Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu

Penulisan bersama ZAKARIA YAA’COB, AHMAD FAISOL YUSOF, dan TAJUL EDRUS NORDIN

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
161 halaman termasuk Bibligrafi dan Indeks

RM30.00

In stock

Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu membincangkan latar belakang pembinaan tiga buah rumah tradisional Melayu di kawasan Selama, Perak, iaitu rumah Haji Samsudin, rumah Che Ngah dan rumah Haji Abdul Hamid. Rumah tradisional Melayu ini mempunyai nilai estetika yang unik berbanding dengan rumah moden sekarang. Nilai estetika ini terdiri daripada proses perancangan, perletakkan lokasi rumah sehingga kepada reka bentuk ruang dalam rumah. Antara elemen yang dibincangkan dalam buku ini termasukkah tapak, adat untuk mendirikan rumah, proses pembinaan, susun atur ruang rumah, hiasan dan ukiran. Selain itu, penyesuaian terhadap aspek sosial dan spiritual yang digabung menjadikan seni bina tradisional turut dibincangkan.

Bangunan tradisional yang masih kekal sering mendapat penghargaan yang tinggi daripada orang ramai. Penghargaan yang diberikan adalah disebabkan oleh mutu dan tahap pertukangan serta hasil kerja tangan yang bernilai tinggi dan baik. Penggunaan bahan binaan yang bermutu tinggi dan kepekaan pereka bentuk kepada aspek persekitaran, seperti penerapan sumber iklim dalam reka bentuk serta penyesuaian terhadap aspek sosial dan spiritual yang digabung menjadikan seni bina tradisional nampak menarik dan mempunyai nilai-nilai seni dan seni bina yang tinggi, terutama pada aspek reka bentuk ruang dan seni ukiran yang terdapat di rumah-rumah Melayu.

Pembinaan bangunan yang menggunakan bahan utama seperti kayu telah memberikan kesan seni bina yang menarik dan unik. Kehalusan seni pertukangan Melayu dalam mereka bentuk dan membina bangunan yang cantik memang tidak dipertikaikan sejak dahulu lagi. Tradisi seni yang tinggi nilainya masih lagi dipertahankan walaupun mengalami perubahan masa yang semakin meluputkan ciri-ciri seni bina tradisional Melayu ketika ini. Oleh sebab itu, pembukuan hasil kerja seni tukang kayu harus dilakukan demi menjaga warisan seni, iaitu seni ukir dan seni bina. Penelitian dan memahami proses pembinaan rumah Melayu serta elemen-elemen yang terdapat dalam bangunan tersebut amatlah penting bagi mendidik masyarakat untuk lebih menghargai seni bina rumah Melayu.

Proses pembinaan bangunan tradisional juga agak unik; ia dibentuk oleh keadaan dan cara hidup masyarakat setempat. Bangunan akan dimulakan dengan penyediaan tapak, asas, diikuti dengan penyediaan struktur, kemudian bumbung dan akhirnya penyediaan kemasan seperti ukiran serta kemasan akhir akan dibuat setelah semua struktur dipasang. Bangunan rumah Melayu yang dipilih untuk penulisan ini ialah rumah Haji Samsudin Mad Arof, Rumah Che Ngah dan Che Pah dan rumah Haji Abdul Hamid Haji Kulub Ahmad di Selama, Perak. Ketiga-tiga rumah ini mempunyai ciri-ciri dan nilai seni bina yang tersendiri. Aspek seni ukir bagi ketiga-tiga rumah ini amat bernilai tinggi kerana ukiran-ukiran ini tidak terdapat pada rumah-rumah lain. Jika rumah ini dirobohkan, maka hilang dan lenyaplah seni yang terdapat pada rumah-rumah ini.

Prakata
Penghargaan
Senarai Foto
Senarai Pelan
Senarai Lukisan Utama dan Butiran Ukiran
Lukisan Terukur

1. SEJARAH
1.1 Pemilik Rumah
1.2 Pembinaan
1.3 Pemilikan

2. TAPAK, ADAT MENDIRIKAN RUMAH DAN ORIENTASI
2.1 Tapak Rumah
2.2 Adat Mendirikan Rumah
2.3 Orientasi Rumah

3. TUKANG RUMAH DAN PERUBAHAN
3.1 Tukang Rumah
3.2 Perubahan

4. PROSES PEMBINAAN
4.1 Pembinaan Rumah
4.2 Asas Rumah
4.3 Struktur Utama Bangunan
4.4 Struktur Bumbung, Reka Bentuk dan Kemasan
4.5 Struktur Lantai dan Dinding

5. SUSUN ATUR RUANG
5.1 Ruang Hadapan
5.2 Ruang Tengah
5.3 Ruang Belakang

6. TINGKAP, PINTU DAN TANGGA
6.1 Tingkap
6.2 Pintu
6.3 Tangga

7. HIASAN DAN UKIRAN
7.1 Jenis Ukiran
7.2 Motif Ukiran

8. KEISTIMEWAAN DAN RUMUSAN
8.1 Keistimewaan
8.2 Rumusan

9. LUKISAN TERUKUR DAN BUTIRAN
9.1 Lukisan Rumah Haji Samsudin Mad Arof
9.2. Lukisan Rumah Che Ngah dan Che Pah
9.3 Lukisan Rumah Berkembar Haji Abdul Hamid Haji Kulub Ahmad
9.4 Pintu dan Tingkap Rumah Haji Abdul Hamid Haji Kulub Ahmad

Bibliografi
Indeks

Weight0.25 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.