Liku-Liku Pertemuan Baling

NOR IBRAHIM SULAIMAN adalah pesara Tentera Udara Diraja Malaysia, berpangkat Mejar.

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
282 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM37.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 reward points!

Liku-Liku Pertemuan Baling memaparkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu, ketika berhadapan dengan tentangan British terhadap saranannya untuk melakukan program amnesti dan bertemu dengan Chin Peng. Tunku mengambil tindakan ini supaya proses mendapatkan kemerdekaan dipercepat. British, akhirnya akur terhadap desakan Tunku bersandarkan beliau begitu antikomunis. Chin Peng pula menyarankan pertemuan tersebut kerana dia menyedari bahawa dia tidak akan berjaya dalam peperangan bersenjata. Sebelum pertemuan itu lagi, komunikasi antara kedua-duanya tidak berganjak daripada pendirian masing-masing. Tunku tidak akan mengiktiraf Parti Komunis Malaya dan bertegas supaya parti tersebut dibubarkan serta pengganas komunis menyerah diri, namun pendirian Ching Peng sebaliknya. Kegagalan pertemuan ini membawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Chin Peng dan gerilanya terus menjadi buruan pasukan keselamatan.

Pertemuan Baling yang berlaku pada 28-29 Disember 1955 itu amat penting kerana perundingan pertama kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya, yang mengancam keselamatan negara pada masa itu. PKM telah mengangkat senjata pada awal 1948 dan Darurat telah diisytiharkan pada bulan Jun 1948. Peperangan menentang keganasan PKM ini telah dilakukan oleh British yang menggunakan tentera dan polis tempatan serta tentera negara Komanwel. Pelbagai polisi pentadbiran telah dijalankan oleh British, termasuk memberikan kerakyatan kepada imigran bagi mengelakkan sokongan terus orang Cina kepada PKM.

Hal ini juga menjadi cara untuk mengurangkan kesetiaan kepada tanah asal. Rancangan Briggs telah diadakan, termasuklah kawalan perubatan dan makanan, pengampunan beramai-ramai, pembinaan kampung baharu bagi masyarakat imigran dan kawalan ketat kepada perkampungan itu, bagi mengelakkan sokongan yang berterusan kepada PKM. British membelanjakan wang yang banyak bagi mengatasi ancaman komunis, sehingga bantuan kepada orang Melayu melalui Rural Industrial Development Authority (RIDA), yang ditubuhkan pada akhir 1950, tidak diberi perhatian.

Kata Pengantar
Prakata

BAB 1 Senario Politik Selepas Malayan Union

BAB 2 Amnesti

BAB 3 Mesyuarat Sebelum Pertemuan

BAB 4 Aktiviti Sebelum Pertemuan

BAB 5 Transkrip Mesyuarat Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng: 28 Disember 1955 dan 29 Disember 1955

BAB 6 Selepas Pertemuan Baling

BAB 7 Di Ambang Kemerdekaan

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight 0.337 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.