Logistik Tentera Nasional Indonesia dalam Perang Gerila di Jawa Tengah, 1947-1949

NAZARUDIN ZAINUN adalah Pensyarah Kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2019)
95 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM21.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 points worth of RM0.50!

Logistik Tentera Nasional Indonesia dalam Perang Gerila di Jawa Tengah, 1947-1949 mengulas secara terperinci kaedah pengurusan logistik dalam perang gerila yang telah membuahkan hasil bagi pihak Tentara Nasional Indonesia dalam perang kemerdekaan negara itu. Peristiwa perang kemerdekaan Indonesia atau lebih dikenali sebagai Revolusi Indonesia bukanlah sebuah peristiwa usang untuk diabadikan di dalam lipatan sejarah bangsanya. Semakin banyak kajian yang dilakukan menjadikan hasilnya semakin menarik. Keterbatasan sumber bertulis untuk meneliti zaman ini agak meruncing kerana jika kita meneliti arkib yang melibatkan jangka masa zaman perang, bahan bertulis amat kurang ditinggalkan berbanding zaman sebelumnya, iaitu zaman penjajahan Belanda atau zaman sesudah merdeka. Jika dibandingkan jumlah arkib atau sumber sejarah bertulis pada zaman revolusi dengan zaman sebelumnya, iaitu pada zaman penjajahan Belanda dengan zaman sesudah merdeka, maka terlalu jauh bezanya.

Timbunan arkib bagi zaman sesudah merdeka daripada pelbagai kementerian dapat dilihat. Sedangkan arkib bagi zaman revolusi agak sukar ditemukan. Walaupun demikian, ia tetap ada, namun tidaklah banyak. Kekurangan sumber bertulis ini menyebabkan hasil kajian sukar dilengkapkan. Biasanya, bagi melengkapkan sesebuah kajian, sumber temu bual dijadikan penampung kekurangan sumber yang paling penting kerana tanpanya banyaklah lompongan di sana sini akan terhasil. Apabila membincangkan tentang temu bual, maka pengkaji biasanya akan berpacu dengan masa kerana si pelaku sejarah tidak akan dapat menunggu lama dek faktor dimamah usia.

Dalam keadaan usia Revolusi Indonesia yang semakin tua, maka sudah tentulah usaha untuk menemu bual para pelakunya menjadi semakin tipis dan jumlah pelakunya semakin nadir. Selain disebabkan kebanyakannya sudah pergi menemui llahi, individu yang tinggal pula semakin dibelenggu dengan penyakit semula jadi. Bagi mereka yang berumur panjang, ada yang menghadapi masalah pendengaran, masalah penglihatan dan paling merisaukan ialah masalah ingatan atau memori. Dalam temu bual, daya ingatan adalah sandaran yang paling penting. Jika responden mengalami masalah daya ingatan, maka tentulah kredibiliti data dan fakta yang diberikannya boleh dipersoalkan. Biasanya, jika semakin berusia seseorang responden, maka potensi untuk pemikiran dan daya ingatan mereka semakin berkurangan dan kecelaruan adalah besar. Sedangkan memori ini penting kerana penuh dengan beraneka warna dan rupa bentuk, baik tentang hasil tindakan mereka sendiri mahupun hasil pengamatan mereka terhadap segala peristiwa ketika itu.

Dalam rangka untuk merakamkan pengalaman para pelaku sejarah itulah maka terciptanya penulisan ini. Walaupun sumbangan mereka melalui hasil temu bual tidaklah dikira dominan tetapi tetap signifikan kepada kepada buku ini. Malah, sungguhpun jumlah mereka yang ditemu bual tidaklah ramai mereka adalah antara pelaku penting ketika itu. Mereka terdiri daripada para pembuat dasar, pelaksana mahupun pemerhati kepada kejadian dalam revolusi tersebut.

Temu bual ini telah dibuat pada awal 1990-an yang pada awalnya hanya disasarkan sebagai sebuah tulisan projek tahun akhir sebuah pengajian peringkat sarjana muda sahaja. Banyak maklumat diperoleh daripada temu bual tersebut. Sehingga satu masa, timbul kesedaran untuk menjadikannya dalam bentuk buku supaya dapat ditatap oleh lebih ramai lagi peminat sejarah, khususnya sejarah zaman revolusi di Indonesia. Bagi tujuan tersebut maka banyaklah penambahbaikan telah dilakukan ke arah penerbitan Logistik Tentera Nasional Indonesia dalam Perang Gerila di Jawa Tengah, 1947-1949.

Prakata

Singkatan

BAB I: Pendahuluan

Bab II: Jawa Tengah Bahagian Barat Selepas Meletusnya Aksi Tentera Belanda I: Tentera, Sosial dan Ekonomi
Pengenalan
Jawa Tengah Bahagian Barat
Keadaan Tentera
Keadaan Sosial dan Ekonomi

BAB III: Strategi Penanganan Logistik Tentera Nasional Indonesia dalam Keadaan Darurat (Ogos 1947-Disember 1948)
Pengenalan
Sumber Manusia
Persenjataan dan Perlengkapan
Perbekalan Tentera dan Orang Awam

BAB IV: Strategi Penanganan Logistik Tentera Nasional Indonesia dalam Keadaan Perang (Disember 1948- Ogos 1949)
Pengenalan
Fasa Perebutan Daerah
Fasa Pertahanan
Fasa Penyusunan Semula

BAB V: Kesimpulan

Rujukan

Indeks

Weight 0.18 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 0.9 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Logistik Tentera Nasional Indonesia dalam Perang Gerila di Jawa Tengah, 1947-1949”

Your email address will not be published. Required fields are marked *