Out of stock

Masyarakat Kelabit: Tradisi dan Perubahan Sosial

POLINE BALA adalah Professor Madya dalam Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi di Universiti Malaysia Sarawak.

ITBM (Cetakan Pertama, 2016)
200 halaman termasuk Bibliografi

RM25.00

Out of stock

Masyarakat Kelabit: Tradisi dan Perubahan Sosial membincangkan masyarakat Kelabit secara terperinci merangkumi tentang sejarah asal usul; sistem organisasi sosial dan politik; sistem kepercayaan tradisional dan pantang larang; kegiatan perekonomian; sistem kekeluargaan, perkahwinan dan kekerabatan; tradisi dan budaya material; pengaruh luar di Dataran Tinggi Kelabit; dan perubahan masyarakat ini selepas pembentukan Malaysia.

Siapakah masyarakat Kelabit? Apakah anggapan mereka tentang diri mereka sendiri? Pengenalan terhadap masyarakat Kelabit dapat dibahagi dua iaitu panggilan yang diberikan oleh orang masyarakat luar terhadap mereka dan panggilan yang mereka beri untuk diri mereka sendiri. Mana-mana panggilan lebih dikenali dan digunakan, bergantung kepada proses sejarah. Dalam meninjau penggunaan sebutan untuk masyarakat Kelabit, adalah menarik ditinjau bagaimana sebutan itu digunakan selama beberapa ratus tahun tanpa tindakan balik mereka yang merugikan orang lain.

Sebelum kedatangan Barat, terdapat pendapat yang menyarankan bahawa suku kaum Kelabit (Lun Kelabit) pada peringkat awalnya tidak menggunakan nama suku kaum yang khusus bagi memperkenalkan kaum mereka. Sebaliknya, mereka lebih memperkenalkan diri mereka mengikut ciri-ciri pertapakan tempat tinggal mereka iaitu sama ada mereka di hulu atau di hilir sesebuah sungai, atau di lembah atau di atas gunung tertentu. Misalnya orang-orang yang tinggal di kawasan hilir sungai dikenali sebagai Lun La’ud (Orang Hilir) manakala orang-orang yang tinggal di hulu sungai akan dipanggil sebagai Lun Dayeh (Orang Hulu).

Lebih khusus lagi mereka akan memperkenalkan diri mereka mengikut nama sungai, lembah atau gunung yang terdekat dengan rumah panjang mereka. Misalnya orang yang membina kampung di sepanjang sungai atau Pa Terap akan memperkenalkan diri mereka sebagai Lun Pa’ Terap (kami Orang Pa’ Terap) iaitu “Pa'” ialah singkatan kepada “ebpa” yang bermaksud sungai.

Dalam keadaan yang lebih luas, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Lun Kelabit memperkenalkan diri mereka sebagai Lun Lam Bawang Inan yang bermakna “orang yang menetap di wilayah ini” atau Lun Dayeh yang membawa maksud, orang yang menetap di hulu sungai. (Lun di sini merupakan singkatan kepada perkataan Lemulun yang bermakna orang dan suku kaum. Oleh itu, dalam penulisan ini Lun Kelabit digunakan secara bertukar ganti dengan masyarakat atau suku kaum Kelabit), Sebutan ini dapat dilihat dengan jelas daripada lagu-lagu tradisi dan cerita-cerita lisan apabila sebutan Lun Lembawang Inan ini digunakan dan bukannya Kelabit.

Walau bagaimanapun, sekarang ini sebutan Kelabit lebih kerap digunakan untuk merujuk kepada Lun Lem Bawang Inan sama ada yang masih menetap di Dataran Tinggi Kelabit mahupun untuk ahli-ahli masyarakat ini yang telah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar. Mengikut sejarah, perkataan Kelabit ialah satu nama baharu yang tercipta semasa pertembungan awal suku kaum Lun Lam Bawang Inan dengan pengaruh Barat kira-kira pada permulaan abad ke-20.

Berdasarkan hasil penulisan sarjana seperti oleh Tom Harrisson, Toynbee, dan LeBar, sebutan Kelabit berasal daripada pertemuan pertama antara Charles Hose yang merupakan Residen Bahagian Baram yang pertama pada tahun 1890-an dengan beberapa orang pelawat dari Pa’ Labid. Pa’ Labid pada ketika itu merupakan sebuah petempatan awal Lun Lembawang Inan dan ia memainkan peranan penting sebagai tempat pertemuan perdagangan (tamu) antara masyarakat Lur Lembawang Inan dengan kumpulan-kumpulan lain seperti Kayap dan Kenyah.

Pada suatu ketika, beberapa orang pelawat dari Pa’ Labid telah hadir melawat stesen kerajaan yang pada masa itu terletak berdekatan dengan Kuala Baram untuk membayar cukai dan untuk berdagang. Malangnya pelawat-pelawat tersebut tidak tahu bertutur apa-apa bahasa yang sedang, digunakan di stesen tersebut. Apabila disoal “bangsa” mereka, jawapan mereka ialah “Kami orang dari Pa’ Labid”. Pa’ Labid telah disalahfahamkan sebagai Kelabit.

Daripada peristiwa pertemuan inilah nama Kelabit ditulis demikian rupa dalam dokumen-dokumen kerajaan. Sejak itu, secara beransur-ansur nama Kelabit telah digunakan untuk merujuk kepada Lun Lam Bawang Inan atau Lun Dayeh yang menetap di Dataran Tinggi Kelabit dan digunakan secara meluas selepas Perang Dunia Kedua. Hari ini, sebutan tersebut telah diterima oleh masyarakat Kelabit dan diguna pakai sehingga ke hari ini sebagai pengenalan diri mereka sendiri.

Prakata

Bab 1 Masyarakat Kelabit

Bab 2 Sejarah Asal Usul dan Perpindahan

Bab 3 Sistem Organisasi Sosial dan Politik

Bab 4 Sistem Kepercayaan Tradisional dan Pantang Larang

Bab 5 Kegiatan Perekonomian

Bab 6 Keluarga, Perkahwinaan dan Kekerabatan

Bab 7 Tradisi dan Budaya Material

Bab 8 Pengaruh Luar di Dataran Tinggi Kelabit

Bab 9 Perubahan dalam Malaysia

Bab 10 Penutup

Bibliografi

Biodata Penulis

Weight0.396 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.