Masjid Zahir: Satu Abad di Nusantara, 1915-2015

MOHD SHARIFF ABU SAMAH pernah bertugas sebagai Pegawai Sempadan (Settlement Officer) dengan Kerajaan Kedah sehingga tahun 1971 apabila diserap ke dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri (KCS) sehingga bersara pada tahun 1997 sebagai Pegawai Daerah (DO). Semasa dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri memegang berbagai jawatan seperti Penolong Setiausaha Kerajaan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Pentadbir Tanah Daerah Padang Terap, Pentadbir Tanah Baling, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah, Pegawai Daerah Pendang dan Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Penerbit UUM (Cetakan pertama, 2016)
126 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM51.00

Only 1 left in stock

Product ID: 13541 SKU: 9789670876795 Categories: , , Tags: , , ,

Masjid Zahir: Satu Abad di Nusantara, 1915-2015 membincangkan struktur seni bina dan aspek perlambangan dalam seni binanya yang merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Malaysia. Masjid Zahir tersergam indah terletak di Dataran Bandaraya, iaitu kawasan ‘Heritage’ Bandaraya Alor Setar, persekitarannya diiringi dengan bangunan-bangunan seperti Istana Pelamin tempat persemayaman Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Balai Besar, Galeri Diraja (asal Mahkamah Tinggi), Balai Nobat, Jam Besar, Galeri Balai Seni yang dibangunkan lebih kurang sezaman dengan Masjid Negeri yang bersejarah ini dan memiliki ciri-ciri dan keunikan yang tersendiri.

Pembinaan masjid ini adalah atas daya usaha Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Presiden Majlis Negeri (State Council) yang juga adinda Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Kos pembinaan Masjid ini pada keseluruhannya dibiayai oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di atas tapak tanah seluas dua ekar, kos sebanyak 200,000 dollar Singapura.

Masjid Negeri ini lebih dikenali dengan Masjid Zahir selepas perasmian oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915. Pembinaan Masjid Zahir mengambil masa selama tiga tahun. Lebih menakjubkan Bilalnya ialah Kadi Besar manakala Almarhum Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah menjadi Khatib membaca khutbah dan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah pada masa itu berkenan mengimamkan solat Jumaat.

Masjid Zahir: Satu Abad di Nusantara, 1915-2015 diterbitkan bagi mendokumenkan maklumat mengenai Masjid Zahir yang telah mencapai genap 100 tahun pada tahun 2015. Bagi penyediaan buku ini, penyelidikan dilakukan di Thailand, Indonesia seperti Tanjung Pura Langkat, Medan, Bengkulu, Aceh Sumatra, British Library London, Perpustakaan Cambridge University, National Archives Kew Gardens England dan Leiden University.

Terdapat suatu keunikan mengenai asal-usul nama Masjid Zahir. Telah timbul beberapa pendapat dan pandangan mengenai sejarah nama masjid ini. Masjid ini diberi nama Masjid Zahir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan Tunku Mahmud pada tahun 1915 Masihi apabila siapnya masjid ini. Terdapat beberapa terbitan perkataan yang boleh dikaitkan dengan nama Masjid Zahir. Perkataan zahhar bermaksud penjual bunga, zahirun ialah bekas bunga dan azhara bermaksud berbunga manakala zahra’u bererti berkilau-kilauan atau bersinar. Daripada pengertian itu boleh dibuat kesimpulan bahawa perkataan ‘zahir‘ terbit daripada perkataan-perkataan di atas yang melambangkan bunga sebagai suatu yang cantik dan sama kecantikannya dengan bintang zahrah. Antara zahir dan azhar mempunyai talian yang membawa maksud ‘putih’ iaitu kebersihan atau kesucian.

Seni bina Masjid Zahir bercirikan seni bina dari Timur Tengah. Cetusan idea dan ilham datangnya daripada Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Shah sekembalinya daripada lawatan ke Timur Tengah kerana Baginda merupakan seorang yang amat menghayati, menjiwai dan menyintai agama, maka daripada situlah timbulnya inisiatif untuk membina sebuah rumah ibadat yang penuh dengan keunikan dengan identitinya tersendiri dan paling tersohor di negeri Kedah.

Sebelum merangka pelan masjid ini, satu rombongan telah dihantar ke Langkat dan Sumatera Utara bertujuan meninjau dan mencari reka bentuk masjid yang cantik di sana dan terbaik dari segi seni binanya untuk disesuaikan dengan persekitaran yang indah dan cantik ketika itu di Alor Setar.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.332 kg
Dimensions 32.5 × 23 × 1.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789670876795

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Masjid Zahir: Satu Abad di Nusantara, 1915-2015”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.