Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi dan Sosiobudaya

Disunting oleh ASMADI HASSAN dan MOHD IKBAL MOHD HUDA

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2017)
216 halaman termasuk Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789831009611 Product ID: 4304 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi dan Sosiobudaya memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian berkaitan hubungan antara kedua-dua buah negara yang telah berlangsung sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pelbagai perspektif telah dianalisis dan diterjemah dalam buku yang bertajuk Malaysia dan Jepun: Perspektif, Sejarah, Politik, Ekonomi dan Sosiobudaya. Buku yang memuatkan sembilan artikel ini adalah kombinasi kajian oleh pakar-pakar pengajian Jepun dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. Buku ini sarat dengan maklumat terkini, dianalisis secara kritikal dan diolah dalam bahasa yang mudah difahami. Diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat dijadikan rujukan penting dan menambah pemahaman kepada mereka yang dahagakan pengetahuan terutamanya dalam hubungan Malaysia-Jepun.

Kumpulan artikel ini membincangkan perspektif sejarah perhubungan kedua-dua buah negara yang bermula dari migrasi nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu, imigran Jepun di Sabah tahun 1880-1942 dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Turut termuat adalah dari perspektif sosiobudaya yang mengangkat tema difusi budaya popular Jepun di Malaysia. Manakala bab kelima hingga terakhir bertemakan politik dan ekonomi. Bab kelima mendedahkan tentang jatuh bangun parti politik pemerintah Jepun yang boleh dijadikan pengajaran kepada Malaysia. Penulis-penulis turut menyentuh perihal Bantuan Pembangunan Rasmi Jepun (ODA), eksport Malaysia ke Jepun 1980-2105, peranan Malaysia dan Jepun dalam proses regionalisme Asia Timur dan perihal Keselamatan Insan dan dasar luar Jepun yang menjadikan kajian kes Grant Assistance for Grass-Roots Human Security Projects di Sabah.

Prakata
Penghargaan

1. Dari Itoman ke Nanyo: Migrasi Nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
Md Nasrudin Md Akhir, Tsuji Shyuji & Amirul Johan Johari

2. Imigran Jepun di Sabah Tahun 1880-1942: Dari Aspek Hubungan Etnik
Md. Saffie Abdul Rahim & Ramli Dollah

3. Pendudukan Jepun dan Kesedaran Nasionalisme dalam Kalangan Orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua
Jaafar Jambi & Norliah Abdullah

4. Difusi Budaya Popular Jepun: Penggunaan dan Pengeluaran Audiens Malaysia
Rohayati Paidi

5. Kejatuhan LDP dan DPJ: Pengajaran kepada Malaysia
Asmadi Hassan

6. Bantuan Pembangunan Rasmi dalam Hubungan Malaysia-Jepun
Mohd Ikbal Mohd Huda & Asmadi Hassan

7. Eksport Malaysia ke Jepun 1980-2015: Sumbangan kepada Pembangunan Ekonomi Malaysia?
Fumitaka Furuoka

8. Malaysia dan Jepun dalam Proses Regionalisme Asia Timur
Geetha Govindasamy

9. Keselamatan Insan dan Dasar Luar Jepun: Kajian Kes ke Atas Grant Assistance for Grass-Roots Human Security Projects di Sabah 2000-2015
Ramli Dollah & Wan Shawaluddin Wan Hassan

Indeks

Weight0.370 kg
Dimensions23.1 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.