Out of stock

Mantik dan Etnomantik

Mat Rofa Ismail dilahirkan pada 12 November 1956 di Pasir Bandar, Pulai Chondong, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur. Setelah menamatkan alam persekolahan, beliau menyambung pelajaran pada peringkat lebih tinggi dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Matematik (Universiti Kebangsaan Malaysia, 1979), Master Sains dalam bidang Matematik (University of Wales, 1982), dan PhD dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik (Universiti Malaya, 1993).

DBP (Cetakan Pertama, 2014)
560 halaman

RM65.00

Out of stock

ISBN: 9789834611347 Product ID: 608 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Buku Mantik dan Etnomantik karya Profesor Mat Rofa Ismail menggabungkan kedua-dua aspek mantik dan etnomantik dalam perbincangan yang bersepadu. Buku ini yang pertama di rantau Asia Tenggara yang membincangkan etnomantik Melayu-Islam secara khusus dalam epistemologi ilmu pemikiran secara amnya. Kandungan buku ini amat unik kerana persembahannya yang melibatkan kesepaduan pelbagai ilmu. Hal ini disebabkan mantik merupakan ilmu sepunya dalam matematik dan usuluddin, fizik dan usul fiqah, teknologi maklumat dan retorik, falsafah dan teknologi, teori dan amali. Namun, kegunaan mantik yang luas itu kurang disedari para ilmuan yang mengamalkan pragmatisme dalam tradisi ilmu mereka.

Pelbagai unsur mantik dihuraikan dalam buku ini termasuk proposisi, pengisbatan, penafian, takrif, analogi, silogisme, deduksi, induksi, transitifan, kantrapositif, penghujahan, pembuktian dan analisis menerusi aliran sejarah perkembangan, khususnya menerusi tamadun Islam yang agung. Perbincangan tentang entomantik pula sangat menarik kerana merupakan bidang baharu yang dibincangkan secara teliti di dalam buku ini. Buku ini menjadi rujukan penting bagi pelajar falsafah yang mendalami bidang mantik sama ada pelajar daripada aliran sains, matematik, usuluddin, antropologi, pemikiran atau etnosains.

Weight1.09 kg
Dimensions23 × 16 × 3.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.