Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu

FIRDAUS ZAINAL adalah penulis dan pengkaji pemikiran Melayu.

Ilham Books (Cetakan Pertama, 2022)
362 halaman termasuk Rujukan

RM45.00

In stock

Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu menghimpunkan kupasan-kupasan sejarah dan kajian fakta dalam usaha menyegarkan kembali konsep Ketuanan Melayu dalam tanah air dengan menggaulkan konsep Megalothymia dan Ketuanan Melayu, lalu menghasilkan bibit-bibit persoalan sama ada Ketuanan Melayu ini melahirkan bangsa berjaya atau hanya membawa kecelakaan. Politik Ketuanan Melayu sering dibahaskan dengan merujuk kepada aspek sejarah yang merujuk kepada Kesultanan Melayu Melaka, adat istiadat dan warisan yang diperturunkan daripada generasi ke generasi sehingga sekarang. Orang Melayu menganggap mereka ‘tuan’ kepada tanah air ini kerana mereka adalah waris keturunan Kesultanan Melayu yang muncul pada abad ke-15. Orang Melayu juga beranggapan bahawa mereka seharusnya mempunyai kedudukan istimewa tersendiri berbanding kaum lain seperti Cina dan India yang hanya datang ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 menerusi campur tangan British.

Tanah dan orang Melayu merupakan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. “Tanah Melayu” membawa makna yang besar bagi orang Melayu kerana di sinilah orang Melayu hidup membangunkan kesultanan Melayu Melaka. Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu. Apabila Malaysia terbentuk, nama Persekutuan Tanah Melayu digugurkan, Walaupun nama Tanah Melayu telah digantikan dengan Malaysia yang di dalamnya mengandungi kepelbagaian kaum, namun bagi orang Melayu ia tidak menghakis Ketuanan Melayu mereka. Setiap orang di dunia mengangkat bangsanya sebagai yang terbaik. Begitu juga orang Melayu. Bersandarkan sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang pernah wujud di Tanah Melayu satu ketika dahulu, orang Melayu juga mengangkat bangsanya sebagai lebih tinggi daripada orang Cina dan India yang merupakan kaum imigran satu ketika dahulu. Naluri dan perasaan menjadi lebih agung daripada bangsa lain ini adalah satu elemen semula jadi dalam diri manusia yang disebut ahli falsafah Greek, Plato sebagai thymos yang diekspresikan ke dalam bentuk megalothymia.

Orang Melayu telah menjadi mangsa ketidakadilan sejarah yang ditinggalkan oleh British. Mereka keciciran dari sudut ekonomi di belakang kaum imigran Cina. Satu-satunya jalan menyelamatkan mereka ialah orang Melayu masih memegang kuasa politik yang membolehkan mereka terus berpaut. Bagi memberikan keabsahan kepada kuasa politik mereka, orang Melayu sering kali mencantumkan istilah “Ketuanan” dengan “Melayu” menjadi “Ketuanan Melayu”. Ketuanan Melayu dapat difahami sebagai satu bentuk kepercayaan orang Melayu bahawa mereka ialah tuan di Malaysia secara kolektif. Ini bermaksud Ketuanan Melayu tidak lahir hanya dalam kelompok kecil masyarakat tetapi ia wujud dalam setiap diri orang Melayu atau thymos.

Parti politik Melayu, UMNO mengangkat Ketuanan Melayu sebagai mantera perjuangan mereka. Namun, tafsiran Ketuanan Melayu itu berbeza-beza dalam kalangan sarjana, ahli politik, aktivis dan masyarakat umum. Misalnya, Ketuanan Melayu dilihat sebagai mitos paling moden dicanangkan dalam budaya politik pada masa kini. Lebih merumitkan apabila Ketuanan Melayu dipolitikkan bagi tujuan mengaut keuntungan peribadi dan memperoleh laba politik. Persoalannya, apakah semangat Ketuanan Melayu ini adalah suatu yang t2boo dan bersifat negatif dalam kehidupan bermasyarakat terutama dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia? Kekuatan orang Melayu tidak hanya bergantung kepada kuasa politik tetapi juga kuasa ekonomi kerana kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat. Buku ini mencabar kepercayaan tradisi politik orang Melayu yang berpegang kepada politik Ketuanan Melayu sebagai sesuatu yang bersifat ‘sempurna’.

Pengenalan

1. Megalothymia
2. Menjejak Identiti Melayu
3. Politik Ketuanan Melayu
4. Ketuanan Melayu Terperangkap di dalam Dogma
5. Peristiwa Besar Orang Melayu
6. Mencabar Politik Ketuanan Melayu
7. Megalothymia Politik Ketuanan Melayu Mendaulatkan Institusi Beraja
8. Islam dan Melayu
9. Doktrin Ketuanan Melayu sebagai Kesinambungan Dasar Ekonomi Baru
10. Pseudomegalothymia Politik Ketuanan Melayu
11. Politik Perkauman dan Politik Ketakutan sebagai Alat Mempertahankan Ketuanan Melayu

Penutup: Masa Hadapan Politik Ketuanan Melayu
Rujukan

Weight0.42 kg
Dimensions20.6 × 13.4 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author