Out of stock

Memetakan Metamatematik

ABDUL LATIF SAMIAN ialah Profesor dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2012)
67 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM20.00

Out of stock

ISBN: 9789674120665 Product ID: 3812 Subject: Sub-subjects: , ,

Memetakan Metamatematik dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Abdul Latif Samian pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433 di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ilmu Sains dan Teknologi, khususnya ilmu matematik yang menjadi asasnya, telah berhadapan dengan masalah kefalsafahan yang berat apabila ilmu tersebut dikeluarkan daripada mandala agama Kristian terutamanya sebagai akibat daripada pemikiran para pemikir seperti Rene Descartes dan Charles Darwin. Tuhan tidak lagi relevan dalam sebarang wacana keilmuan kerana manusia pada prinsipnya boleh mengetahui segala rahsia alam ini menerusi kudratnya. Oleh kerana Tuhan tidak lagi kena-mengena dengan perkembangan ilmu, maka hilang kaitan di antara agama Kristian dengan ilmu sains, termasuk ilmu sains matematik.

Permasalahan metafizik dianggap sebagai tidak saintifik, isu epistemologi menjadi isu sampingan, disiplin aksiologi menjadi disiplin yang bertambah empiris, dan ilmu kemanusiaan (humanities) menyisihkan perbahasan ketuhanan kerana dianggap sebagai tidak mutlak. Metamatematik Descartes dan falsafah kejadian Darwin mempengaruhi hampir kesemua perkembangan kefalsafahan baik dalam sains sosial maupun sains tabii yang berlandaskan kepada aspek kuantitatif dan kualitatif yang semestinya menggunakan ruang dan masa, geometri dan nombor, titik dan detik dalam setiap proses kreatif manusia. Pemikiran Aristotle dan gurunya Plato lebih banyak digunakan untuk mengukuhkan lagi pemisahan di antara yang sacred dengan yang profane, yang kudus dengan yang nista, berbanding dengan penggunaannya untuk mengukuhkan logik yang berteraskan kepada ketuhanan, kerasulan dan tabii makhluk.

Lanjutan daripada pemikiran metamatematik yang kebendaan sifatnya ini, alam benda menjadi lebih nyata berbanding alam perasaan, kognitif dan kerohanian, sekaligus mengabsahkan segala macam ideologi yang berpusat kepada alam fizikal sebagai yang paling nyata seperti kapitalisme dan sosialisme sejati. Kekeliruan manusia kini tentang nyatanya perbezaan tahap-tahap realiti dan nilai mengakibatkan kekeliruan kepada perkara-perkara yang perlu diutamakan berpadanan dengan tahap-tahap ‘kenyataan’ masing-masing. Segala ilmu yang berteraskan kepada metamatematik yang menolak metafizik dan epistemologi yang berpadanan ini seharusnya diletakkan semula di atas gagasan yang berpaksikan kepada keEsaan Tuhan, pembawa risalah-Nya dan adanya hieraki kewujudan alam yang berbeza kenyataannya. Ilmu yang berorientasikan sedemikian ini lebih mendekatkan pengamalnya kepada Penyebab Utama, berbanding dengan ilmu yang perspektif kefalsafahannya lebih berdasarkan kepada analisis alam fizikal yang jelas paling kurang nyata dan tersangat nisbi kewujudannya.

Weight0.14 kg
Dimensions22.4 × 15 × 0.4 cm
Author(s)

Class

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.