Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa

Oleh: Wan Mohd Nor Wan Daud

DBP (Cetakan Kedua 2007)
247 Halaman

RM30.00

In stock

Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa merupakan karya terbaru Wan Mohd Nor Wan Daud, cendekiawan yang serius dan prolifik, menghidangkan satu lagi santapan akliah yang berupaya membantu semua lapisan rakyat berpendidikan, serta golongan pemerintah dan pembangkang di negara ini berfikir memusatkan cita dan usaha dalam perjalanan panjang membawa umat bangsa ke tahap yang terbilang, dengan menggunakan kaedah keilmuan dan pendidikan yang terpancar daripada pandangan alam Islam dan dibantu pula oleh pengalaman-pengalaman semasa yang bermanfaat.

Islam apa? Islam siapa? Apakah “Islam Hadhari” merupakan suatu gagasan yang menyeleweng dan harus ditolak, atau sesuatu yang boleh membantu umat Islam mengharungi cabaran-cabaran genting masa kini?

Dalam keadaan perpecahan politik dalam kalangan umat Islam dan bangsa Melayu yang begitu meruncing, apakah terdapat kemungkinan untuk kita bersatu semula demi agama, bangsa dan negara?

Sebenarnya, apakah umat Islam dan bangsa kita ini telah merdeka, dan bagaimanakah kemerdekaan ini harus dinilai?

Bagaimanakah umat Islam di Malaysia, khasnya bangsa Melayu boleh memastikan bahawa kegemilangan dan keterbilangan umat Islam dan bangsa Melayu pada zaman lampau dikecap semula dengan mengambil kira kekuatan-kekuatan bangsa pada masa kini?

Kesemua soalan besar ini akan terjawab jikalau anda membaca buku ini dengan hati-hati dan merenung fikir hujah-hujah, analisis, serta saranan-saranannya dengan teliti dan fikiran terbuka.

Perbincangan tentang “Islam Hadhari” dikaitkan dengan penelitian terhadap epistemologi Islam dan kaedah berfikir Melayu. Konsep ini turut dihubungkan dengan peranan pendidikan, khususnya yang tertinggi sebagai tahap terpenting dan strategik dalam pembinaan sebuah Masyarakat Islam Hadhari yang menjadi teras sesebuah peradaban.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.470 kg
Dimensions 15.0 × 1.7 × 22.9 cm
Edition

Format

ISBN

9789836292544

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.