Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu: Perubahan dan Kesinambungan

Disunting oleh MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN, ABU HANIFAH HARIS dan NORAZLAN HADI YAACOB

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2022)
454 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM85.00

In stock

If you purchase this book you will earn 17 reward points!
ISBN: 9789674882129 Product ID: 31731 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu: Perubahan dan Kesinambungan memperihalkan perubahan dan kesinambungan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu sebagai reaksi kepada pengaruh dari luar atau berikutan berlakunya proses dalaman yang memerlukan berlakunya perubahan. Pemahaman terhadap kesinambungan dan perubahan dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan Alam Melayu amat penting kerana dapat memberikan pemahaman bagaimana proses yang berlaku membentuk masyarakat pada waktu itu dan mencorakkan masyarakat pada masa kini. Selain membincangkan pelbagai tema yang berkaitan dengan perkembangan sejarah yang mempunyai kaitan dengan perkembangan masyarakat Islam di Malaysia, perbincangan juga diperluaskan kepada beberapa tema sejarah yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Patani (Selatan Thai) dan Hindia Timur Belanda (Indonesia). Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, merangkumi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan, agama, sosial dan politik dipengaruhi oleh unsur-unsur yang datang dari luar dan dinamik yang berlaku di dalam masyarakat tersebut. Penjajah British di Tanah Melayu dan penjajah Belanda di Indonesia memainkan peranan penting dalam mencorakkan perjalanan sejarah masyarakat tersebut di rantau ini dan turut berperanan menimbulkan tindak balas bagi membolehkan Islam dan masyarakatnya terus relevan dalam menghadapi rempuhan pengaruh dari Barat. Proses perubahan dan kesinambungan yang berlaku juga turut melibatkan idea pembangunan dan tema ini dibincangkan dalam beberapa artikel bagi melengkapkan perbincangan berkaitan dengan masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu.

Pendahuluan
Senarai Singkatan

1. Ulasan Shaykh Ahmad Al-Fatani Tentang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Faridah Al-Faraid
Hasanudin Daud

2. Pendekatan Suluk dalam Meningkatkan Kerohanian Menurut Perspektif Shaykh Abdul Samad Al-Falimbani
Ahmad Zaki Abdul Latiff

3. La Parenrengi Arung Pugi dan Usaha Pemulihan Kuasa Kerajaan Bone, 1846-1857
Salina Zainol

4. Shaykh Muhammad Idris Al-Marbawi dan Penerbitan Kamus Al-Marbawi
Mahani Mokhtar

5. Penubuhan dan Perkembangan Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah Pulau Pinang, 1916-1972
Ahmad Dzulfahmi Muhamad

6. Sejarah Politik Masyarakat Melayu Islam Patani di Selatan Thai Pasca Revolusi Thai 1932
Hamdan Mohd Salleh

7. Permasalahan Kesihatan dalam Sejarah Pemergian Haji Orang Melayu
Aiza Maslan @ Baharudin

8. Pengaruh Mesir dalam Pendidikan Madrasah dan Sekolah Agama di Tanah Melayu, 1906-1970
Abu Hanifah Haris

9. Sumbangan Gagasan Pan-Islamisme dari Mesir dan Turki Uthmaniyah ke atas Kesedaran Politik Awal Masyarakat Melayu
Ermy Azziaty Rozali

10 Masyarakat Arab Hadrami dan Penubuhan Madrasah di Malaysia dan Indonesia, 1900-1942
Latifah Abdul Latiff

11. Kesedaran ke Arah Survival Bangsa Berikutan Pergaduhan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun, 1942-1955
Mohamed Ali Haniffa

12. Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar dalam Sistem Pendidikan serta Kesannya Terhadap Hubungan Kaum di Tanah Melayu, 1957-1960
Abdul Halim Ramli

13. Peranan Dato’ Onn Jaafar dalam Idea Pembangunan Melayu Mutlak
Jamaie Hamil

14. Pembangunan Islam Menurut Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ismail Yusoff

15 Perceraian dalam Kalangan Orang Melayu di Negeri Melaka, 1990-2002
Fatimah Mohd Dahalan

Rujukan
Indeks

Weight 0.706 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 2.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.