Memartabatkan Persuratan Melayu

BAHA ZAIN (b. 1939 — ) adalah penerima Anugerah Sastera Negara pada 2013.

Edisi Khas Sasterawan Negara

DBP (Cetakan Kedua ESKN, 2015)
96 halaman termasuk Indeks

RM12.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 3 reward points!
ISBN: 9789834615918 Product ID: 27473 Subjects: , , Sub-subjects: ,

Memartabatkan Persuratan Melayu merupakan sebuah ucaptama Baha Zain yang disampaikan sekitar tahun 2005, memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu sebagai medium persuratan menjadi penentu utama dalam mempengaruhi penerimaan, kemajuan, pengiktirafan atau peminggiran terhadap persuratan Melayu di negara ini. Dalam pemahaman lain, taraf bahasa akan memberi implikasi besar terhadap perkembangan tradisi persuratan dan masyarakat seluruhnya. Tindakan dan dasar negara yang diambil oleh pihak kerajaan selepas Tragedi 13 Mei 1969 misalnya, dilihat telah memberi implikasi besar ke atas perkembangan persuratan Melayu.

Usaha dan tindakan menukar bahasa pengantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Inggeris, mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), memperkukuhkan peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu berlandaskan dasar dan perundangan yang sedia ada, iaitu Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968 dan Akta Pelajaran 1961, telah mendorong perkembangan serta kemajuan penulisan dan penciptaan dalam bahasa Melayu.

Bahasa Melayu telah mendapat tempat utama dalam pendidikan kebangsaan dari peringkat sekolah rendah hingga universiti. Perkembangan ini diperkukuhkan lagi dengan pengiktirafan terhadap karya kreatif persuratan dengan wujudnya Hadiah Karya Sastera pada 1971 dan Anugerah Sasterawan Negara (1977), serta penubuhan UKM (1970) dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Seterusnya makalah ini menegaskan bahawa dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu yang didukung oleh iltizam politik pada ketika itu mempunyai implikasi amat besar terhadap pertumbuhan dan penghasilan persuratan Melayu itu sendiri. Dasar tersebut telab membuktikan keupayaannya melahirkan jutaan pengguna pelbagai keturunan yang mahir berbahasa Melayu, pengarang serta iimuan, mahasiswa dan tokob akademik pelbagai bangsa dalam bidang kemanusiaan, kemasyarakatan, sains dan teknologi yang boleh menulis bahan bacaan, teks serta rujukan dalam bahasa Melayu.

Ironinya, menjelang tahun 2000 lahirnya kebimbangan yang jelas bagi masa depan bahasa Melayu apabila dibayangkan fungsinya dalam pendidikan di negara ini telah diperkecilkan. Pada tahun 2002 diumumkan oleh pemerintah akan dasar baharu dalam sistem pendidikan, iaitu bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains mulai tahun 2003. Menurut makalah ini, dasar baharu tersebut telah memberi kesan yang sangat besar ke atas kepercayaan rakyat terhadap fungsi, nilai dan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kesan tersebut turut dirasai dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

Selain itu, makalah ini turut membincangkan kesan peminggiran terhadap bahasa Melayu ke atas institusi pembangunan dan penulis. Tempias daripada dasar tersebut turut “menggugat” institusi pembinaan dan pembangunan persuratan Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan Buku Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Makalah ini juga turut membincangkan secara rinci akan peranan setiap institusi tersebut, di samping menekankan kepentingan peranan, tugas dan tanggungjawab penulis sendiri dalam usaha memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu. Golongan penulis disarankan agar memiliki kesedaran dan keyakinan bahawa peranan mereka adalah penting dalam memajukan persuratan Melayu. Karya mereka berupaya menjadikan pembaca bijaksana, memiliki pengalaman yang luas, sensitif terhadap kepentingan orang lain, berperasaan halus dan lebih memahami dunia serta realiti kehidupan dan alamnya.

Lebih penting, penulis perlu mengkaji realiti baharu, cabaran semasa dan semua permasalahan yang ada, serta berikhtiar untuk mempertahan dan meningkatkan martabat bahasa Melayu. Sesungguhnya, di tangan merekalah tergenggam harapan dan di dada merekalah terhimpun keazaman dan kekuatan untuk menghadapi cabaran besar bagi memartabatkan diri, bahasa Melayu dan persuratan Melayu.

Pengenalan
Senarai Singkatan

Memartabatkan Persuratan Melayu
Baha Zain

Memartabatkan Persuratan Melayu
Diulas oleh Mohamad Saleeh Rahamad

Memartabatkan Persuratan Melayu
Diulas oleh Zainal Abidin Borhan

Biodata
Indeks

Weight 0.153 kg
Dimensions 21.5 × 13.8 × 0.6 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memartabatkan Persuratan Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *