher and Writer on architecture of buildings, particularly that covering the tradition and aesthetics. His autobiography, Memoir Abdul Halim Nasir: Dari Kampung Sekolah Ke Menara Gading was published by Penerbit UKM (1997).

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2007)
170 halaman

RM50.00

In stock

Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu mengalih perhatian pembaca kepada keakraban orang Melayu dengan sungai sebagai laluan perhubungan, sumber minuman, berumah tangga, membina istana dan sebagai tapak kota. Tinggalan sejarah yang berkaitan dengan orang Melayu kebanyakannya terletak tidak jauh dari tebing sungai. Sungguhpun dapat dikesan petempatan manusia dahulu kala di gua-gua, namun kebanyakan gua ini terletak berhampiran dengan punca air, terutamanya sungai. Kubur purba dan batu hidup juga ditemui berdekatan sungai.

Candi di Lembah Bujang dan di tempat lain juga terletak di lembangan sungai. Sejak abad pertama Masehi, agama Hindu-Buddha juga dikesan masuk ke Nusantara melalui lembangan sungai. Kerajaan Manjung dan Beruas tegak berdiri di sepanjang Sungai Perak. Lembah Sungai Muda, Sungai Merbok, Sungai Kedah dan Sungai Perlis pula menjadi lokasi pertumbuhan kerajaan Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu.

Selain itu, Lembangan Sungai Selangor, Sungai Kelang, Sungai Langat, Sungai Lukut, Sungai Melaka, Sungai Perak, Sungai johor, Sungai Batu Pahat dan Sungai Muar juga masing-masing telah menyaksikan perkembangan kerajaan kesultanan Melayu yang besar dan berpengaruh di kawasan ini. Sungai Besut, Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjadi tapak pembinaan kerajaan Melayu di pantai timur Tanah Melayu. Di lembangan sungai-sungai ini masih dapat dilihat tinggalan kota, istana, makam dan masjid yang menandakan kewujudan kerajaan dan tamadun masa silam.

Selain itu, petempatan dan perkampungan orang Melayu juga terletak di tebing sungai bagi memudahkan urusan kehidupan seharian terutama sebagai punca minuman, sumber makanan dari sungai seperti ikan dan sebagainya, untuk mandi-manda dan amalan lain yang berkaitan dengan pemujaan, semangat dan keagamaan. Semua ini membuktikan betapa akrabnya kehidupan orang Melayu dengan sungai.

Catatan awal mengenai tempat-tempat di Semenanjung Tanah Melayu dibuat oleh Claudius Ptolemy pada T.M. 150 Masehi. Claudius mencatatkan nama-nama tempat yang dilawatinya di Semenanjung Emas seperti Kole (Kali), Plis, Pramula, Tharva dan beberapa tempat lagi. Menurut Mejar MC. Gerini, tempat-tempat tersebut terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Sama ada di Kelantan, Terengganu ataupun di pantai Pahang. Namun Pramula jelaslah terletak di kuala Sungai Terengganu. Claudius tidak pula mencatatkan bangsa dan pegangan agama penduduk tempatan waktu itu.

Menurut Roland Braddell pula, Kole dan Plis itu terletak di lembah Sungai Kelantan, iaitu sebuah sungai yang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dagang dalam pelayaran dari China ke India, dan sebaliknya. Apatah lagi waktu ribut taufan, pelabuhan di kuala Sungai Kelantan itu lebih selamat sebagai tempat berlindung kepada kapal-kapal.

Laporan oleh Wan Ta-Yuan pula menunjukkan bahawa di Kelantan sejak pada abad ke-14 lagi telah wujud pelabuhan yang penting sebagai pusat dagangan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Sungai Kelantan pula dengan lembangannya yang panjang dan hulunya sehingga ke sebuah banjaran gunung adalah sebuah jalan air bagi mengeluarkan hasil hutan seperti kayu laka, cula badak, gading gajah, emas, bijih timah dan sebagainya. Lembah Sungai Kelantan yang panjang dengan air yang dalam mengenalkan Kelantan kepada dunia luar.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.427 kg
Dimensions 25 × 17.6 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789679427134

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.