Masyarakat Protosejarah Pulau Kelumpang

SHAHRUL HISHAM ZAINAL ARIFFIN adalah Profesor di Pusat Bioteknologi dan Makanan Berfungsi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah sel stem, sitotoksik, biologi molekul dan sains pergigian.

RUS DINA RUS DIN merupakan pensyarah di Program Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan bidang pengkhususan beliau adalah antropologi forensik dan sains forensik.

ROHAYA MEGAT ABDUL WAHAB adalah Profesor dan pakar ortodontik di Disiplin Ortodontik, Pusat Kesihatan Pergigian Keluarga, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia dan bidang pengkhususan beliau adalah pergigian dan ortodontik.

Penerbit UKM (2018, Cetakan Pertama)
112 halaman

RM30.00

In stock

Masyarakat Protosejarah Pulau Kelumpang merupakan sebuah buku yang menerangkan tentang asal usul bangsa Melayu serta menyentuh mengenai Kerajaan Melayu Purba, tapak arkeologi hasil peninggalan masyarakat Melayu purba di Malaysia khususnya di Pulau Kelumpang, Perak. Kebelakangan ini banyak pihak mendakwa bangsa Melayu merupakan pendatang di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, buku ini cuba menyangkal dakwaan tersebut dengan mengkaji rangka manusia purba yang dijumpai di tapak arkeologi Pulau Kelumpang, Perak.

Tapak ini mempunyai kesan peninggalan penempatan masyarakat protosejarah yang wujud sejak 2000 tahun dahulu dan dipercayai merupakan masyarakat tempatan. Jumpaan manik yang diperbuat dari kaca, gelas dan tembikar merupakan hasil masyarakat tempatan serta luar yang diimport menunjukkan Pulau Kelumpang merupakan pusat perdagangan antarabangsa sama seperti di Lembah Bujang. Rangka manusia purba yang dijumpai di Pulau Kelumpang menjalani analisis genetik molekul bagi mengetahui asal usul serta jantina, manakala analisis radiografi terhadap kaviti pulpa gigi pula dilakukan bagi menganggar umur semasa kematian individu purba tersebut.

Kaedah yang destruktif di Malaysia seperti biologi molekul jarang diaplikasi terhadap sampel yang bersejarah seperti rangka purba. Ini adalah kerana, pendekatan biologi molekul dikhuatiri akan merosakkan sampel rangka purba. Walau bagaimanapun, kaedah ini boleh mengesahkan identiti sampel purba dengan lebih jitu sekaligus merungkai persoalan berkenaan sampel sejarah ini. Di samping itu, pendekatan ini juga tidak memerlukan kuantiti sampel purba yang banyak dalam melakukan analisis.

Identiti masyarakat yang menduduki Pulau Kelumpang, Perak 2000 tahun dahulu sama ada berbangsa Melayu atau sebaliknya berjaya dirungkai dalam buku ini. Masyarakat Protosejarah Pulau Kelumpang boleh dijadikan bahan rujukan untuk penyelidik yang berminat dalam kajian populasi masyarakat Melayu di Asia amnya dan di Malaysia khasnya.

Masyarakat Protosejarah Pulau Kelumpang merangkumi enam bab yang dimulakan dengan menceritakan secara ringkas mengenai sari kandungan buku ini dan diikuti dengan bab 1 yang membincangkan berkenaan geografi, bahasa, penulisan, sosiobudaya dan kerajaan Melayu lama.

Bab 2 membincangkan secara ringkas berkenaan carigali pada tapak arkeologi di Malaysia yang dijalankan oleh penyelidik terdahulu sehingga kini.

Bab 3 menumpukan perbincangan pada kajian yang dilakukan oleh penyelidik luar dan tempatan serta hipotesis berkaitan asal usul masyarakat protosejarah yang menduduki Pulau Kelumpang.

Bab 4 adalah perbincangan yang melibatkan kajian biologi molekul terhadap satu rangka manusia purba yang dijumpai di Pulau Kelumpang bagi merungkai asal usul individu purba tersebut.

Seterusnya bab 5 membincangkan berkenaan kajian genetik yang dilakukan terhadap rangka purba dari Pulau Kelumpang bagi menentukan jantina serta kajian radiograH terhadap gigi purba Untuk menganggar umur semasa kematian sampel.

Manakala bab yang terakhir iaitu bab 6 merupakan kesimpulan keseluruhan berkenaan dengan identiti masyarakat protosejarah Pulau Kelumpan g yang dikenal pasti berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan terhadap satu rangka purba.

Weight0.18 kg
Dimensions23 × 15 × 0.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.