Out of stock

Mahasiswa Menggugat

MUHAMMAD ABU BAKAR (b. 1949 — ) berkelulusan Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di universiti yang sama dalam bidang politik internasional. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha di Jabatan Perdana Menteri. Semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau turut memegang jawatan-jawatan pengarang ‘Mahasiswa Negara‘, presiden Kelab Perhubungan Internasional, penganjur kursus kewartawanan dan setiausaha ceramah-bahas. Beliau turut mamangku jawatan setiausaha umum Persatuan Siswazah Universiti Malaya, Selangor. Pernah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang Bangsa-Bangsa Bersatu. Dan menulis untuk akhbar-majalah-majalah tempatan.

Pustaka Antara (Cetakan pertama, 1973)
182 halaman, termasuk Bibliografi

Kondisi:
1. Conteng – tiada contengan, cuma cop penjual asal, pada halaman awal.
2. Halaman – lengkap.
3. Cover seperti di gambar, bertompok kekuningan.
4. Tulang – masih utuh.

RM200.00

Out of stock

Kajian yang bertajuk Mahasiswa Menggugat ini, atau Mahasiswa Menggugat: Suatu Analisa dan Peninjauan dari dalam terhadap Kegiatan Mahasiswa-Mahasiswa Negeri Ini, merupakan satu catatan tentang sejarah kini, kegiatan mahasiswa di Universiti Malaya. Pengarang saudara Mohammad Abu Bakar telah menggunakan teknik ahli sejarah untuk mencatatkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di Kampus Universiti Malaya daripada pertengahan tahun enam puluhan hingga ke September, 1971. Beliau memberi sedikit sebanyak latar belakang yang perlu diketahui untuk analisanya yang berasaskan aliran atau trend yang telah meresap ke seluruh zaman yang baru lepas itu.

Penulis persembahkan Mahasiswa Menggugat kepada pembaca-pembaca sekalian dengan harapan semoga aktiviti-aktiviti pelajar Universiti Malaya, Kuala Lumpur, yang selama ini hanya didengar dari radio, dibaca dari akhbar dan diketahui dari cerita-cerita mulut yang dibawa oleh mahasiswa-mahasiswa sendiri, kini dapat dikenal dengan lebih mendalam lagi—yaitu tentang cita-cita atau aspirasi di belakang perjuangan mereka, krisis dan pergolakan yang dialami mereka semasa berada di kampus, dan motif-motif yang telah mendorong mereka dalam perjuangan politik semasa berada di universiti.

Sebenarnya, kedudukan mahasiswa dan universiti dalam konteks pembangunan sesebuah negara adalah begitu penting dan crucial sekali, dan hakikat ini memang jelas dari pengalaman negara-negara yang sudah maju dan yang sedang membangun di mana mahasiswa telah lahir sebagai faktor modernisasi dan universiti sebagai sumber pengetahuan dalam melaksanakan projek-projek nasional. Sudah tentu berdasarkan fakta-fakta ini tumpuan dan minat yang lebih besar perlu diberi kepada pergolakan di universiti, apatah lagi memandangkan bahwa negara kita sedang menghadapi proses pembangunan yang begitu kritikal dan mencabar dewasa ini.

Sebagai buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik, Mahasiswa Menggugat adalah bersifat peneroka atau pioneer. Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada hubungan dengan masalah pelajaran umumnya atau Universiti khususnya dan pemuda-pemudi umumnya serta mahasiswa khususnya.

Barangkali pada masa akan datang watak-watak yang terkemuka di gelanggang politik mahasiswa seperti Anwar Ibrahim atau Syed Hamid akan menerbitkan fikiran mereka di dalam autobiografi mereka. Di situ kita mungkin boleh mendapat tahu dengan lebih jelas lagi tentang kisah yang telah berlaku dari segi pemandangan khusus bagi tiap-tiap seorang itu.

