Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua

ZINITULNIZA ABDUL KADIR (Jujurnya, kami gak jumpa siapa gerangan penulis ini. Bantuin ya!).

ITBM (Cetakan Pertama, 2014)
121 halaman

RM110.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 22 points worth of RM2.20!

Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua cuba memberi keadilan kepada Mek Mulung, sebuah seni teater tradisional Melayu yang sarat pelbagai elemen simbolisme serta aksi dramatik yang kaya estetika tersendiri. Ia asasnya berfungsi untuk tujuan pengubatan dan penghormatan kepada leluhur atau roh nenek moyang beberapa generasi sebelumnya, dengan kepercayaan bahawa amalan itu mampu melindungi pewaris daripada gangguan alam dan kuasa ghaib. Bagaimanapun, senario mistik kini tidak lagi relevan, sekali gus berisiko membunuh kelangsungan seni persembahan warisan Kedah Tua ini. Antara kepercayaan supernatural dan estetika persembahan, antara tujuan dan teladan, Mek Mulung hakikatnya adalah sebuah kesenian rakyat untuk rakyat, simbol tamadun budaya masyarakat Kedah Darul Aman, atau disebut hikayatnya, Negeri Cahaya Bulan.

Mek Mulung terbahagi kepada dua, persembahan dan ritual. Sebagal persembahan, fungsinya menghibur, manakala sebagai ritual, tujuannya lebih besar, iaitu menyembah hormat kepada roh nenek moyang yang dianggap berperanan melindungi kehidupan daripada pelbagai gangguan. Sebagai persembahan, Mek Mulung amat sederhana, baik pentas, lakon, busana, props, lagu, serta muzik dimainkan. Namun sebagai ritual, sifatnya berbeza. Biar sebahagian upacara tidak difahami fungsi dan tujuan, namun segalanya disempurnakan penuh tertib. Tanggungjawab pewaris lalah meneruskan kelangsungan. Andai tidak, musibah konon bakal datang menimpa.

Mek Mulung dikatakan wujud lebih 400 tahun dahulu. Ironi, tiada rekod membuktikan perkara tersebut. Pengkisahan asal usul diturunkan mulut ke mulut, dari satu pewaris kepada pewaris berikutnya, dan amalan itu tanpa sedar mewujudkan banyak elemen tokok tambah yang mungkin bertujuan memberi impak lebih besar kepada sejarah bagaimana ia bermula.

Kesannya, wujud beberapa versi yang saling berkait di antara satu sama lain. Ada mendakwa Mek Mulung diasaskan puteri bongsu Raja Ligor yang dihalau ke hutan akibat fitnah enam kekandanya, manakala versi lain menyebut Puteri Bongsu sebaliknya dibuang ke hutan atas titah Raja Ligor selepas ditilik bakal membawa malang kepada negeri. Menerusi dua versi ini, Puteri Bongsu dikisahkan membesar di hutan di bawah jagaan inang pengasuh, dan sepanjang tempoh tersebut, baginda dihiburkan nyanyian, tarian, lakon serta muzik yang apabila dewasa, dikumpul menjadi persembahan yang kemudian dinamakan Mek Mulung.

Namun dua versi ini berbeza dibandingkan mitos kepercayaan waris Mek Mulung di Wang Tepus, Mukim Tanah Merah, Jitra, Kedah—lokasi tunggal permainan Mek Mulung selama beberapa keturunan. Kepercayaan mereka membentuk satu mitos kuat, yang cuba memperakukan Kedah sebagai asal usul permainan.

Berdasarkan mitos tersebut, sepasang suami isteri berasal dari Kedah, iaitu Mohar dan Bunga yang dibenci keluarga mertua, dihikayat membawa diri ke Ligor (Nakhon Si Thammarat selepas ditawan kerajaan Siam) untuk memulakan kehidupan baharu dengan berhuma. Tidak lama kemudian, Bunga hamil anak pertama, dan ketika hampir waktu bersalin, datang nenek Tok Bidan Ketujuh yang dipercayai mempunyai kuasa sakti, memberitahu anak yang dikandung bakal menjadi ‘kebesaran’. Sampai waktu, Bunga melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Mek Jelung. Dan berikutan gemar menari, Mohar membuatkan sebiji gendang untuk dipalu mengiringi gerak anaknya, sambil dia dan isteri ikut serta menyanyi.

Sementara itu di negeri Cahaya Bulan (Kedah), putera kerajaannya dikatakan melarikan diri untuk mengelak dibunuh akibat tilikan nujum bahawa dia bakal membawa malapetaka kepada istana. Berkelana hingga ke Ligor, kumpulannya terserempak Mohar, Bunga dan Mek Jelung sedang bermain gendang sambil menyanyi serta menari, lantas menyertai mereka dengan lakon dan cerita, sekali gus menyempumakan Mek Mulung sebagai sebuah teater tradisiona—lengkap nyanyian, tarian, lakon serta muzik. Permainan ini kemudian ditambah tiupan serunai dan pukulan gong, sebelum beransur-ansur dikenali sebagai Mek Mulung—’Mek’ dirujuk sebagai anak perempuan, ‘mu’ (kamu), dan ‘lung’ (sulung).

Berikutan situasi genting akibat peperangan berterusan negeri-negeri Melayu dengan Siam, kumpulan ini akhimya kembali ke Kedah, dan memilih tinggal di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam. Di sini, Mek Mulung dihidupkan semula sebelum dibawa berhijrah ke Kampung Belukar Mulung, dan akhirnya kekal di Kampung Wang Tepus, Tanah Merah, Jitra.

Perutusan
Prakata
Pendahuluan

MITOS ASAL-USUL

MAKAM TOK JELUNG

KETUA KUMPULAN

TOK SAAD TAIB

BANGSAL PERSEMBAHAN

RITUAL BERPINDAH

KOLEKSI CERITA

WATAK, PROPS, DAN BUSANA

RAJA MUDA

BUSANA

GANGGUAN ‘WAK NUJUM’

PERAN ‘AWANG’

KAYU BEKA

PROSES BERGURU

LAGU, NYANYIAN DAN TARI

ALAT MUZIK

MEMBUAT GENDANG

PERSEDIAN DAN PERSIAPAN

LILIN LEBAH

MIMPI BEROLEH AMANAT

MALAM PERSEMBAHAN

KEMUNCAK SEMBAH GURU

SAJIAN PANGKAL TIANG SERI

LAGU “OLEK”

KAREKTOR BERBEZA

RASUKAN TOK BIDAN KETUJUH

TRANSFORMASI DAN MASA DEPAN

Weight 1.046 kg
Dimensions 29.2 × 28.8 × 1.6 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.