Di dalam sains sosial usaha mencari punca sebab dan usaha mereka (hypothesis atau teori) yang boleh menjelaskan apa sebabnya sesuatu perkara itu telah berlaku adalah masalah yang penuh dengan pancaroba. Namun demikian dipercayai pengaruh yang paling asasi bagi sebahagian besar mahasiswa yang giat di dalam pergerakan mahasiswa iaitu mencabar, berdemo, mengeluarkan karya pamplet dan lain-lain adalah kebanyakannya simtom atau tanda penyakit yang lebih mendalam pada masyarakat kaum desa. Penyakit itu adalah kemiskinan mengikut istilah Ungku Aziz sendiri.

Istilah “kemiskinan” (ala Aziz) mengatakan konsep kemiskinan itu adalah relatif dan ia terbit dari jurang antara orang yang berpendapatan lebih dan orang yang berpendapatan kurang. Pendek kata jikalau pembahagian pendapatan berubah supaya orang yang berpendapatan lebih itu bertambah dengan nisbah yang lebih daripada orang yang berpendapatan rendah, maka jurang pendapatan itu akan membesar dan inilah menjadi bukti bahwa dari segi objective dan konkrit kemiskinan itu pun sudah bertambah.

Mengikut teori Ungku Aziz, kemiskinan adalah akibat dari tiga sebab: kadar pengeluaran yang kecil (low productivity), tindasan (exploitation) dan keadaan terbiar (neglect).

Jika dibandingkan dengan faktor ekonomi seperti buruh, tanah dan modal yang digunakan di kawasan luar desa, kesemuanya menunjukkan kadar pengeluaran yang lebih rendah di kawasan desa sama ada perusahaan itu pertanian, perikanan atau kilang-kilang kecil. Kadar pengeluaran itu boleh dipertinggi dengan penggunaan alat baru dan cara kerja yang lebih licin serta baja kimia, ubat pembasmi serangga dan lain-lain. Akan tetapi alat baru dan lain-lain itu boleh dipakai atau dimiliki oleh kaum tani jikalau mereka tidak dilepaskan dari belenggu tindasan kaum kapitalis desa.

Maka sebab kemiskinan yang kedua jadi prerequisite atau wajib-utama bagi rancangan pembasmian kemiskinan. Peminjam wang yang makan bunga 60 hingga 120 peratus; peraih yang mengambil lipat ganda untung dari apa yang berpatutan; tuan tanah yang mengambil sehingga 50 peratus dari jumlah hasil pengeluaran dan kadang-kadang lebih dari itu serta majikan desa yang tidak memberi cukup sara hidup kepada buruh kampung adalah orang-orang yang menjadi golongan Kapitalis desa yang menindas dan memiskinkan kaum petani, khasnya orang Melayu di desa. Selagi kaum petani dan kaum nelayan tidak dilindungi dari tindasan golongan kapitalis desa itu, selama itulah alat moden serta baja kimia itu tidak dapat dipakai oleh mereka.

Sebab kemiskinan yang ketiga ialah keadaan terbiar. Sekarang menteri-menteri pun sedia mengaku bahwa keadaan kesihatan atau persekolahan di desa kurang mutunya jika dibanding dengan keadaan yang ada di bandar-bandar. Sepuluh tahun dulu ini tidak dapat perhatian yang sebegitu. Oleh sebab sebahagian besar anak Melayu yang sampai ke universiti datang dari latar belakang desa yang terbiar itu maka mereka pun dari segi relative, lemah di dalam kesihatan, bekalan fikiran dan lain-lain dan mereka tidaklah dapat seimbang dengan mahasiswa yang datang dari kota-kota. Sekarang negara dan universiti sibuk mencuba membetulkan keadaan tak seimbang itu.

Akan tetapi bagi tahun enam puluhan dan tujuh puluhan, kemiskinan adalah menjadi pendorong asasi di dalam gerakan mahasiswa.

Weight0.253 kg
Dimensions14 × 1 × 21.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.